KALAU kita Najib Razak, pening kepala memikirkan hal Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin ini.
Lihat sajalah video ucapan Khairy di Perhimpunan Agong minggu lepas.
Adakah Khairy sedang mencari populariti? Adakah beliau ikhlas menyuarakan KEGELISAHAN dan KESEMPITAN rakyat?
Kenaikan harga diputuskan oleh Kabinet yang diPENGERUSIKAN Najib dan dihadiri oleh Khairy sebagai Menteri.
"Enough is enough", kata Khairy merujuk kenapa kenaikan kos hidup.
Apa yang dibuat Khairy agaknya semasa Najib memutuskan di dalam Kabinet untuk menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan?
Semalam Khairy membuat satu lagi kenyataan; "akan mempertahankan AKU JANJI BN untuk TIDAK menaikkan TOL PLUS semasa mesyuarat Kabinet akan datang."
https://www.malaysiakini.com/news/323423
Amat jelas pendirian Khairy ini bertentangan dengan pendirian Najib.
Demi masa depan politik beliau, adalah baik Khairy ikut saja cakap Najib. Jangan jadi macam Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.
Belajar dari mereka. Hari ini ada di kalangan Ketua Bahagian dan Menteri nak bersapa dan berjabat tangan pun tak hendak dengan Timbalan dan Naib Presiden mereka. Takut ada spy laporkan kepada Najib.
Lebih baik Khairy TAAT pada Najib.
Lagipun rakyat sudah FAHAM kenapa TOL perlu diNAIKKAN.
Kenaikan tol sama dengan kenaikan TAMBANG ERL.
Bukan SALAH NAJIB. SALAH Tun Dr Mahathir.
Tol ini LEGASI Tun Mahathir. Legasi Najib ialah GST, 1MDB, wang SRC International dan DERMA RM2.6 BILION.
Khairy kena faham benda ini.
Ingat betul-betul ucapan pergulungan Najib mengenai kenaikan tambang ERL.
"Soal syarikat ERL yang disebut-sebut. Sebab (rakyat) marah naik. RM35 naik kepada RM55. Tinggi tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ini ditandatangani pada tahun1997 lagi. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang.
"Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah. Harga bergantung kepada 'projected traffic bukan actual traffic'. Dalam perjanjian, lima tahun naik, lima tahun naik.
"Kenaikan kadar ERL itu sudah 'ditahan' sejak saya mengambil alih pemerintahan negara dan masalah itu hanya LEGASI (Tun Mahathir) YANG DITERIMA dari pemerintah (Tun Mahathir) sebelum ini.
"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion.
"Sebab itulah, kita terpaksa naik (kepada) RM55 kalau tidak, parah kita. Kita runding semula. Kena sambung pula lagi 30 tahun. Sebab perjanjian dah tandatangan.
"Sebab itulah saya nak terangkan kepada perwakilan, saya terima 'problem' legasi atas siapa...?. "
Khairy kenalah SEIRING JALAN dengan Presiden parti. INGAT ungkapan ini. Salahkan Tun Mahathir.
Lagi pun rakyat sudah dapat MENERIMA apa saja kenaikan termasuklah sumbangan rakyat kepada kerajaan sebanyak RM30 bilion menerusi GST.
Cuma rakyat masih menunggu jawapan SIAPA PENDERMA RM2.6 bilion kepada Najib.
Kita berterima kasih jika Khairy dapat memberitahu kita siapa penderma tersebut.
Baca juga artikel berikut:
1) http://www.sinarharian.com.my/nasional/problem-erl-tak-adil-salahkan-tun-m-sahaja-1.462367
kj ni didapati salah politik wang tapi diberi jawatan sebab paklah
ReplyDeletesekali korup tidak akan bersih
dia ni pun sama najib - pelakon murahan
nak jadi pm sebelum 40 tahun konon
Hapuskanlah ERL.
ReplyDeleteSaya suka sebab TUN Det buat ERL untuk galakkan industri pelancongan.
Yang naik ERL ialah Pelancong. Rakyat Malaysia berapa kerat yang naik Erl...????
Kalau LRT tu lainlah. ERL untuk pergi balik ke KLIA.
Kalau nak keluar negara, dihatar ke KLIA dengan kereta.
Balik pula, ditunggu dengan kereta.
Biasanya ramai yang naik TEKSI dari KLIA pulang ke rumah.
Sepanjang masa ada ERL saya baru naik 2 kali!!!!!
Jadi kalau nak tutup ERL bagus juga.
Membahyangkan KEBODOHAN pentadbiran najib.
BODOH punya artkel.
ReplyDeleteAda ke nak salahkan kenaikan tambang ERL.....?????
Pertamanya, SIAPA YANG GUNAKAN ERL..................????
Rakyat Malaysia ke...............??????
Bukan ke Tun Det buat Erl tu untuk meningkatkan industri Pelancongan.....???
Kalau korang tak mahu terima legasi ERL ni, OK tutup jahlah, tak payah merungut
kunun terpaksa tanggung legasi.
BODOH piang.
Sepanjang masa wujudnya ERL aku cuma naik DUA KALI ke KLIA.
Selebihnya, samada dihantar pakai kereta keluaarga atau naik taksi.
Lainlah kau LRT atau STAR - ni memang rakyat marhaen guna hari-hari.
Awat admin nie bodoh sangat, hang pun hidup masa waktu Tun juga, hang nie macam pembankang campoq macai tegar, hang pi mana2 pun naik kereta dari hulu ke hilir pakai jalan mana?, hang dok kata legasi Tun, hati hang busuk, belom mati pun dia lagi, masih dok mengata kat Tun, minta lah maaf kat dia..sebelum dia masih ada, nanti tak tertanggung dosa.!
ReplyDelete