Wednesday, January 6, 2016

KUANTAN BAKAL TANDINGI JAIPUR PINK CITY



JAIPUR, INDIA



KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

ALANGKAH baiknya Menteri Pelancongan Nazri Aziz dan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mempromosikan Kuantan sebagai "Pink City of Malaysia" setanding dengan Jaipur - "The Pink City of India".

Warna (colour) Kuantan sekarang dan bandar Jaipur hampir serupa.

Tambahan lagi hari ini Adnan berkata rakyat Pahang mahukan perlombongan bauksit diteruskan atau dengan kata lain rakyat Pahang mahukan Kuantan berwarna Pink seperti sekarang.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rakyat-pahang-mahu-teruskan-perlombongan-bauksit-1.469540

Lagipun Nazri pernah berkata, kejatuhan ringgit sekarang akan menarik lebih ramai pelancong melawat Malaysia dan Kuantan boleh dijadikan sebagai salah satu destinasinya.

Tahniah kepada Adnan Yaakob dan rakyat Pahang kerana menerima Kuantan di dalam keadaan sekarang.

Jelapang sudah dapat merasakan bahawa keadaan Kuantan sekarang dapat diterima oleh rakyat Pahang memandangkan sebelum ini tiada pemimpin yang merungut mengenai perkara ini termasuk Perdana Menteri yang berasal dari negeri Pahang.

Ada yang mengatakan negara sekarang seolah-olah tiada undang-undang, tiada tunjuk arah.

Tetapi Jelapang tidak setuju - seperti kata Adnan, rakyat mahukan keadaan Kuantan sekarang berterusan.

Tahniah rakyat Pahang.

2 comments:

  1. Terbaiklah Kuantan sekarang berwajan baru. Promosikan imej baru bandar ini ke mata dunia dan jemput sekali penggiat filem Bollywood untuk datang buat filem baru mereka di sini. Kipidap...

    ReplyDelete
  2. Saya difahamkn produksi film star wars bersetuju utk jadikan kuantan
    Sbg set baru utk film star wars viii...
    Keadaan saling x tumpah mcm planet marikh atau planet lain..
    Cuma kena sorok lori bauksit dgn tonto selain kete penduduk utk cover line
    George lucas setuju ambik kak mah sbg pelakon tambahan utk watak jabar the hut yg dihidupkn semula

    ReplyDelete