Wednesday, June 24, 2015
PAKATAN KETUA BAHAGIAN: TANGGUH PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN UNTUK KEKAL JAWATAN
SEMASA perhimpunan agung yang lepas, Muhyiddin Yassin menyarankan supaya PEMILIHAN Umno tahun depan TIDAK DITANGGUHKAN.
Apakah saranan Muhyiddin diterima?
Belum lagi masuk 2016, sudah terdengar satu PAKATAN di kalangan Ketua-Ketua Bahagian.
Katanya sudah hampir 170 Ketua Bahagian sudah BERPAKAT untuk MEMASTIKAN pemilihan tahun hadapan DITANGGUHKAN selama 18 bulan kononnya demi mengekalkan PERPADUAN di dalam parti untuk menghadapi PRU-14.
Maksudnya, jika Najib Razak mengikut cakap ketua bahagian ini, maka calon-calon PRU 14 nanti akan terdiri dari MUKA-MUKA yang sama yang tak jemu-jemu kita lihat hari ini.
Itulah mudahnya dalam Umno untuk kekal lama memegang jawatan.
Hanya dengan perkataan "PERPADUAN" dapatlah seseorang menjadi Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan tinggi mengikut SELERA masing-masing.
Kasihan Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri. Tak adalah peluang mereka memegang jawatan lebih tinggi atau bertanding di dalam PRU-14 nanti.
Ketua-ketua bahagian pun tidak perlu pandangan mereka samada hendak diadakan pemilihan atau ditangguhkan.
Itulah nasib Ketua-Ketua Pemuda. Tunggulah umpama buah yang tak luruh.
nampaknya muka2 jeruk tu lah tanding pilihanraya nanti
ReplyDeleteKalau ada pertandingan sblm PRU, mau pecah parti. Ada la yang kena cah keting. Tiga tahun sebelum PRU bukannya lama, dendam masih ada. Yang kalah sudah pasti tidak mahu yang menang (PAU) menjadi AP atau ADUN, maka cah keting akan berlaku. Bayar kepada jentera supaya jangan bekerja utk ahli yg menang dalam PAU itu. ada baiknya dibuat selepas PRU, ini kerana.. semua yang berangan nak jadi calon akan pakat2 berkempen untuk parti, semua ini sebab nak ambik hati ketua2 cawangan, wanita dan pemuda yang boleh mengundi di PAU nanti. Perlu di ingat, yang nak bertanding PAU ini ada di antara mereka amat jarang tunjuk muka di bahagian masing2.. ada yg langsung pemuda tak kenal..alih2 nak bertanding.. Tunjukkan dulu kesungguhan anda jika nak bertanding dalam PAU, tunjuk pada masa PRU.. Tolong jentera parti dan tolong memenangkan calon parti.
ReplyDeleteBila tak tercalon dalam PRU, tak nak beri sumbangan. Tapi, peruntukan disebat. Bosan!
ReplyDeleteApa kata semua ahli UMNO yang beramanah keluar drp UMNO beramai ramai utk masa depan yg cerah bagi anak dan cucu.
ReplyDeleteJangan lalai dgn harta dan kedudukan dan terus menjadi kelab syiok sendiri.
Ahli yg tidak berbakat atau kebolehan amat suka boss yg telinganya ringan.
Dendangkan lagu kami cinta kamu, ayam4U - hahh dapatlah habuan drp boss yg tersengeh macam kerang busuk ...
UMNO sedang ditalqinkan...tarikh pengebumian PRU14
ReplyDeleteEloklah pinda perlembagaan umno. Buat pemilihan 5 tahun sekali. Ataupun menyandang jawatan selagi hayat dikandung badan. Hurmm..apa dah jadi dgn pemimpin umno..rosak umno dik pemimpinnya..masalah urus tadbir..masalah intergriti..korupsi...hedonisme..sebagai ahli umno saya berasa cukup terguris perkembangan terkini..
ReplyDelete