Wednesday, August 5, 2015
HAEZAR ISMAIL: PERWAKILAN PEMUDA BERHAK MENGKRITIK NAJIB
NAMPAKnya kebebasan bersuara masih ada di akar umbi Umno, jauh berbeza dengan di peringkat kepimpinan - Majlis Kerja Tertinggi Umno.
Naib Ketua Pemuda Bahagian Umno Kuala Kedah, Dr Haezar Ismail, mempertahankan ucapan seorang perwakilan pemuda Bahagian yang mengkritik Najib Razak atas segala isu yang membelenggu Umno pada masa ini..
Kata Haezar: "Perwakilan yang berucap menyentuh isu semasa termasuk yang melibatkan Perdana Menteri dan Presiden parti adalah merupakan SUARA HATI di peringkat AKAR UMBI yang TIDAK WAJAR DISEKAT atau diHALANG."
Artikel penuh baca di link berikut : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/03/video-viral/
Sekurang-kurangnya ada juga yang BERANI BERSUARA demi agama, bangsa dan negara.
Berikut video perwakilan yang menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan Umno.
Antara lain perwakilan tersebut berkata: "Katakanlah pilihan raya esok...geng-geng (merujuk kepada perwakilan) ni semua nak pasang poster, sanggupkah depa (mereka) nak pegang poster Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) nanti, saya rasa tak dak...saya pun tak sanggup...malu."
Kalau mengikut video tersebut, Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap Ghazali Ibrahim yang juga merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri turut hadir di mesyuarat perwakilan pemuda tersebut. Semuga Ghazali dapat berkongsi bersama video ini dengan Najib.
SAMBUNGAN
Alhamdulillah.
ReplyDeleteTahniah kepada saudara kita yang ada keberanian.
Anda telah menunjukkan anda ada telo.
Tidak seperti yang lain terutama MKT...rupa macam jantan tapi tak ada telo.
Dasar bacul.