Thursday, April 30, 2015
KABINET NAJIB HANCUR. AHMAD MASLAN, SHABEERY CHIK & HASSAN MALEK SIMBOL KABINET HALF PAST SIX
HAPPY birthday Dato' Ahmad Maslan.
Sebuah blog hari ini turut mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Maslan dengan tajuknya "Selamat Hari Lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk MENCERIAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAWAK GST".
http://aans1.blogspot.com/2015/04/selamat-hari-lahir-untuk-mat-maslan.html
Pelbagai kritikan dilontarkan kepada Ahmad Maslan. Hendak menyalahkan pengkritik pun susah. Apabila diteliti kenyataan Ahmad Maslan, memang ada kebenaran kenyataan beliau kurang cerdik.
Maka pelbagai cara kritikan dibuat termasuk poster ini. Bagaimanapun Ahmad Maslan tampil di kaca TV semalam membuat kenyataan dan beliau memaafkan kesemua pengkritik beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai Ahmad Maslan. Oleh itu tak perlulah Jelapang mengulas lagi.
Jelapang teringat akan kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim terhadap Kementerian yang beliau terajui dulu.
Kata Rais: "Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-penerangan-tuding-jari-pada-kementerian-komunikasi-gagal-jawa
Rais bekas Menteri Penerangan dan sudah pasti beliau lebih arif mengenai apa yang sedang berlaku di Kementerian itu sekarang.
Pelbagai isu timbul dan kini Umno dilihat di dalam keadaan yang cukup kusut. Tetapi di mana Menteri-Menteri Kabinet Najib?
Di mana Menteri Penerangan Shabeery Chik?
Kementerian Penerangan adalah salah satu Kementerian yang penting dalam Kabinet tetapi malangnya tiada siapa tahu apa yang dilakukan oleh Kementerian ini dan Menterinya.
Rasanya di dalam sejarah Kementerian Penerangan, Shabeery Chik merupakan Menteri Penerangan PALING LEMAH dalam sejarah Kementerian Penerangan.
Pentingnya Kementerian Penerangan sehinggakan Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menjadi Menterinya.
Hebatnya Menteri Penerangan dahulu sehinggakan orang lama-lama di dalam Umno tidak dapat melupakan betapa hebatnya Mohamed Rahmat, Kadir Sheikh Fadzir, Khalil Yaakob sebagai Menteri Penerangan.
Malahan bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Ghazali Shafie, Adib Adam lebih berkemampuan jika dibandingkan dengan Shabeery Chik.
Kalau dulu Rais disingkirkan dari Kabinet kerana umurnya, malangnya orang lebih muda dari Rais prestasi lebih rendah dari Rais.
Mungkin ada yang akan berkata sekarang, lebih baik Rais dari Shabeery.
Betul. Org jabatan penerangan sendiri tidak faham akan gst. Dan satu lagi mereka berdiri diri kerana tidak menyokong gst.
ReplyDeletementeri penerangan sibuk projek TV digital..
ReplyDeleteada soalan yg lebih penting dari soalan masalah rakyat seperti:
berapa untung komisyen yg boleh dimaksimumkan..