Saturday, April 11, 2015

TUN DAIM: MUHYIDDIN YASSIN BOLEH BAWA PERUBAHAN

Image result for tun daim
BEKAS Menteri Kewangan dan Bendahari Umno Tun Daim Zainuddin ditemuramah oleh sebuah portal berita dan berikut ialah pandangan beliau mengenai cara Najib Razak mentadbir negara dan menangani isu.


Rakyat mahu tahu mana pergi duit 1MDB. 1MDB tidak boleh beritahu, kerajaan tidak boleh beritahu. Ini bukan duit sedikit RM10, RM20, ini melibatkan RM42 bilion. Kita mahu dengar apa sebenar yang berlaku.  - Ikuti Wawancara eksklusif Malaysia Gazette bersama bekas penasihat ekonomi negara, Tun Daim Zainuddin yang menyentuh pelbagai isu. 

Tun dilihat banyak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai isu. Sejak memberi teguran sehingga hari ini, adakah Tun melihat sebarang perubahan?
Tun Daim: Saya cuma beri pandangan. Pandangan yang berbeza. Saya tengok dan apabila saya beri pandangan alternatif. Terima atau tidak mahu terima terpulang kepada kerajaan. Tetapi nampaknya tidak ada perubahan. Kita mendapat feed back daripada rakyat yang tidak puas hati dengan banyak perkara. Banyak masalah sekarang ini.
Bagaimana Tun membuat teguran?
Tun Daim: Dengan menulis surat. Saya memang suka menulis surat sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir. Saya tidak mahu orang tahu tentang pandangan saya kepada kerajaan. Nampaknya tidak ada perubahan dalam kerajaan. Kalau tidak ada perubahan, kita khuatir pada pilihan raya akan datang besar kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah. Itu yang kita khuatir. Tetapi kalau kerajaan tidak mahu membuat perubahan apa kita boleh buat, kita boleh beri pandangan sahaja.
Selain menulis surat dan memberi pandangan menerusi media, adakah Tun pernah bersemuka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Tun Daim: Dulu keraplah. Sejak selepas pilihan raya saya tidak jumpa. Kali terakhir jumpa semasa majlis buka puasa di rumah saya. Selalu saya tulis surat atau bercakap menerusi telefon.
Surat-surat Tun itu dibalas atau tidak?
Tun Daim: Kadang-kadang dibalas, kadang-kadang dijawab melalui telefon. Perdana Menteri pun busy, takpalah sekurang-kurangnya beliau baca.
Bagaimanakah Tun melihat sokongan BN dan UMNO kepada Najib?
Tun Daim: Kalau menjadi Presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. UMNO ini caranya memang begitulah. Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara UMNO. Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya baru mereka ambil tindakan. Mungkin UMNO masih confident tetapi tidak senang hati sebab- sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat.
Ada yang beri pandangan apabila ketua-ketua UMNO berkumpul dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri seolah-olah Najib lemah dan memerlukan sokongan?
Tun Daim: Itu satu tafsiran - kalau kita kuat tidak perlu sokongan. Tetapi daripada maklum balas ketua-ketua bahagian ini datang dan diberi taklimat, tidak ada sesi soal jawab. Kita pun tidak tahu apa ada dalam hati mereka, lagipun tidak sampai 160 orang. Lain-lain yang tidak hadir mungkin ada sebab-sebabnya.
Bagaimana Tun melihat hubungan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Tun Daim: Muhyiddin memang taat setia kepada Najib tetapi baru-baru ini kenyataan mereka memang bercanggah, oleh sebab itu orang membuat 'bacaan' sendiri. Paling ketara tentang 1MDB yang disiasat oleh Jabatan Audit Negara. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam Kabinet, kenyataan Perdana Menteri dikeluarkan daripada pejabatnya. Muhyiddin pula daripada kenyataannya sendiri, jadi ada perbezaan sebab itu orang lihat ada berbeza pendapat. Yang pentingnya kerajaan sudah menyuruh Jabatan Audit menyiasat 1MDB
.


Saya tidak tahu berapa lama kerana ia pengauditan yang kompleks. Jabatan Audit Negara selalu boleh buat audit semua syarikat-syarikat kerajaan dalam setahun. Kali ini satu syarikat sahaja, patutnya boleh siap dengan cepat tetapi ini complicated sebab berlaku di luar negara. Saksi-saksi mungkin di luar negara, jadi Jabatan Audit perlu fokuscompletely jika mahu membongkarkan semua apa yang berlaku dalam 1MDB.
Dulu orang tidak faham 1MDB, hanya orang di pekan (bandar) yang bercakap tentangnya, sekarang orang kampung pun mula bercakap pasal 1MDB. Ia membabitkan satu jumlah wang yang besar, RM42 bilion.
Apabila kata aset melebihi hutang, patut ok. Kalau betul syarikat ini ok, kita boleh tubuh lebih banyak syarikat seperti ini tetapi saya ingat bila semua cerita 1MDB keluar sukar untuk pertahankan pinjamannya.

Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.
Rakyat mahu tahu mana pergi duit 1MDB. 1MDB tidak boleh beritahu, kerajaan tidak boleh beritahu. Ini bukan duit sedikit RM10, RM20, ini melibatkan RM42 bilion. Kita mahu dengar apa sebenar yang berlaku.
Rakyat mempertikaikan sejauh mana ketelusan Jabatan Audit Negara dalam siasatan itu, sedangkan jabatan itu juga melaporkan kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri juga Menteri Kewangan. Wujud konflik kepercayaan terhadap keputusan siasatan itu?
Tun DaimSebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga. 
Ia akan wujudkan konflik. Kalau Menteri Kewangan bukan kesilapan, dia juga Perdana Menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh. Kalau Menteri Kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Ketua Audit Negara memang membuat audit dan akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan. Semasa saya dulu kita terima sahaja. Dia hendak tulis apa, tulislah dan kita terima.
Kalau kita hendak perbetulkan dari bagi tahu, ini jangan tulis, itu jangan tulis susahlah. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan. Jabatan Audit Negara memang bebas walaupun di bawah Kementerian Kewangan.
Sekarang ini memang susahlah sebab Menteri Kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar. Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara.
Perdana Menteri pun sibuk, banyak masa diperlukan untuk memerintah negara, perlu tahu perkara hal ehwal luar negara. Jadi Menteri Kewangan pula jaga kementerian yang besar, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan, berkaitan dengan wang pula.
Sebab itu dari dulu saya kata, saya pernah menulis surat mencadangkan Perdana Menteri jangan menjadi Menteri Kewangan. Kalau ada masalah macam ini bukan salah Perdana Menteri jika beliau bukan Menteri Kewangan. Tetapi saya tidak tahu mengapa Perdana Menteri mahu juga menjadi Menteri Kewangan, Pak Lah pun macam itu juga. 

Tun ada idea mengapa 1MDB menyimpan wang pelaburannya dari Pulau Cayman di Singapura?
Tun Daim: Kalau kita hendak simpan duit di luar negara, kita ada Labuan Offshore. Kita boleh simpan dolar di Labuan. Mengapa tidak guna Labuan? Kalau tidak guna Labuan bermakna kita tidak percaya dengan sistem perbankan kita. Kalau Menteri Kewangan tidak percaya, siapa hendak percaya? Konflik terlampau banyak. 1MDB beritahu duit itu untuk dilaburkan termasuk dalam IPP, kalau macam itu mengapa simpan duit di luar? Ini soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, kita pun heran mengapa soalan tidak dapat dijawab. Cuba telus.
Sebelum ini kata 1MDB tidak pinjam daripada Ananda Krishna, di Parlimen kata pinjam. Apa ni? Kalau sudah buat silap, jangan bohong. Patut terus terang, kalau buat silap kita mengaku kesilapan. Kena perbetulkan kesilapan, bukan cerita-cerita lain. Bila orang korek cerita, sudah jadi masalah kepada kerajaan sebab terbelit sendiri. Kalau rakyat tidak percaya, ini kacau.
Pada pandangan Tun siasatan 1MDB memang mengambil masa?
Tun Daim: Kalau saya kerajaan, saya akan mempercepatkan siasatan, mengembalikan kepercayaan rakyat. Siasatan ini tidak boleh drag on, kalau lama sangat, menghampiri pilihan raya lagi teruk. Rakyat tidak lupa. Kalau kesilapan kecil tidak mengapa. Kerajaan kata tidak bail out (selamatkan) tetapi RM950 juta itu apa tetapi kerajaan kata tidak mahubail out. Kerajaan patut buat keputusan sama ada hendak tutup atau hendak teruskan. Kalau mahu teruskan, macam mana. Kalau hendak tutup lagi senang, cut the losses. Buat keputusan.
Patutkah 1MDB ditutup? 
Tun Daim: Macam kata Tun Mahathir 1MDB tidak perlu pun. Mula-mula kata 1MDB sebagai sovereign fund (dana berdaulat), sekarang kata strategic industry (industri strategik). Kalau strategik industri, IPP sudah diswastakan sejak sekian lama, hartanah, bina rumah high rise ramai yang boleh buat, kerajaan tidak payah buat. Kerajaan tidak patut terlibat dalam perniagaan. Kalau kerajaan terlibat dalam perniagaan inilah masalahnya kerana kerajaan tidak pandai berniaga. Yang teruk apabila Perdana Menteri jadi penasihat, hendak salah siapa? Saya pun tidak setuju Perdana Menteri jadi pengerusi dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC). Sepatutnya GLC yang menjalankan perniagaan patut independent (bebas), apabila Perdana Menteri terlibat susah.

.


Ekoran kegagalan 1MDB, wajarkah kerajaan melihat balik mekanisme penubuhan GLC?
Tun Daim: Itu yang saya tidak faham mengapa wujudkan 1MDB, kita hendak buat sesuatu mesti ada tujuan. Ini tidak ada tujuan. Macam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), kita tubuhkan dulu supaya tengok bisnes strategik agar tidak berlawan dengan sektor swasta. Banyak pelaburan sektor swasta tidak mahu sebab lambat untung.
Khazanah masuk dalam sektor-sektor swasta seperti Proton, Perwaja. Inilah industri strategik. Macam keretapi laju ke Singapura walaupun ia tidak perlu, MRT, sektor swasta tidak akan buat - mahal. Kalau hendak buat rumah tidak payahlah, ramai yang boleh buat.
Betulkah tindakan kerajaan menubuhkan 1MDB?
Tun Daim: Tidak betul, tidak perlu pun. Prinsip kerajaan tidak perlu buat bisnes. Kerajaan perlu wujud persekitaran bisnes untuk peluang pekerjaan dan kutipan cukai. Hendak terbabit bisnes pasal apa? Kerajaan sepatutnya memerintah sahaja.
Apa pandangan Tun jika 1MDB teruskan dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) ?
Tun Daim: Kalau IPO diteruskan, mereka ingat boleh gunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) tetapi DAP siang-siang lagi beritahu kalau gunakan KWSP, KWAP untuk IPO, mereka akan ambil injuksi. Kalau KWSP, KWAP tidak boleh beli, siapa yang hendak beli? Lagi teruk kalau tidak laku. If they take injunction kacau. Mereka kata KWSP duit rakyat, Tabung Haji duit orang Islam untuk tujuan pergi Mekah bukan hendak beli benda-benda tu semua. KWAP untuk golongan pencen pula.

Kalau betul seperti yang didakwa aset 1MDB melebihi hutang bermakna sebarang masalah tidak akan menimbulkan kebimbangan dalam ekonomi negara, bukankah begitu?
Tun Daim: Dalam keadaan sekarang pun, ringgit jatuh. Gabenor Bank Negara katafundamental masih elok. Bila orang tanya saya - saya jawab kalau fundamental bagus tetapi ringgit jatuh mesti ada sebab. Mungkin pasaran tidak percaya, mungkin salah satunya disebabkan 1MDB. Sebab itu ada laporan yang menyatakan Daim menyebut ringgit jatuh sebab 1MDB.
Saya tidak mengatakan demikian, mungkin pasaran tidak percaya kepada kerajaan dan salah satu sebab mungkin disebabkan 1MDB. Selagi pasaran tidak yakin, tidak percaya, ringgit akan lemah. Bagaimana hendak bagi orang percaya kalau asyik bagi jawapan yang tidak betul. Macam mana orang mahu percaya. Kalau asyik beri jawapan salah akan timbul lagi banyak persoalan.
Bermakna pandangan Tun kedudukan ringgit akan mengambil masa untuk pulih, begitukah?
Tun Daim: Fitch Ratings akan menurunkan taraf Malaysia kepada BBB . Lagi teruk sebab kalau hendak buat pinjaman harga (kadar faedah) lebih tinggi.
Saya ingat masalah kita ialah apabila orang Melayu takut mahu soal pemimpin. Masih buta tuli taat setia. Itu tidak boleh, silap. Kalau mereka silap kita kena tegur, itu tanggungjawab rakyat. Pemimpin kena terima kalau teguran itu betul, barulah kita boleh buat kerja dengan baik.
Bukankah pemimpin belum bersedia menerima teguran?
Tun Daim: Tidak, itu memang sifat orang Melayu, taat setia. Sebab itu orang putih suka orang Melayu. Orang putih tahu orang Melayu akan terima pandangan pemimpin dan nasihat mereka. Itu memang sikap orang Melayu.
Bolehkah ekonomi berhadapan dengan hutang 1MDB jika syarikat ini ditutup?
Tun Daim: Kalaulah kita kata 1MDB lingkup  tetapi selagi bank boleh menanganinya, it's ok. Kita pernah melalui beberapa syarikat yang rugi seperti forex, Bank Bumiputera, selagi kita boleh handle, bayar hutang - tidak ada masalah. Cuma kita kena berani menghadapinya tetapi kalau kita asyik sembunyi-sembunyi susahlah. Berbalik kepada ekonomi, sekarang ini hanya ekonomi Amerika yang baik. Eropah, China masih lemah.
Betul pertumbuhan ekonomi Malaysia 5.5 peratus dan tidak ada krisis dari segi pertumbuhan tetapi apakah jaminan kita tidak berada dalam krisis dalam perkara lain sedangkan hutang isi rumah meningkat, hutang negara juga semakin menghampiri had. Rakyat Malaysia masih tidak mampu beli rumah, harga barang naik, orang marah. Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan di Putrajaya pun bukan PR1MA bina tetapi dibina oleh Perbadanan Putrajaya. Inilah kita kata krisis.


Apa pandangan Tun mengenai pelaksanaan GST? 
Tun Daim: Sepatutnya semasa diumumkan terus dilaksanakan. Jangan tunggu 15 bulan, kita bagi orang debat. Cukai adalah rahsia sebenarnya. Ini kita bagi masa, orang berdebatlah. Memang orang tak suka cukai. Tidak pernah bila umum cukai kita tangguhkan pelaksanaannya sebab cukai perkara rahsia.
Saya cuba perkenalkan GST pada tahun 1985 untuk luaskan pendapatan negara supaya tidak bergantung kepada Petronas tapi Tun Mahathir tidak setuju. GST memang tidak popular tetapi sudah lebih 160 negara melaksanakannya.
GST sebenarnya untuk mengenakan cukai kepada orang kaya. Kalau kita tidak mahu bayar (GST) jangan belanja. Yang rakyat mahu tahu, adakah makanan keperluan dikenakan GST atau tidak, kalau tidak kena (cukai) oklah. Ini tidak, cerita benda tidak tentu hala, sekarang kelam-kabut. Not well thought of.

Pada pandangan Tun mengapa jadi begitu?
Tun Daim: Dulu Kabinet kalau mahu buat apa-apa, kita akan panggil kesatuan-kesatuan dulu. Kita terangkan apa yang mahu kita lakukan, bincang, dapat maklum balas, justify. Jadi apabila mereka faham, mereka boleh terima dan menerangkan kepada orang ramai. Sekarang ini saya rasa tidak lagi, kerajaan tidak peduli, sebab itu banyak pemimpin kesatuan beralih kepada parti pembangkang.
Kalau kerajaan selalu berjumpa, berbincang, tidak meminggirkan mereka- percayalah mereka tidak akan menentang kerajaan. Itu baru yang dikatakan kerajaan mendahulukan rakyat. Cuepacs minta naik gaji kerana mereka lihat menteri-menteri pun naik gaji, ahli Parlimen naik gaji.
UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, apa komen Tun?
Tun Daim: Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1994, dalam surat itu beliau menyatakan mahu  ekonomi rakyat Islam diperkukuhkan dan yang kedua soal keadilan. Ini negara Islam yang berbilang kaum, kalau Islam buat salah dihukum dan bukan Islam buat salah tidak dihukum (hudud). Mana keadilan, tanya Dr. Mahathir. Hudud ini agak complicated . Dalam al-Quran pun lebih banyak diberitahu mengenai keadilan. Malaysia belum sedia sebenarnya. Dalam hukum hudud, kalau mencuri potong tangan.
Kalau semua kaya tidak ada orang yang mahu mencuri, sebab itu penting memperbaikan ekonomi orang Islam. Pandangan saya, UMNO di Kelantan sokong hudud sebab di sana ramai orang Melayu.
Dengan cara itu pembangkang sudah berpecah belah. Itu politik sahaja, nothing to do with agama. DAP tidak mahu kerjasama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. DAP tahu kalau keluar (pakatan) nanti kalah, kalau terus bersama, masalah.
Apa pun kita kena tengok ending (pengakhirannya) kerana yang penting bagi DAP mahu ke Putrajaya, Pas pun hendak ke Putrajaya, soal ideologi tidak kira. Kalau sampai sana nanti gaduhlah. Terpulang kepada pengundi-pengundi.
Bagi saya yang penting ekonomi, kalau semua baik orang tidak peduli hudud atau tidak hudud. Kita tengok negara yang laksana hudud seperti sebahagian negeri Nigeria ada Boko Haram, Arab Saudi negara Islam, Afghanistan, sebahagian Pakistan ada Taliban. Acheh pula hudud . Di Brunei kita belum dengar pun rakyat kena hukum, negara itu semua percuma.
Cuma masalahnya para pelabur lari, mereka takut. Pelabur Amerika dan Yahudi boikot.
Kalau undang-undang hudud dibaca di Parlimen perlukah sokongan 2/3?
Tun Daim: Tidak payah 2/3, public members bill, ikut majoriti. Besar kemungkinan it goes through dengan sokongan Pas dan UMNO. Setakat ini Najib berdiam kerana tindakan mahkamah, subjudis sebab itulah UMNO diamlah tidak boleh cakap.
Tidakkah sokongan UMNO kepada hudud akan melemahkan UMNO sendiri sebab orang Melayu secara umumnya akan bersama PAS, DAP bersama DAP, UMNO pula ada MCA dan Gerakan? Pada masa sama UMNO perlu jaga hati orang Melayu.
Tun Daim: Apa-apa pun Sabah dan Sarawak tidak akan undi. Sebab ini undi individu. Apa pun tujuan UMNO tujuan sudah tercapai.
Siapakah yang boleh jadi pemimpin pelapis dalam UMNO?
Tun Daim: Kalau dalam UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau tidak berpecah-belah.
Adakah Muhyiddin mempunyai ciri-ciri membawa perubahan?
Tun Daim: Muhyiddin boleh bawa perubahan, tetapi kalau dia seorang sahaja, memang tidak boleh menguruskan negara. Seorang pemimpin perlukan pasukan yang pandai, yang ada brain, dan faham tentang negara. Muhyiddin Boleh, tapi kena tahu sejarah negara. Kalau tidak tahu macam mana hendak move forward.
Adakah UMNO dan Barisan Nasional sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang?
Tun Daim: Pilihan raya Permatang Pauh pun tidak bersedia. Patut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ke dalam, UMNO bersedialah. Patut kena plan sekarang, apa lagi tunggu? Patut sudah pilih calon dan pergi kempen. - MalaysiaGazette

1 comment:

  1. Bila penyamun berikan sokongan pada sesorng?
    apa matlamatnya?
    Penyamun tak kenyang akan cntas TS Muhyiddin pula. Kasihan UMNO syaitan2 tua berlegas...

    ReplyDelete