Tuesday, March 24, 2015

SURAT LAYANG KEPADA KETUA CAWANGAN MENGHENTAM NAJIB

Image result for najib+surat+layang

SUDAH lama kita tidak mendengar cerita SURAT LAYANG

Ketika Tengku Razaleigh Hamzah melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 80an, budaya surat layang amat meluas. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim melawan Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, surat layang bertebaran di bahagian-bahagian dan cawangan Umno.

Rupa-rupanya di era whatsapp dan Twitter ini, BUDAYA SURAT LAYANG masih segar dan bugar.

Ketua-ketua cawangan dan AJK cawangan Umno seluruh negara seminggu dua ini menerima sepucuk surat layang yang sudah pasti membuat Najib Razak GUSAR.

Surat tersebut mendesak Najib MELETAKKAN JAWATAN dan mahukan akar umbi menyelamatkan Umno dan BN dari KALAH di dalam PRU akan datang.

Berikut antara kandungan surat layang tersebut:



IMG-20150324-WA0003



http://ketuapeneranganumno.blogspot.com/2015/03/penulis-surat-layang-sila-tampil-ke.html

http://tekookopi.blogspot.com/2015/03/surat-layang-jatuhkan-najib-tersebar.html

Kandungan surat ini sudah pasti merunsingkan Najib.

Pemimpin no 1 liabiliti paling besar?

Kalau sebelum ini Najib perlu mengadakan satu perhimpunan untuk meminta Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri-Menteri untuk memegang "placard" untuk memberi gambaran beliau masih disokong, alangkah baiknya jika dapat dihimpunkan 21,245 Ketua Cawangan untuk turut memegang "placard" tanda solidariti kepada Presiden Umno itu.

3 comments:

  1. Persoalanya kenapa tiada surat layang untuk pengkhianat negara seperti Anwar, Kit Siang, Guang Eng mau pun Mat Sabu.

    Ada akai mau pikiaq lah wahai ahli UMNO.

    Masa nilah nak main sentimen. Bongok punya manusia.

    ReplyDelete
  2. salam, aku kesian tengok najib. dia lah satu satu pemimpin yang amat sabar dan berwibawa. dia tidak melatah, walaupun dirinya, anak bini nya dan keluarga nya dihina. percayalah sekiranya dia meletak jawatan pada masa ini orang melayu akan melukut ditepi gantang. aku boleh bayangkan ape yang akan berlaku. tetapi orang melayu tidak sedar ape yang sedang berlaku disekeliling mereka. politik, ekonomi, ugama dan tanah air akan tergadai. kebijaksanaan pembangkang dengan meletakkan semua permasalahan negara kepada najib tidak dapat dilihat oleh orang melayu dengan jelas. walaupun diterangkan dengan begitu jelas ape yang sedang berlaku kita masih tidak mahu memahami nya, hutang negara, gst,1mdb, kejatuhan ringgit sedangkan orang luar faham. kehancuran bangsa melayu kian hampir aku hanya berharap aku tidak berada didunia ini semasa ia berlaku.

    ReplyDelete
  3. Paklah dijatuhkan kerana terlalu terpengaruh dgn SIL.

    Kini Najib terlalu dibawah telunjuk little rosie - sampaikan ada pejabat utk FLOM. Buang duit rakyat.

    Maka pimpinan mereka makin lemah sebab bergantung pada orang lain walupun ahli keluarga.

    Pemimpin yg tiada jati diri harus dipecat jika enggan undur.

    ReplyDelete