Monday, February 29, 2016

TUN DR MAHATHIR KELUAR UMNO: PM YANG MEMALUKAN, KATA MAHATHIR



"Sebabnya ialah oleh kerana Umno sebagai parti politik sudah TIDAK WUJUD lagi. Pertubuhan ini sudah diHIJACK oleh Dato' Seri Najib dan menjadinya PARTI NAJIB.

Matlamat dan perjuangan parti yang dihijack ini hanyalah untuk Dato' Sri Najib, pengekalannya sebagai pemimpin dan mempertahan dirinya dari sebarang tindakan undang-undang keatasnya.

Saya TIDAK RELA menjadi ahli pertubuhan yang dipimpin oleh seorang yang terlibat dengan berbagai SKANDAL YANG MEMALUKAN. Khususnya pemimpin ini sebagai Perdana Menteri Malaysia memegang kepada kepercayaan: "WANG ITU RAJA" atau "CASH IS KING" yang bermakna menjadikan rasuah (sogokan wang) sebagai cara utama untuk mendapat sesuatu. Kepercayaan ini sudah merebak ke seluruhan pertubuhan sehingga ia dipandang HINA oleh masyarakat." - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD - 29 Feb 2016.

Kenyataan penuh di imej berikut. Klik untuk besarkan



Sunday, February 28, 2016

GANI PATAIL & MUHYIDDIN PENDERHAKA? JIKA BENAR, HUKUM MEREKA

Image result for azalina

"Hakikatnya peguam negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan (Tan Sri) Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi. Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga bersubahat dalam satu konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalah guna sistem perundangan bagi menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik." - Azalina Othman Said.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/28/konspirasi-peringkat-tinggi-mahu-jatuhkan-najib/

Apa yang dimaksudkan oleh Azalina ini?

Muhyiddin dan Gani Patail berKOMPLOT untuk menggulingkan Najib Razak?

Apakah ia bermaksud Muhyiddin dan Gani Patail PENDERHAKA kepada negara?

Jika ini yang dimaksudkan oleh Azalina maka Najib perlu bertindak terhadap Gani dan Muhyiddin.

Rasanya Najib lebih maklum akan hukuman kepada PENDERHAKA.

Kepada Gani, cukup-cukuplah berDIAM DIRI.

Kamu kini adalah PENDERHAKA negara.

Apa ada pada JANJI, Tan Sri.

Janji hanya dipegang kepada perkara benar. JANJI lupus apabila kita menentang KEMUNGKARAN.

Gani kena ingat itu, kerana kita tidak akan hidup selama-lamanya.

Saturday, February 27, 2016

MUHYIDDIN: NAJIB DIKTATOR, MALUKAN RAKYAT

Image result for muhyiddin yassin+najib
"Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya." - MUHYIDDIN YASSIN


KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.
MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia. Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!


MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016

Tuesday, February 23, 2016

JAWAPAN RAFIDAH AZIZ SELEPAS NAZRI SIFATKAN BELIAU "MENYALAK" & "NOBODY"

Image result for rafidah aziz+nazri

Ini JAWAPAN Rafidah Aziz kepada Nazri Aziz





INI LAH YANG SAYA DAPAT KERANA MEMBERI NASIHAT DARI HATI ..DENGAN IKHLAS..
...DAN KERANA SAYANG PADA PARTI DAN NEGARA...


SAYA BERSERAH KAPADA ALLAH SWT YANG MAHA MENGTAHUI SEGALA2 NYA..


SAYA TIDAK JEJAS APA2 !!

NO SKIN OFF MY NOSE..LET ALONE MY BACK...


THIS IS HOW SOME PEOPLE COMMUNICATE...IN THEIR BEST LANGUAGE..BAHASA TERBAIK MEREKA...

Monday, February 22, 2016

NAZRI PERLU DESAK NAJIB BUAT PEMILIHAN UMNO SINGKIR MUHYIDDIN & MUHYIDDIN TIDAK LEBIH DARI PREBET PENCEN



"Jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, saya sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan datang." - Menteri Pelancongan Nazri Aziz.


Marahnya Nazri. Biasalah. Kalau nak mudah dapatkan publisiti, inilah caranya.

Marah kerana Muhyiddin Yassin masih membangkitkan mengenai SUMBANGAN RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Razak dan isu 1MDB.

Persoalannya kenapa perlu Muhyiddin Yassin MELETAKKAN JAWATAN sebagai Timbalan Presiden Umno?

Bukan Nazri yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden? Bukan Najib yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden?

Kita, 3.5 juta AHLI UMNO, yang memilih Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno. BUKAN NAJIB, BUKAN NAZRI.

Kalau Nazri rasa beliau hebat dan berani bersuara - beliau patut meminta NAJIB mengadakan pemilihan Umno dan meminta ahli Umno MENYINGKIRKAN Muhyiddin semasa pemilihan.

Muhyiddin diPILIH oleh Umno, dan bukan diLANTIK oleh Nazri dan Najib.

Kepada Muhyiddin pula, jangan jadi PENGECUT, BACUL, PONDAN, DARAI, PONEN atau BAPOK.

Buat keputusan apa yang beliau mahukan. Jangan HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. 

Jangan jadi seolah-olah PEMIMPIN TIADA PEDOMAN.

Muhyiddin kena buat keputusan, apa yang beliau mahu.

Mahu menyelamatkan negara? Mahu menjadi Perdana Menteri? Mahu bermain golf? atau mahu DUDUK RUMAH.

Muhyiddin kena cerminkan diri beliau. Apaka beliau seorang yang boleh diberi taraf pemimpin?

Atau hanya seorang yang sudah berusia yang sudah hilang bisa dan perlu berpencen.

Ditendang oleh presiden parti bukan perkara baru di dalam Umno. 

Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tengku Razaliegh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam pemilihan Umno. Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara, dituduh meliwat, dituduh berzina, tetapi hayat politik beliau masih segar bugar.

Muhyiddin diPECAT sebagai TPM hanya semata-mata membangkitkan isu yang melibatkan Najib yang mana rakyat turut sama membangkitkan isu yang sama.

Rakyat bersama beliau - tetapi Muhyiddin LESU, PENGECUT.

Ketika riuh rendah hendak diPECAT oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum Perhimpunan Agong Umno tahun lepas, Muhyiddin lari pergi bercuti dan bermain golf di Jepun. Inikah sifat seorang pejuang?

Apabila baru-baru ini dilarang memberi ucapan di majlis sukan sekolah pun mahu mengadu. Kehadiran tidak ramai pun sudah rasa kecewa.

Siapa yang mahu menghadiri majlis Muhyiddin jika beliau sendiri TIADA HALUAN dan berperwatakan LESU.

Siapa mahu menjaga periuk nasi mereka yang menghadiri majlis Muhyiddin jika beliau sendiri tidak tentu arah akan perjuangan beliau.

Anwar Ibrahim adalah pemimpin dan pejuang.

Alang-alang nak berjuang, berjuang betul-betul. Anwar Ibrahim tidak perlukan pengikut untuk berjuang. Disokong oleh anak beranak beliau sudah cukup untuk mengugat Umno.

Parti yang ditubuhkan beliau hampir-hampir menghancurkan Umno. Kalah di Perak, kalah di Kedah, kalah di Pulau Pinang, dan hari ini PKR masih memerintah di Selangor.

Apakah perjuangan kamu, Muhyiddin?

Setakat balik ke Pagoh mengadu dibuang oleh Najib? Menunggu jawatan PM jatuh ke riba? Mengharapkan Dr Mahathir keseorang berjuang dan jawatan jatuh ke pangkuan beliau?

Buat lah keputusan. Kalau hendak berjuang, berjuang betul-betul demi agama, bangsa dan negara. Jadi JENERAL. Ketuai barisan perjuangan.

Hari ini, Muhyiddin tidak lebih hanya dilihat sebagai Prebet Pencen.

Sunday, February 21, 2016

NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA NAJIB: CONTOHILAH AYAH KAMU

Image result for najib+mahathir

"Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada perdana menteri.  Beliau anak seorang perdana menteri yang berjasa. Tetapi saya dapati prestasinya berbeza. Saya harap beliau kembali kepada cara-cara ayahnya, kerana ayahnya menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita." - Tun Dr Mahathir Mohamad, sempena 40 tahun Najib Razak berada dalam politik.


Saturday, February 20, 2016

RATU NAGA DIDAKWA, WSJ MENUDUH NAJIB & PEGUAM NEGARA MENIPU, TIDAK PULA DIDAKWA



HANYA kerana sedikit SINDIRAN, Ratu Naga, atau nama sebenar Syarul Rema Ena Abu Samah, diDAKWA di Mahkamah oleh SKMM.

http://malaysiandigest.com/news/595527-ratu-naga-pleads-not-guilty-to-charge-of-insulting-najib-on-facebook.html

Ramai Netizen menYINDIR. Kerajaan hari ini hanya berani TANGKAP dan SAMAN rakyat sendiri.

Tapi "KECUT PERUT" dengan orang luar.

DUA hari lepas, akhbar kepunyaan Rupert Murdoch, The Wall Street Journal menDAKWA, DUIT RM2.6 BILLION YANG DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN NAJIB BUKAN DARI KELUARGA DI RAJA ARAB SAUDI SEBALIKNYA DATANG DARI PELBAGAI SYARIKAT BERKAITAN 1MDB.

NASIB Wall Street Journal tidak sama seperti Ratu Naga.

Ratu Naga didakwa, dakwaan WSJ hanya dalam bentuk penafian oleh beberapa orang suruhan, TIADA DAKWAAN.

Kenapa? 

Tuduhan WSJ lebih serius dari Ratu Naga.

WSJ menuduh Peguam Negara MENIPU.

WSJ menuduh Najib MENIPU.

Tidak kah kesalahan WSJ lebih DAHSYAT dan berNIAT JAHAT? Adakah kesalahan Ratu Naga lebih berat dari WSJ? Kenapa tidak saman?

ATAU ......

Berikut laporan mengenai TUDUHAN WSJ dua hari lepas.


Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.

Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.

"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.

Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya. – 18 Februari, 2016.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derma-rm2.6-bilion-najib-bukan-dari-arab-saudi-lapor-wsj#sthash.SfGTLukt.dpuf

Wednesday, February 17, 2016

STADIUM DARULAMAN KEDAH GAMAT MAHU "NAJIB LETAK JAWATAN"



Malam tadi Kedah menang 1-0 melawan Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman.

Rakyat Kedah GERAM dan MARAH dengan pemecatan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Hanya perletakan Najib Razak, agaknya, dapat menyembuh kembali luka orang Kedah.




BASHAH BELUM DAPAT MENGADAP PEMANGKU SULTAN?



ADA yang tidak KENA dengan berita berikut.

Petikan:
“Insya-Allah 22 haribulan ini, majlis angkat sumpah akan diadakan. Tapi Menteri Besar masih belum mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah lagi. Beliau akan jumpa dalam masa terdekat ini dan jika tiada sebarang masalah, Isnin ini Exco baharu akan angkat sumpah.”

http://www.utusan.com.my/berita/politik/exco-kedah-angkat-sumpah-8232-22-februari-1.191465

Menteri Besar Kedah yang baru belum mengadap, tarikh angkat sumpah telah ditetapkan?

Ahmad Bashah Md Hanipah ada MASALAH untuk mengadap DYMM Pemangku Sultan?

Tuesday, February 16, 2016

OH SINGAPURA, JONGKONG EMAS PUN BOLEH DISELUDUP, APA TAH LAGI BENDA LAIN

Image result for gold bar

SINGAPURA terkenal dalam pelbagai aspek termasuk sebagai hub kewangan yang ke-4 di dunia dan negara ke 11 termaju di dunia.

Tetapi bukan semuanya sempurna di Singapura.

Pada Mac tahun lepas, seorang diplomat Korea Utara di tahan di Lapangan Bangladesh kerana cuba menyeludup 27kg JONGKONG EMAS bernilai RM6 juta.

Sebelum tiba di Bangladesh, diplomat tersebut singgah di Singapura.

Berikut berita yang disiarkan tahun lepas.

Bangladesh customs officers have caught a North Korean diplomat trying to smuggle an estimated $1.4m worth of gold into the country, a senior official has said.

"We recovered the gold both in the form of bar and ornaments from Son Young Nam, the First Secretary of the North Korean Embassy in Dhaka," said Moinul Khan, the Director General of the Custom Intelligence department.

The diplomat was released but Bangladesh is seeking to press charges over the haul of gold which weighed about 27kg in total.

Moinul told the Reuters news agency that the diplomat was passing through the green channel at Dhaka's Hazrat Shahjalal International airport on a late arriving Singapore Airlines flight from Singapore.

The customs officials at the airport wanted to scan his hand luggage.

"He told our officials that there was nothing to scan," said Najibur Rahman, chairman of the National Board of Revenue.

"Later we informed our foreign ministry and he was released on Friday under the Vienna Convention," Najibur told Reuters.

A case has been filed against him with the customs department, Moinul said.

"We have also initiated the process to file a criminal case against him," he said.

Al Jazeera’s Maher Sattar, reporting from Dhaka, said smuggling gold into Bangladesh has taken off at a breathtaking pace since India started raising it's tariffs on gold imports two years ago.

"Because Bangladesh and India share a porous border - the fifth-longest land border in the world - it's easy for smugglers to sneak the gold across to India, provided they manage to get it into Bangladesh," our correspondent said.

The North Korean government will be informed soon and further action will be taken through government channels, Moinul said.

Source: Al Jazeera And Reuters

 http://www.aljazeera.com/news/2015/03/customs-seize-27kg-gold-korea-envoy-dhaka-150306081359010.html

Kesimpulannya, tiada yang MUSTAHIL boleh berlaku di Singapura. Apa saja boleh berlaku di Singapura.

Monday, February 15, 2016

CAWANGAN UMNO AKAN DESAK NAJIB LETAK JAWATAN?



GABUNGAN Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) telah mengambil keputusan untuk melancarkan KEMPEN MELOBI 21,245 Ketua Cawangan Umno di seluruh negara untuk membawa USUL mendesak Najib Razak BERUNDUR.

Dan untuk memberi semangat kepada USAHA ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno, bersetuju untuk menjadi PENAUNG kepada GKCM.

Strategi Najib untuk berPAUT pada kuasa ialah dengan "menjaga" 191 Ketua Bahagian.

Sesiapa yang di bawah Ketua Bahagian, akan terbiar atau dapatlah serba sedikit lebihan dedak dari Ketua Bahagian.

Tidak MUSTAHIL untuk GKCM mencapai kejayaan untuk melobi Ketua-Ketua Cawangan ini.

Kalau hendak selamat, Najib kena bermula dari hari ini untuk "MENJAGA" Ketua-Ketua Cawangan ini untuk tidak membawa usul mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mesyuarat cawangan akan bermula pada 18 Mac, bulan depan.

Tapi Najib kena lah kerja lebih sikit. Hendak menjaga 191 Ketua Bahagian, perkara mudah.

Hendak menjaga 21,245 Ketua Cawangan memerlukan sumber yang banyak. Jika seorang Ketua Cawangan diberi DERMA RM300, Najib perlu mengeluarkan RM6.37juta. Itu baru RM300 seorang.

Bagaimanapun, apalah RM6 juta kepada Najib.

Ramai tidak mengetahui bahawa di mesyuarat cawangan SETIAP ahli mempunyai hak bercakap. Tidak seperti Mesyuarat Bahagian atau perhimpunan agung di mana pembahas diPILIH.

Semasa mesyuarat cawangan, setiap ahli berhak untuk bangun bercakap.

Mereka berhak bercakap apa saja, apa saja di bawah cahaya mentari termasuk isu longkang di kampung mereka. Kata orang puteh, "anything under the sun". 

Kalau ahli hendak berdebat mendesak Najib meletakkan jawatan, itu hak beliau. Ketua Cawangan, yang kebanyakan mereka menerima elaun RM800 sebulan sebagai Pengerusi JKKK, tiada hak menghalang.

Kalau ahli mahu Najib dibawa ke muka pengadilan, itu juga HAK ahli. Ketua Cawangan tiada hak melarang.

Jika Ketua Bahagian sudah tidak boleh dipercayai untuk memperbetulkan parti dan menghidupkan semua peluang Umno di PRU-14, kini tiba masanya 3.47 juta ahli BANGKIT membetulkan keadaan.

Kepada Najib, tabah lah mengharungi musim mesyuarat cawangan antara 18 Mac - 1 Mei ini.

Ahli Umno akan bersuara. Dan Najib kena ingat, itu hak mereka untuk bersuara walaupun suara tersebut MEMINTA NAJIB meletakkan jawatan.

Saturday, February 13, 2016

BN TERBALIK DI LANGKAWI?

APAKAH orang Kedah sedang mengAJAK negeri-negeri lain untuk turut serta menaikkan bendera BN secara terbalik?

Mungkin itu hasrat mereka.

Friday, February 12, 2016

SURAYA BAKAL TERKORBAN DI KEDAH?




BEBERAPA hari lagi, Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah Md Hanipah, akan mengumumkan Barisan Exco beliau.

Ramai menjangkakan untuk tahun ini, Bashah akan mengekalkan kesemua barisan ahli Exco Mukhriz Mahathir yang menyokong beliau semasa usaha menjatuhkan Mukhriz.



Dua ahli Exco yang kekal SETIA bersama Mukhriz hingga ke saat akhir ialah SURAYA YAACOB (Adun Sungai Tiang) dan Aminuddin Omar (Adun Jitra).

Aminuddin dikhabarkan menolak jawatan Exco di bawah Bashah.

Kita menanti adakah Bashah akan mengenepikan Suraya semata-mata kerana Suraya SETIA kepada Mukhriz.

Tidak ramai pemimpin yang berPRINSIP dan BERANI seperti Suraya.

Sebelum bermula sidang akhbar terakhir Mukhriz untuk mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, Mukhriz meminta Suraya meninggalkan sidang akhbar tersebut kerana tidak mahu "MASA DEPAN POLITIK" Suraya terjejas.

Tetapi Suraya tetap SETIA kepada "boss" beliau dan duduk disebelah kanan Mukhriz semasa beliau melepaskan jawatan Menteri Besar.

Berapa ramai yang mempunyai KESETIAAN sedemikian rupa di dalam politik Umno hari ini?


Kini tiba masanya kita mengukur sejauhmana Umno dan Bashah menghargai KESETIAAN.

Adakah Suraya akan diHUKUM dan diKETEPIKAN sebagai Ahli Exco atau ini masanya membalas DENDAM terhadap Suraya?

Jawapannya akan diketahui kelak.

Thursday, February 11, 2016

MUHYIDDIN: KALAU PM TERIMA DERMA JUTA-JUTA TAK SALAH, PEGAWAI KERAJAAN JUGA BOLEH TERIMA DERMA JUTA-JUTA

Image result for muhyiddin
INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016
1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.

6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.
8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

KETUA PEMUDA TAMPIN HEBAT & GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA


Saya SILAP.

Semalam saya menulis mengatakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya Khairy Jamaluddin tergolong di dalam golongan PENGECUT yang dimaksudkan oleh bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Terlupa kita kepada Pemuda Umno Tampin dan Ketua Pemudanya Ridzuan Ahmad. Ternyata beliau bukan PENGECUT. Terima kasih kepada yang menghantar SMS mengingatkan akan KEPAHLAWANAN Ketua Pemuda Tampin.

Ridzuan dan Pemuda Tampin pada Ogos, 2015, meluluskan SEBULAT SUARA usul meminta Najib Razak MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO dan Perdana Menteri.

Tahniah kepada Ridzuan di atas keprihatinan Pemuda Tampin kepada masalah negara.


Semalam, blogger terkenal, Abdul Kadir Jasin, menyarankan agar semua parti politik di Malaysia - Umno, Pas, DAP, PKR, Amanah -  memulakan satu GERAKAN MENYELAMATKAN MALAYSIA dari kehancuran.

Jangan harapkan kepada Dr Mahathir Mohamad seorang, kata Kadir.

Kadir mengkritik beberapa pemimpin Umno yang saban hari menyumpah Dr Mahathir dan mengharapkan beliau cepat MATI.

Mereka ini LUPA, kata Kadir, bahawa mereka berada di jawatan sekarang kerana Dr Mahathir.


Tak dapat dibayangkan sekiranya kesemua parti ini SEPAKAT untuk meminta Najib meletakkan jawatan.

Bayangkan satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Stadium Bukit Jalil dan kehadirannya terdiri dari:

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz,  Tan Sri Zainuddin Maidin, Dato' Seri Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Zaid Ibrahim, Dato' Ibrahim Ali, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, Dato' Dr Affifuddin Omar, Dato' Hamidah Osman, Dato' Saifuddin Abdullah, Dato' Khairuddin Abu Hassan, dan beberapa pemimpin lagi termasuk bekas kakitangan awam seperti KSU, SPRM dan polis. 

Dan mungkin juga beberapa Menteri Kabinet dan Menteri Besar dapat turut serta demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA terutamanya Menteri-Menteri yang sudah berusia seperti Mustapa Mohamed.

Tok Pa perlu ingat, negara ini akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Adakah Tok Pa, dalam usia yang tinggal tidak berapa hari saja lagi, sanggup melihat Malaysia yang ditadbirnya hari ini diserahkan kepada anak cucunya di dalam keadaan TENAT seperti sekarang?

Ingatlah, negara ini bukan hak individu tertentu. Ia adalah hak rakyat dan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

KHAIRY DALAM GOLONGAN WAKIL RAKYAT PENGECUT?

Image result for rafidah+mahathir+tengku razaleigh

SEJAK akhir-akhir ini, golongan bekas pemimpin UMNO yang sudah TUA hampir setiap hari berSUARA menegur pemimpin sekarang dan memberi AMARAN kepada generasi muda akan masadepan negara akan GELAP dan menuju KERUNTUHAN jika rakyat tidak BERTINDAK sekarang.

Isnin lepas Tengku Razaleigh bersuara lagi menyalahkan rakyat kerana memilih WAKIL RAKYAT PENGECUT dan menawarkan diri untuk pikul amanah memperbetulkan negara.

Bekas Menteri Rafidah Aziz juga menulis mengenai masadepan negara. 

"SAYA SAYANG PADA UMNO. SAYA SAYANG PADA MALAYSIA. SAYA SENTIASA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG."- Doa Rafidah menerusi Facebook beliau.

Tun Daim Zainuddin menegur. Tan Sri Sanusi Junid juga menegur.

Tan Sri Sabaruddin juga menegur, tetapi selepas diLANTIK menjadi Pengerusi Amanah Raya Berhad, tiba-tiba semua di dalam negara menjadi OK.

Tun Dr Mahathir Mohamad hampir setiap hari MENGINGATKAN kita negara sedang menuju kehancuran.

Tetapi apakah TEGURAN mereka ini PALSU, hanya mahu menakut-nakutkan kita?

Bekas pemimpin Umno hanya mengira hari kehidupan. WASIAT pun dah siap, cuma nak tambah-tambah sana sedikit, sini sedikit.

Apakah PERINGATAN generasi "post war cohort", "The Baby Boomers" dan "Generation Jones" ini TIDAK BERASAS?

Apakah Generasi X,Y,Z berpuashati dengan keadaan sekarang?

Kalau dilihat pada sikap generasi akan datang seperti Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Malaysia Mas Ermieyati serta Ketua-Ketua Pemuda Umno dan Ketua-Ketua Puteri, nampaknya NEGARA ini tidak bermasalah.

Khairy sibuk dengan aktiviti sukannya. Ketua Puteri sibuk dengan aktiviti pelancongannya.

Inikah BENTUK negara yang hendak diserahkan kepada generasi XYZ?

Atau mungkin bekas pemimpin - Dr Mahathir, Ku Li, Rafidah, Daim, Sanusi - sudah nyanyuk dengan menuduh negara menuju zaman kegelapan?

Atau Khairy dan Ketua Puteri sekarang tergolong di kalangan WAKIL RAKYAT PENGECUT yang disebutkan oleh Ku Li, pentingkan diri dari masadepan negara?

Walaupun Khairy dilihat tidak setanding - bagaikan langit dengan bumi - jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda sebelum ini seperti Tun Hussein Onn, Saadon Jubir, Harun Idris, Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddind dan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya generasi Khairy mempunyai cita-cita mahukan negara ini diserahkan kepada Generasi XYZ di dalam keadaan baik dan bukan kucar-kacir seperti sekarang.

Tetapi suara Khairy dan pemuda entah kemana.

Bila difikirkan balik, ada benarnya kata-kata Tengku Razaleigh, wakil rakyat sekarang PENGECUT, termasuk Khairy.

Tuesday, February 9, 2016

TENGKU RAZALEIGH SANGGUP PIKUL AMANAH PERBETUL NEGARA



MAJLIS SUAIKENAL IKATAN CENDIAKAWAN KELANTAN.

Tempat: Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail

Kehadiran: 80 orang terdiri bekas pegawai tinggi kerajaan, doktor, pensyarah universiti, ahli politik, diplomat, mahasiswa dan pengamal media.
http://msomelayu.blogspot.my/2016/02/rakyat-perlu-berani-untuk-perbetul.html


KANDUNGAN UCAPAN TENGKU RAZALEIGH (seperti yang disiarkan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia)



Intipati ucapan Tengku Razaleigh

Di taman Tun Dr Ismail
8hb februari 2016


1. Rakyat seharusnya dipersalahkan kerana memilih wakil rakyat (wr) yg pengecut. wr berani buat apa pun kerana dia tahu apa pun rakyat pilih mereka.

2. Ada yg berpandangan majlis raja2 patut berbuat sesuatu kerana rakyat tak boleh diharapkan

3. MAS telah hentikan 6000 pekerja

4. Petronas dah beri notis untuk tamatkan 5000 pekerja

5. Bilangan yg pergi belajar on their own expenses balik tak ada kerja

6. Kerajaan nak bawa masuk 1.5 million dari bangladesh. Ini krn ada ada org proposer kepada kerajaan. Buat duit. Nak beri kerja apa kepad mereka tak tahulah

7. Polis tak beritahu peratus jenayah. Sebenarnya ramai dan bertambah kerana tak ada kerja. Kerajaan tak put efforts to create jobs

8. Rasuah berleluasa. Nak tukar geran tanah pun rasuah. Saya boleh hurai satu persatu.

9. PM mesti dipilih directly oleh rakyat. Apa yg ditakuti by 2035 kerana melayu adalah 82% penduduk msia.

10. Undang2 korupsi...the enforcement must be total. Adik kita ke abg kita ke kalau salah kena diambil tindakan

11. Zaman ayah saya dulu pegawai2 kerajaan kena tunjuk kepadanya apa yg dibelanjakannya setiap bulan. Itu transparensi.

12. Jumlah pendatang seperti bangladesh, indon, burma, nepal dll lebih ramai daripada cina. Dan mereka ini tak akan balik lg apa lagi mereka dah kahwin dengan rakyat kita. Mereka ini sebenarnya menimbulkan masalah.

13. Problem kita ialah cash is king. Mereka ini marah kpd kita yg mengkritik mereka kerana kita dianggap nak sekat rezeki mereka. Ini masalahnya mereka tak lihat mereka salah

14. Cadangan saya wakil rakyat dipilih di peringkat negeri dan bukan atas nama parti. Katakan di kelantan diperuntukkan 20 kerusi dan ada terdapat 100 calon. Siapa yg jumlah votes nya top 20 merekalah wakil rakyat lebih ramai dari cina msia.

15. Umno elders tak give up tentang ttpa ini..tapi wakil rakyat umno dipaksa ikut whip. Kjaan berunding secara sulit lepas itu paksa wakil rakyat paksa. Amerika dll itu teritory mereka kita tak mampu masuk/tembusi. Kita fokus di Asean cukuplah. Tengok keadaan di timur tengah mereka got embroiled in american sphere of influence mereka dah tak boleh keluar lagi.

16. Tppa - Amerika nak buka sayap menguasai dunia. Kita terpaksa ubah perlembagaan semata2 utk ikut amerika. Kita bukan highly industrislised country yg memungkinkan export products kita. Obama kata rakyat amerika dpt create banyak pekerjaan dan untuk mempastikan American values dikena kepadabnegara2 lain. Kenapa kita nak jadi talibarut Amerika. Kita boleh negotiate dengan Amerika at par. Ini syarikat2 besar (yg ada di Msia sekalipun) bila tak puas hati dengan dasar2 kita mereka boleh sue kita di luar negara bukan di Msia sebab mereka tak percaya kepada Msian court. Saya tanya mustapha mohd dia pun ternganga tak boleh jawab.

17. Di korea bila tak bersetuju dengan kerajaan mereka buat mcm2. Civil disobedience dibuat oleh gandhi hingga british tunduk kepada rakyat india. Kerajaan diktator korea pun kalah kerana rakyatnya bertindak.

18. Rakyat boleh bertindak pergi jumpa tuanku raja2

19. Cuba boikot secara sistematik. Kerana negara kita terancam. Tapi buat secara professional dan legal. Bukan nak overthrow kerajaan tetapi luahkan kekecewaan dengan teratur.
Saya sanggup pikul amanah dan akan lakukan apa yg saya boleh buat.

20. I m not sure whether petronas can survive in the long run. Lingkup rasanya tidak tapi amat terjejas dengan kejatuhan harga minyak. Explaination yg diberi ttg pasaran/harga minyak cukup detail dan menarik sekali. It is not straight forward. Banyak sangat players yg terlibat. Raja saudi sekarang nak ajar American players berhubung dengan shale oil yg dikeluarkan on big scale. Tapi cost mengeluarkan shale oil cukup tinggi sejauh mana they can sustain apabila harga cost yg tinggi. Saudi nak ajar company2 ini.