ALHAMDULLILAH. Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad MENERIMA jemputan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
"Orang dah jemput saya, saya pergi lah. Ini parti saya, dan juga parti untuk semua orang Melayu." - Kata Dr Mahathir dua hari lalu.
http://www.astroawani.com/berita-politik/perhimpunan-umno-orang-dah-jemput-saya-pergi-lah-tun-m-82956
Seluruh Umno harus berterima kasih kepada Zahid. Inilah pemimpin Umno yang jiwanya ikhlas dan bersih.
Kalau ikut perasaan, Zahid tidak ingin pun pandang muka Dr Mahathir kerana luka lama.
Kerana atas desakan Dr Mahathir lah Zahid melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1998.
Atas dasar prinsip dan keadilan kepada Anwar Ibrahim, Zahid mengkritik Dr Mahathir semasa perhimpunan Umno pada ketika itu sehingga memaksa Dr Mahathir mempamirkan kepada awam senarai kroni Umno termasuk Zahid yang pada ketika mempunyai kekayaan jutaan ringgit.
Tetapi kerana kemuliaan diri beliau, Zahid sanggup mengenepi peristiwa pahit tersebut dengan menjemput bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk menghadiri Perhimpunan Agong Khamis depan walaupun Dr Mahathir menjadi pengkritik NOMBOR 1 boss Zahid - Najib Razak.
Zahid ada kelemahannya. Kadang-kadang ada ahli-ahli Umno mentertawakan beliau apabila beliau berucap di dalam bahasa Inggeris.
Tapi Zahid bukan bercita-cita untuk menjadi Profesor Bahasa Inggeris. Beliau hanya mahu MENYATUKAN Umno.
Maka diJEMPUTnya Dr Mahathir ke Perhimpunan Umno.
Dengan kegawatan politik yang diharungi oleh Najib dan keluarganya, ahli-ahli Umno perlu berterima kasih kepada presiden mereka yang telah melantik Zahid yang mampu menyatukan semula Umno.
Berterima kasihlah kepada Zahid apabila Tun Dr Mahathir muncul di hadapan pentas perhimpunan di hari pembukaan apabila Najib berucap di hadapan ribuan perwakilan nanti.
Dari pandangan Jelapang mungkin ada kebaikan juga,mungkin juga ingin memulang paku buah keras terhadap TDM.Beliau hanya hadir tetapi tidak boleh bercakap pada hadirin,hanya memasang telinga bagi menerima luahan perasaan orang lain hingga tercemar maruahnya,siapa tahu hanya Allah SWT yang tahu.Tunggu dan lihat.
ReplyDeletesilap haribulan Tun M dimalukan oleh perwakilan di PAU nanti. Ini pentas Najib...
ReplyDeleteTakut?
DeleteMuliakah si Zahid ini yg sanggup menegakkan kebatilan, menjunjung kejahatan si pemimpin atas. Semata-mata bermimpikan jawatan besar serta mempertahankan kemewahan hidup menjamah pahit lendir kesusahan rakyat. Muliakah Zahid boleh memukul orang sesuka hati walaupun dengan apa jua alasan. Muliakah Zahid yang suka cakap besar menipu dalam banyak hal tapi takde apa tindakan pun. Pernah kata nak hambat dalang ceroboh Lahad Datu ke muka pengadilan, sampai hari ini tetap si perajurit yang terkorban masih belum terbela. Zahid hanya sekadar tin kosong yang berbunyi semata-mata demi kepentingan diri dan krooni semata.
ReplyDelete