Thursday, November 26, 2015

DR MAHATHIR RAMPAS KEMBALI TANAH KEPUNYAAN MELAYU DARI BRITISH, NAJIB JUAL IPP KEPADA CHINA



PANJANG lebar seorang rakan blogger menulis di dalam Facebook beliau untuk menghalalkan penjualan stesen penjana elektrik kepunyaan 1MDB kepada syarikat China dan BUKAN kepada Tenaga Nasional Berhad.
Image result for edra energy

Sebenarnya kuasa di tangan Kerajaan dan di tangan Najib Razak untuk menentukan pemilik baru penjana elektrik ini.

Kalau Najib kata "beri kepada TNB", maka TNB lah pemiliknya. Tetapi Najib berikan kepada syarikat dari negara luar, China General Nuclear Power Corp, maka IPP tersebut kini kepunyaan syarikat dari China.

Maka Jelapang teringat satu peristiwa bersejarah pada tahun 1981, 2 bulan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Peristiwa bersejarah tersebut dikenali sebagai - THE GUTHRIE DAWN RAID (SERANGAN SUBUH GUTHRIE).

Berikut tulisan Lela Iskandar Suhaimi mengenai peristiwa bersejarah tersebut.


Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.




JELAPANG: Zaman Dr Mahathir kita bebaskan negara dari penjajahan dengan merampas khazanah negara dari penjajah British, malangnya hari ini, menjual aset negara kepada negara luar adalah perkara biasa.

Itu bezanya antara Najib dengan Dr Mahathir.

8 comments:

  1. susah nak layan blogger yang kurang guna akal ni. sesungguhnya memang mustahilpun. apa sahaja yang dilakukan tidak akan memuaskan hati, sebab yang dicari bukan penyelesaian tetapi kelemahan. merujuk kepada ipp yang dijual kepada syarikat dari china, ia adalah hasil tekanan daripada mereka yang pro-tun mahathir juga. jika dijual kepada TNB, maka mereka akan mengatakan bahawa TNB dengan mudah mendapat IPP terbabit tanpa susah2 sebut harga. bila diberi kepada pihak asing, mula nak dibandingkan dengan situasi tun mahathir dapatkan balik gutrie dpd british. oh, tolonglah. kalau mereka tidak merepek, membebel dan sentiasa menekan kerajaan, tidak mustahil IPP tersebut dianugerahkan kepada TNB. tapi, yelah. nak buat macamana, kalau kelemahan yang dicari, pastinya kelemahan juga yang didapati.

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi beza nya .

    Najib pandai kutip derma . Sekali ketip $2.6 billion dalam tangan. Bila Mahathir ketip , yang tua tua peminta derma yang datang.
    Beza tak.

    Najib sanggup tukar nama ke Ah Jib Gor untuk tarik penngudi Cina . Malangnya hanya 5% orang Cina yang sokong beliau.
    Pada Zaman reformasi Aljuburi , ramai penyokong BN melompat jadi ahli PKR terutama golongan Melayu. Tapi Mahathir tetap dapat 2/3 majoriti . Cina menyokong kuat BN.

    Banyak lagu perbezaan nya

    ReplyDelete
  3. Klu jual kat syrikat dlm negara hang habaq bail out pulak....pas tu? politik kan.... KIPIDAP

    ReplyDelete
  4. Ai tun plak yg dipersalahkan. Dh terang2 penyamun tu nk cover line. Mklumla nk korek mana ye tak 42 bilion. Mana lg, jual negara laa... Cai-cai najib ingat semudah cam jual bontot mereka sndri.
    Lepasni dh leh agak dh penyamun tu..
    Errr.. Sa sa saya tarak kenal sama kevin laa..

    ReplyDelete
  5. Sekejap ajer dah lupa kes Tabung Haji beli tanah TRX kan..kan..kan.. masa tu gegak gempita kata guna duit pencarum bagai untuk yolong 1MDB...hilang terus hakikat yang tabung haji ni macam bank komersial gaks...ada duit labur dan buat duit...supaya boleh bagi subsidi mak pak hang gi haji..... aku tak boleh bayang apa yang mereka akan kata kalau TNB dapat bidding tu..... gang pro TUN terutama blogger sebu macam Din Turtle (kluang diamond dah slow sikit nampaknya) duduk sambil gesek-gesek tapak tangan tunggu move 1MDB...yang pasti kes EDRA ni...bagi TNB bonus..Bagi kompeni China bola tanggung jadinya... dua-dua move depa taram. Aksi bangsat namanya neh....... huh....

    ReplyDelete
  6. Hari ini dalam sejarah 9 mei 2018 malaysia dan dunia melihat tun m bangkit kembali menjadi pm malaysia ke 7

    ReplyDelete