Wednesday, May 6, 2015

PRK ROMPIN: PENEROKA AJAR PEMIMPIN



JENTERA Umno 1Malaysia tertumpu ke Rompin. Jentera kerajaan dikerahkan ke Rompin. 

KEPUTUSANNYA: Majoriti BN merudum kepada 8,895 undi berbanding 15,114 undi semasa PRU-13 dua tahun lalu.

Penurunan sebanyak 41.1 PERATUS.


Sokongan kepada BN adalah yang terendah sejak 1990 - 60.5 peratus.

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin: "Rakyat telah memberi ISYARAT dan BN mesti mengambil berat".

Rompin daerah dalam negeri kepunyaan Najib Razak. Rompin KUBU kuat Umno. FELDA "fixed deposit" Umno.

51.51 peratus pengundi Rompin adalah peneroka dan buat pertama kali PAS menang di 3 peti undi Felda. Sokongan peneroka Felda kepada Pas meningkat 12 peratus.

Kata Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob: "Pengundi cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan, GST dan Felda adalah isu yang memberi kesan kepada rakyat dan kita perlu tangani.

" Memang dijangkakan, majoriti pada awal pemilihan, tetapi KETUA SAYA TIDAK SELESA bila saya kata kita menang 8,000..."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-prk-rompin-isyarat-pengundi-kepada-bn-kata-mb-pahang

6,413 pengundi yang tidak turun mengundi adalah penyokong Umno dan BN kalau berdasarkan kepada keputusan PRU-13.

Umno bernasib baik mereka tidak mengundi Pas.

Bayangkan sekiranya TREND ini berterusan ke PRU-14?

Apa hendak dihairankan dengan keputusan Rompin ini kalau nasib peneroka Felda TIDAK lagi penting kepada kerajaan.

Yang penting Felda menjadi GLOBAL.  

Yang penting Felda ada HOTEL di LONDON.  

Kalau di zaman Tun Razak, peneroka hidup senang walaupun tidak mewah dan tidak ada saham, sekarang ini Felda KAYA, peneroka ada saham 800 unit seorang tetapi kehidupan peneroka sengsara menanggung hutang hingga ke liang lahat.

Jadi apalah nak dihairankan kalau peneroka Felda juga MENJADIKAN UNDI MEREKA GLOBAL.

Muhyiddin berkata keputusan tersebut adalah ISYARAT KEPADA BN?

ISYARAT KEPADA SIAPA? Kepada Umno? Kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor?

Hati rakyat mana yang tidak terluka apabila duit mereka dikutip kerajaan melalui GST dan setiap hari membaca betapa mewahnya kehidupan pemimpin Umno dan apabila pemimpin ada masalah, Ketua-Ketua Bahagian diberi peruntukan dan habuan ratusan ribu ringgit?

Jelapang YAKIN jika tiada perubahan di dalam pentadbiran negara dalam masa 3 tahun ini, PASTI BN akan KECUNDANG semasa PRU-14 nanti.

Perasaan rakyat ketika ini marah meluap-luap dengan suasana dalam negara.

Kepada pemimpin-pemimpin kerajaan terpulanglah apa pilihan kamu.

Mahu memilih

A. Melakukan perubahan demi rakyat dan Umno; atau

B. Bagi projek kepada anak, bini dan sapu apa yang ada sebelum hilang segala-galanya.

Dengan sikap ketua-ketua bahagian yang ada sekarang ini, Jelapang berani berkata mereka lebih berminat dengan B dari memikirkan masadepan rakyat.

2 comments:

  1. Gali kubor sendiri ler kalau masih nak jadi barua.

    Kan ada parti lain?

    ReplyDelete
  2. Apa kata Jelapang nasihatkan Peneroka Felda tu minta Rancangan Tanah Ladang Rakyat di Kelantan atau keluar saja dari Felda dan balik kekampung halaman asal,mungkin mereka lebih terbela.Ataunpun mungkin Jelapang ada tanah rancangan sendiri yg lebih membela rakyat berbanding Felda.Dapat tanah 10 ekar yg siap di bangunakan tu pun mereka dah patut bersyukur.Kalau harapkan usaha sendiri,tanah dua ekar pun penuh dgn semak samun,atau entah-entah nak dapat tanah sekar pun tak mampu.Jelapang sendiri yg tak masuk Felda ada berapa ekar tanah kebun?.Peneroka nak kena di bela sentiasa ,tapi Felda nak buat business tambah income,tak boleh.Harga kelapa sawit turun naik tak menentu boleh bela peneroka ke,tanpa perlu cari sumber lain?.

    ReplyDelete