Sunday, December 6, 2015

ZAHID: JANGAN APABILA KAPAL KENA RIBUT, KITA CAMPAK "NAKHODA" KE LAUT!

Image result for zahid+najib



“...jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan TANGKAP NAKHODA dan CAMPAK KE LAUT. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian.” - Ahmad Zahid Hamidi.


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mereka-benci-pada-umno-saya-dituduh-kuat-kipas-pm-kata-zahid

JELAPANG: Dalam maksud Zahid. Terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkan maksudnya.

17 comments:

  1. masalah sekarang tidak ada ribut, angin sepoi sepoi bahasa jer

    laut tak bergelora pun
    cumanya nahkoda dah bermasalah
    mengarahkah kapal masuk ke Bermuda Triangle
    bila ada anak kapal memberi nasihat, dia nak campakkan pula anak kapal ke dalam laut..
    jadi kita nasihatkan nahkoda supaya bukak baju dan pergi tidor berehat
    biar Timbalan Nahkoda ambil alih dan laksanakan tugas sebagai Nahkoda
    kita mahukan TIMBALAN NAHKODA>>BUKAN NAIB NAGHODA !!!

    ReplyDelete
  2. Reverse psychology - kalau Kapal kena Ribut, campak kaptennya ke laut

    ReplyDelete
  3. Memang tak patut campak nakhoda bila kapal betul-betul kena ribut kejadian alam tapi kalau nakhoda tu sendiri menghasilkan ribut macam ya.....

    ReplyDelete
  4. Deskripsi bangang. Orang dah ragu dan kecewa dengan kepimpinan Najib. Itu aje. Tapi UMNO sekarang berhempas pulas nak jadi tukang jawap Najib. Dulu kini Selamanya dah jadi gawat. Nak tahu rating UMNO pi terjah area dimana residen kediaman orang terpelajar dan ketawa macamana 1MDB berniaga buat hutang.

    ReplyDelete
  5. Setuju anon 11.13 AM.Masalah bukan dari kapal tetapi dari nakhoda.Kapal itu elok dan canggih dan tahan dari ribut dan gelombang besar.Nakhoda yang benggong dan tolol itu cuba dan memandai-mandai membawa kapal itu kearah tempat yang cetek dan banyak bungkah batu.Itu sebab kapal dah tersangkut dan tidak boleh bergerak.

    ReplyDelete
  6. tak payah campak sapa2, pakat tunggu karam je

    ReplyDelete
  7. Ciri2 Kapten yang patut (dah lama) kena campak ke Laut Hindi.

    1- Patuh & dengar cakap lanun. - Lanun suh buang ISA, dia pi buang, lanun suh pakai dakwat kekal, dia pi India beli dakwat. Lanun cakap TPPA bagus, dia pun cakap bagus. Lanun cakap sarang racism sekolah vernakular jangan dihapuskan tapi terus dibela, dia pun sokong. Lanun Singapork cakap jangan teruskan projek Jambatan Bengkok Tambak Johor, takut nanti Singapork bangkrap, dia akur.

    2- P.O.Y.O- Sendiri masuk bakul, sendiri angkat diri "Pahlawan Bugis" tapi bila diminta bersoal jawab pasal IMDB, lari..minta tolong assistant explain. Buat malu kat pondan Hj.Taib ja.

    3- Sangat lembab dalam menangkis tohmahan2 lanun.

    4- Takut bini.

    ReplyDelete
  8. .. dah yang buat dan panggil 'ribut' nakhoda tu sendiri.. da memang patut la nakhoda di humban ke laut..

    ReplyDelete
  9. Bodoh tak boleh diajar, pandir tak boleh diikut. Kalau dah terang2 nampak permasalahan tetapi tak nampak Dan tak sedar permasalahan itu berlaku atau wujud, memang tak layak jadi pemimpin. Nampak masalah tapi tak buat apa2,menyokong sebab nampak peluang jawatan Dan kepentingan diri, pun jenis manusia munafik yang tak layak jadi pemimpin. Sokong membawa rebah. Adakah sejarah Akan menipu, adakah semua ahli umno itu bodoh2 belaka. Kita nampak dalam sejak bagaimana dalam satu pau dahulu dimana Ada seorang ketua sayap, kononnya nak bawa usul undi tidak percaya tetapi....... Itu dalam sejarah Dan banyak lagi Akan timbul sejarah baru.

    ReplyDelete
  10. Tak ribut pun, cuma sauh dilabuh dan layar dikembangkan.. Akibatnya kapal jadi huru-hara..

    ReplyDelete
  11. Hang Tuah modern...jadilah hang jebat...Zaid Setia ada makna... Mana kesetian nya pd annuar?

    ReplyDelete
  12. Statement bangang....Dah terang kaptennya rasuah yng buat kapal hilang arah...so lebih baik kapten tu digantikan dgn kapten baru.....Ni bukan masalah kapal yg dilanda ribut.....Ni kapten yg buat atau bawa kapal masuk ribut sehingga kapal turut terumbang ambing...

    ReplyDelete
  13. Nakhoda kapal ada dua laluan. Satu laluan lautan tenang, satu lagi lautan bergelora. Anak kapal kata, ikut laluan laut tak bergelora tapi kapten kapal nak jugak belayar kat lautan bergelora hingga boleh mengakibatkan kapal tenggelam dan anak kapal maut. Bila dinasihat untuk balik ke pangkal jalan / laluan, dihumbannya penasihat - penasihat tersebut ke lautan. Apa punya bingai kapten tersebut. Sekarang nak dengar kapten yang bingai dan kapal tenggelam atau humbankan kapten dan berpatah balik selamat berlayar kembali. Amacam zahid? Nak pilih yang mana satu?

    ReplyDelete
  14. keadaan sekarang wajib nakhoda dicampakkan ke laut sebab dah larang jangan masuk kawasan ribut dia masuk juga. dia nak bawa kapal tenggelam bersama egonya..

    ReplyDelete
  15. Masalah peribadi nakhoda dijadikan masalah kapal. Kapal tak kena ribut, tapi nakhoda dapat duit derma masuk dalam peti sendiri, bila anak kapal tanya, dia kata derma untuk perbelanjaan kapal, tapi tak dapat tunjuk bukti duit tu diguna untuk kapal. Bila anak kapal tanya lagi, dia lucutkan jawatan laksamana kapal dan digantikan dengan laksamana baru. Anak kapal yg bertanya lagi dihantar ke lokap, ada yang diberi sampan kecik dan dibuang ke laut. Bila org persoalkan kepimpinan nakhoda, dia jadikan masalah peribadi dia sbg masalah kapal. Laksamana baru pun putar jugak mengikut bos sambil bgtau bila kena ribut nakhoda tak perlu dibuang ke laut. Hakikatnya, nakhoda telah buat kapal rosak kerana dia tak pandai belayar dan rosakkan kapal sebab layar dikembang dan sauh dilabuh. Apakata nakhoda dgn laksamana baru dua2 dibuang ke laut? Laksamana samada nak bodek bos atau nak mengukuhkan kedudukan dia sbg laksamana dgn harapan dia akan jadi nakhoda sedikit masa lagi. Zahid pun sama bengap macam najib.

    ReplyDelete
  16. Bila tak ada bala kaptian mencari bala,maka patut sangat kaptian ini dihumban kelaut.XO kapal hanya menaya kapada keptian untuk kepastian,malah dia pula dihumban kelaut?.Ada betulkah cara ini DZH.Hendak berkata-kata lebeh baik kita berfikir dulu.Sahingga sekarang jawapan maseh keliru,pihak yang patut menjawab tidak menjawab sebaliknya orang lain yang menjawab.Betulkah cara ini?.

    ReplyDelete