Sunday, March 8, 2015

SOLIDARITI NAJIB TANPA MUHYIDDIN?

Image result for najib+1mdb

TAN Sri Muhyiddin Yassin TIDAK HADIR. Mukhriz Mahathir TIDAK HADIR. 35 ketua bahagian, kebanyakan dari Sabah dan Johor, TIDAK HADIR. 154 Ketua Bahagian hadir.

Pertemuan S-O-L-I-D-A-R-I-T-I tanpa Timbalan Presiden Umno?

Menurut penyokong kuat Najib Razak, Ismail Sabri, kita jangan terlebih tafsir KETIDAKHADIRAN Tan Sri Muhyiddin.

Tetapi tidak salah jika ada yang mentafsir ketidakhadiran Muhyiddin sebagai PERMULAAN kepada satu GERAKAN dalam Umno.

TIDAK mengejutkan melihat gambar-gambar Ketua-Ketua Bahagian memegang poster "Solidariti Bersama Presiden Umno" di PWTC petang tadi.

Satu perjumpaan umpama satu "picnic" atau "karnival" kalau dilihat kepada kemeriahan di PWTC dan Riverside.

Ada ketua bahagian membawa udang galah dan ketam untuk Ketua-Ketua Bahagian menjamu selera tengahari tadi, ada yang membawa ikan patin masak tempoyak dan ada yang membawa ikan kerai goreng.

Ianya tidak lebih seperti satu "picnic" di tepi pantai. Akhir perhimpunan, Ketua Bahagian gembira kerana ada peruntukan diluluskan oleh Najib.

Itulah standard ketua bahagian Umno hari ini.

Kata seorang Ketua Bahagian yang hadir, mesyuarat "suam" saja. Kita tunggulah nanti --- "ada benda sedang dimasak di dalam Umno sekarang. (something is cooking in Umno now".

Sama-samalah kita tunggu "masakan" itu nanti. Mungkin Muhyiddin tahu ramuan masakan tersebut.

Katanya Najib memberi penerangan mengenai 1MDB dan berharap isu 1MDB tidak MEMECAHBELAHKAN Umno. Najib tidak pula menyentuh saranan Muhyiddin agar dilaksanakan audit forensik ke atas 1MDB. Harap Najib tidak lupa akan saranan Muhyiddin. Kita tak perlu takut kepada audit forensik kalau segala urusan di dalam 1MDB TELUS.

Tetapi kita berharap juga Najib tidak lupa menjawab pelbagai persoalan yang semakin panas dibangkitkan mengenai 1MDB.

Salah satunya dibangkitkan oleh Sarawak Report hari ini.
Jho Low Claimed The “PM/ FM” Gave Approval To Keep Bank Negara In The Dark On 1MDB Loan
Baca di sini: http://www.sarawakreport.org/2015/03/jho-low-claimed-the-pm-fm-gave-authority-to-keep-bank-negara-in-the-dark-on-1mdb-loan/

Dan laporan The Edge Mingguan.

http://www.theedgemarkets.com/my/article/former-1mdb-ceo-faces-impropriety-allegations-petrosaudi-jv

Perhimpunan ini tidak mengubah pandangan rakyat kepada kerajaan dan Najib Razak.

Orang Melayu semakin hari semakin merasa malu dengan isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Kerajaan Melayu, pemimpinnya Melayu tetapi cara mentadbir memalukan Melayu seolah-olah orang MELAYU GAGAL MENGURUSKAN NEGARA.

Tak habis dengan isu 1MDB, isu Felda sedang panas, isu Felcra belum selesai.

Dan sehingga hari ini, kita tidak nampak Kerajaan Melayu serius untuk menyelesaikan semua masalah ini.

Kita kena ingat semua ini ada kaitan dengan maruah Melayu, maruah kerajaan Melayu dan maruah Islam.

Dan apa pandangan kaum Cina dan India kepada cara kita mengurus Kerajaan.

2 comments:

  1. ds najib sedang menamu ketua ketua bahagian yang majoritinya sentiasa dalam kelaparan dan kehausan. solidariti terpaksa diteruskan sebab anda ketua bahagian adalah pemangkin kepada permasalahan ds najib dan melayu hari ini. tanpa ketua bahagian siapa lah presiden umno..

    ReplyDelete
  2. Besar agenda blok ni. Sekali tengok mcm sokong umno, 2 kali tengok, sebijik blog nak pecah belah umno. Saja suka2 ke memang ada yg bayar ni bro? Ikut logik, blogger ni dh tahu mukhriz x hadir bersebab. Ada program konvokesyen. Dh dimaklumkan kpd presidenpun... Timbalan presiden boleh suka2 tak hadir? SOLIDARITI tu ialah antara ketuan bahagian dgn presiden....so, simpan sikit bodoh tu. Nampak sgt nk jadi mcm pasma kalau pas.

    ReplyDelete