Monday, August 24, 2015

TEUKU NAN: KALAU NAK BODEK NAJIB, BODEKLAH. TETAPI JANGAN HINA AHLI UMNO

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor says he was aware of the RM2.6 billion in the party president's accounts, and shot back at opposition parties whom he accused of getting foreign funds. – The Malaysian Insider file pic, August 16, 2015.

"Umno lemah bukan kerana permainan pembangkang tetapi kerana adanya ahli yang mementingkan jawatan dan kedudukan serta pelbagai lagi yang lebih kepada kepentingan diri sendiri. Malah ada di kalangan ahli sanggup menJAHANAMkan parti Umno itu sendiri yang bersikap seperti anai-anai serta gunting dalam lipatan, yang tidak sudah-sudah mengadu domba." - Setiausaha Agung Umno TEUKU Adnan Mansor.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-dilihat-lemah-kerana-ahli-pentingkan-diri-kata-ku-nan

Bukan main sedap Teuku Nan mengKRITIK ahli Umno bawahan. Inilah sikap pemimpin atasan.

Siapa lah kami.

Apa yang kami ahli Umno dapat selama ini. Setakat nasi lemak sebungkus? T-shirt dan topi Umno?

Kalau Ku Nan nak memBODEK Najib Razak, JANGANlah salahkan kami di akar umbi. Jangan tuduh kami pentingkan diri.

Siapalah kami?

Kami bukan mempunyai gelaran Tengku seperti Ku Nan. Kami masih panggil Ku Nan Tengku walaupun ada blogger yang menulis bahawa gelaran yang Ku Nan pakai hanya bergelar "TEUKU" ACEH bukannya TENGKU seperti kerabat di raja Melayu.

Baca di sini mengenai gelaran Teuku Adnan:  http://kadirjasin.blogspot.com/2015/08/lima-senario-kesudahan-krisis-politik.html

Kami, ahli Umno biasa, tidak kisah walaupun tidak mempunyai sebarang gelaran. Pingat PJK pun tak pernah kami pinta seperti sesetengah pimpinan Umno yang mengumpul gelaran Dato'.

Kami tidak ada RM2.6 bilion dalam akaun kami. Wanita kita tidak pernah bermimpi mahu menyimpan RM2 juta dalam akaun mereka dalam 2 bulan seperti mana Rosmah Mansor.

Kami tidak seperti Teuku Nan, ada tanah di Port Klang. Boleh naik JET peribadi seperti Teuku Nan.

Oleh itu, janganlah HINA kami dan labelkan kami sebagai anai-anai. 

Kalau Teuku Nan nak BODEK Najib, bodeklah. Tetapi jangan HINA ahli-ahli Umno.

Nilai diri ahli-ahli Umno lebih mulia dari pemimpin atasan Umno yang munafik yang hampir setiap hari membohongi kami di akar umbi.

http://chegubard.blogspot.com/2006/07/siapa-tengku-adnan-tengku-mansor.html

5 comments:

  1. Anai anai sebenarnya adalah najib, rosmah, teuku nan dan kaki ampu dlm UMNO.

    Mereka inilah yang akan menghancurkan parti keramat Melayu.

    Mereka inilah yang tidak amanah, tidak ikhlas, tiada semangat perjuangan.

    Teuku nan ini ibarat deadwood ataupun fatcat yang mengambil kesempatan utk meraih harta dan pangkat utk kepentingan sendiri.

    Maka dia bersungguh sungguh mempertahankan kedudukannya melalui sokongan pada najib rosmah.

    Melayu tidak akan hilang didunia hanya akan menjadi amah dan kuli dinegeri orang.

    ReplyDelete
  2. TEUKU Adnan bin Teuku Mansor menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad “the green-eyed monster”. Diterjemahkan literal ke bahasa Melayu, raksasa bermata hijau.

    [PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

    Raksasa bermata hijau atau tidak, kebijaksanaan harian (conventional wisdom) mengatakan bahawa Dr Mahathir lebih diyakini dan lebih popular daripada Teuku Adnan.

    Mohon maaf saya menggunakan gelaran Teuku dan bukan Tengku atau Tunku kerana lama sebelum beliau menjelma menjadi “Tengku Adnan”, nama asal beliau adalah Teuku Adnan. Itulah gelaran beliau sewaktu saya mula mengenali beliau sebagai ahli perniagaan pada awal tahun 1980-an.

    [Teuku adalah gelar ningrat atau bangsawan untuk kaum pria suku Aceh yang memimpin wilayah nanggroe atau kenegerian. Teuku adalah seorang hulubalang atau ulee balang dalam bahasa Acehnya. Sama seperti tradisi budaya patrilineal lainnya, gelar Teuku dapat diperoleh seorang anak laki-laki, bilamana ayahnya juga bergelar Teuku. Seorang Teungku dapat pula berubah menjadi Teuku, apabila ia dialihkan dari jabatan keagamaan ke jabatan pemerintahan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Doa kami kepada Tuhan semesta alam makin hampir termakbul sepenuhnya. Semua pekung sudah tidak terpekung lagi.. Para pengkhianat yang diterajui oleh perawan bugis makin kepanasan, sudah tidak tentu arah, Ahli umno, orang Melayu secara harfiahnya telah dibangsatkan...dikutuk sebagai anai2, gunting dalam lipatan , pengkhianat dan sebagainya. Yang menakjubkan segala masalah timbul atas perlakuan songsang si Presiden Umno itu sendiri yang bodoh sombong dalam berpolitik. Setiap hari makin terserlah sebotak-botak Najib, botak gondol lagi hatinya yang langsung tidak tertanam dengan perasaaan ehsan, tawaduk mahupun amanah. Rambut putih namun hati sehitam-hitamnya. MOga Allah percepatkanlah segala jalan penyelesaian buat Negara Islam Malaysia tercinta ini. Amin

    ReplyDelete
  4. Doa kami kepada Tuhan semesta alam makin hampir termakbul sepenuhnya. Semua pekung sudah tidak terpekung lagi.. Para pengkhianat yang diterajui oleh perawan bugis makin kepanasan, sudah tidak tentu arah, Ahli umno, orang Melayu secara harfiahnya telah dibangsatkan...dikutuk sebagai anai2, gunting dalam lipatan , pengkhianat dan sebagainya. Yang menakjubkan segala masalah timbul atas perlakuan songsang si Presiden Umno itu sendiri yang bodoh sombong dalam berpolitik. Setiap hari makin terserlah sebotak-botak Najib, botak gondol lagi hatinya yang langsung tidak tertanam dengan perasaaan ehsan, tawaduk mahupun amanah. Rambut putih namun hati sehitam-hitamnya. MOga Allah percepatkanlah segala jalan penyelesaian buat Negara Islam Malaysia tercinta ini. Amin

    ReplyDelete
  5. Siapa yang ingin taroh pasir dalam periok nasi sendiri?.Selesa dimahligai politik buat apa kesah sangat dengan orang luar kawasan,jaga kawasan cerah masa depan.Itu agaknya firasat orang politik.

    ReplyDelete