“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain badminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop. Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara." - Syed Ali Al-Habshee, Ketua Bahagian Umno Cheras.
SOKONG MEMBAWA REBAH.
Itulah Syed Ali Al-Habshee, Ketua Bahagian Umno Cheras.
Tiada simpati buat Syed Ali yang dikritik begitu hebat di media sosial kerana keterlaluan "mempertahankan" (lebih dilihat sebagai membodek) Rosmah Mansor sehingga melampaui batasan agama.
Semasa banjir besar melanda Pantai Timur, beliau tampil mempertahankan Najib Razak yang sedang bercuti di Hawaii.
Sekiranya 191 Ketua Bahagian Umno bersikap seperti Syed Ali, maka runtuhlah Umno.
Najib adalah bapa kepada 27 juta rakyat Malaysia. Seorang bapa, walaupun sedang bercuti nun jauh di hujung benua, sekiranya anaknya sakit, tidak akan tergamak untuk terus bercuti dan membiarkan anaknya terlantar sakit dengan hanya ditemankan seorang doktor.
Seorang bapa yang waras akan pulang untuk bersama dengan anaknya walaupun dia tahu bahawa tiada apa yang dapat dilakukannya dan hanya doktor yang tahu bagaimana untuk merawatnya.
Kecuali, Najib tidak pernah menganggap 27 juta rakyat Malaysia sebagai anaknya.
Tetapi Syed Ali mengatasi 190 Ketua Bahagian Umno lain dalam "membodek" Rosmah dan Najib.
Orang semacam inilah yang merosakkan Najib.
Mungkin disebabkan orang semacam Syed Ali inilah menyebabkan Najib tidak mempunyai sedikit pun rasa bersalah dan sanggup ke Bangkok untuk bermain golf ketika rakyat keperitan derita banjir.
Ini lah suasana di dalam Umno hari ini.
Buat Syed Ali, kritikan baru-baru ini diharapkan akan mendewasakan beliau.
Ada caranya jika ingin mendekati Perdana Menteri dan keluarganya.
Salah satu caranya ialah memastikan Cheras kembali ke tangan BN.
Kalau itu satu tanggungjawab yang sukar, mungkin Syed Ali boleh pastikan BN mendapat sekurang-kurangnya 20,000 undi semasa PRU akan datang.
Semasa PRU 2013, BN Cheras hanya mampu meraih 10,953 undi.
Cara ini lebih baik untuk Syed Ali mendekatkan diri beliau dengan Perdana Menteri dan keluarganya daripada membuat kenyataan yang menyokong membawa rebah.
Rosmah tu Org tak suka kerana suka lebih2 mcm pm Atau ahli parliament. Contohilah DS Dr. ASmah yg low profile. Semua Org suka. Tutuplah permata kerana hanya tertumpu pada Org kaya Dan yg berkenaan saja. Kurang kan shopping kat luar negara, Jangan campur Apa2 urusan kerajaan. Kurangkan follow najib sana sini.. jangan tunjuk awak tu kaya sangat. Hanya beri perhatian pada puspanita ckplah. TQ. itu pendapat saya
ReplyDeleteSalam …
ReplyDeleteSaya setuju dengan ulasan 'Jelapang'.. bukan kerana saya tak suka PM dan MRS PM..
Saya juga tidak sokong mana mana PARTI terutama PR..,
TETAPI… kalau salah TETAP salah, nak sokong tak ketahuan apahal…? Kaki bodek dalam UMNO lah yg merebahkan UMNO..!
Syed Ali, cermin lah diri..Lu sudah Tua..!! raayat Cheras pun tak mahu anda..
Pencen ajelah..!!
OCD
Saya nak tanya. Tak ada ke
ReplyDelete1. Ketua2 bhg yg nak sokong kenyataan syed ali di mana hukum boleh tukar.
Atau
2. Mana2 imam masjid, jawatankuasa masjid di bhg cheras nak komen kenyataan syed ali mengenai hukum berpeluk lelaki perempuan selepas game badminton
aku rasa kalau diam lagi baik daripada membodek tak kena tempat. bodek begitu sebenarnya membuka ruang untuk dihentam balik sebab nampak sangat bodohnya. hukum tetap hukum, salah tetap salah. cuba aku peluk cium anak perempuan awak, lepas tu aku kata aku anggap anak awak tu seperti anak aku sendiri, boleh begitu?
ReplyDelete
ReplyDeletenak muntah baca blog syed ali. asyik mbodek saja. kalau nak jawatan menteri , cakap lah terang2
peranan seorang isteri utk memberi sokongan moral amat penting sekali demi menjamin kejayaan 'career' suami.sya pernah memerhati secara dekat peranan yam toh puan hjh rahah semasa beliau menemani almarhum tun abd razak ketika menerima rawatan d London dulu.beliau selaku ibu Negara yg amat elegant n penuh kesantunan.begitu juga yam tun hjh asmah.jgn sekali2 ingat mereka2 ini tidak berpengaruh. sya berpendapat cara mereka lebih kpd menggunakan pendekan 'she stoops' 2 conquer'.namun jika peranan isteri lebih kpd 'she conquers 2 dominate'maka ia nya amat merbahaya kpd suami jika pendekatan ini tidak d restui olih masyarakat terbanyak.wallahualam.
ReplyDeletekaki ampu dan kaki bodek biasa aje
ReplyDeletepemimpin yg suka dipuji ni yg merbahaya
orang bawahan akan cepat ambil peluang ampu supaya dapat habuan
jika pemimpin yg tegas saperti Tun Dr M - takde orang berani ampu, mereka segan dan terus bekerja tungkus lumus
action speaks louder than words
MEMPERTAHANkan pemimpin yg. disayangi bukan bermakna 'MENGHALALkan' apa saja mereka buat, mahupun MEMBODEK mereka tak tentu arah; apalagi kalau BERTENTANGAN dgn. hukum ISLAM! Mcm. kita SAYANGkan anak, takkan nak biaq dia buat DOSA sewenangnya!
ReplyDeleteJadi diharap YAB Wanita Pertama kita ikutlah Hukum Islam sebaiknya lepas ini - apalagi kita dah tua! Menjadi Wanita Pertama Islam, tak perlukan POPULARITI, apalagi di mata KAPIR, tapi berusaha diberkati ALLAH SWT serta menjadi contoh kpd. umatnya dgn. MENGHORMATI dan MELAKSANAkan hukum Islam sebaiknya!
Nek Tempoyak.
Salam mullah qadammullah...woii bongok kamu ikut kitab mana...adakah dalam al quran mengatakan seorang perempuan boleh memeluk seorang lelaki...walaupun berlapik...dan mereka itu bukannya muhrim...kalau mcm tu nak dikirakan bolehlah kita memeluk orang..dan bolehlah kita main dengan orang tak kira sapa pun asalkan suka sama suka...sbb pakai kondom tak kena kulit...tuan syed sedarlah...nabi muhammad saw pernah berkata...ikutilah anak cucu cicit ku jika mereka ini ke jalan yang benar dan jauhilah mereka jika mereka ini tidak ke jalan yang benar...tuan syed..saya ingin menyatakan disini..tentang selawat ke atas nabi muhammad saw ...salam ke atas nabi dan juga anak cucu cicit nabi..tapi siapakah anak cucu cicit nabi ini....bukankah ianya berasal dari keturunan syed...dan disini saya ingin menegaskan dan amaran jangan nak memalukan keturunan syed..yang ada dimuka bumi ini...tolong yaa...mana punya fatwa tuan syed pakai...cukup-cukuplah tu...dah banyak terpesongnya....sbb nabi muhammad saw sebelum kewafatan baginda...menangis akan sedih ke atas umatnya..kerana baginda tidak ada meninggalkan sebarang harta..akan tetapi baginda meninggalkan dua benda harta yang paling berharga..ia itu..al quran hadis dan sunnah...dan barangsiapa yang mengikuti ajaranku dan sunnahku orang itu akan masuk ke syurga bersama-sama ku...dan barang siapa yang tidak mengikut ajaranku dan sunnah ku orang itu tidak akan masuk ke syurga bersama-sama ku.....jangan marah ya ...fikirlah dengan kalam hati dan jangan berfikir dengan ikut rasa hati pasti akan rosak binasa...
ReplyDeleteSalam mullah qadammullah...woii bongok kamu ikut kitab mana...adakah dalam al quran mengatakan seorang perempuan boleh memeluk seorang lelaki...walaupun berlapik...dan mereka itu bukannya muhrim...kalau mcm tu nak dikirakan bolehlah kita memeluk orang..dan bolehlah kita main dengan orang tak kira sapa pun asalkan suka sama suka...sbb pakai kondom tak kena kulit...tuan syed sedarlah...nabi muhammad saw pernah berkata...ikutilah anak cucu cicit ku jika mereka ini ke jalan yang benar dan jauhilah mereka jika mereka ini tidak ke jalan yang benar...tuan syed..saya ingin menyatakan disini..tentang selawat ke atas nabi muhammad saw ...salam ke atas nabi dan juga anak cucu cicit nabi..tapi siapakah anak cucu cicit nabi ini....bukankah ianya berasal dari keturunan syed...dan disini saya ingin menegaskan dan amaran jangan nak memalukan keturunan syed..yang ada dimuka bumi ini...tolong yaa...mana punya fatwa tuan syed pakai...cukup-cukuplah tu...dah banyak terpesongnya....sbb nabi muhammad saw sebelum kewafatan baginda...menangis akan sedih ke atas umatnya..kerana baginda tidak ada meninggalkan sebarang harta..akan tetapi baginda meninggalkan dua benda harta yang paling berharga..ia itu..al quran hadis dan sunnah...dan barangsiapa yang mengikuti ajaranku dan sunnahku orang itu akan masuk ke syurga bersama-sama ku...dan barang siapa yang tidak mengikut ajaranku dan sunnah ku orang itu tidak akan masuk ke syurga bersama-sama ku.....jangan marah ya ...fikirlah dengan kalam hati dan jangan berfikir dengan ikut rasa hati pasti akan rosak binasa...
ReplyDeleteSalammullah qadammullah...tuan syed apa sudah jadi beginikah tuan syed menjatuhkan hukum allah...jangan main-main dengan hukum allah nanyi mkn diri...mana maunya kita bukan muhrim memeluk orang bukan muhrim kita walaupun berlapik...cuba cakap adakah tertulis hukum itu dalam al quran dan hadis nabi...deyyyy tuan syed jangan main-main dgn hukum..agaklah kalau nak mengampupun...ingatlah asal usul syed ni dari mana dan keturunan nabi muhammad saw...sepatutnya tuan syed kenalah menasihati rosmah bukan memggalakkan lagi...inilah dunia akhir zaman....kalau mcm tu kita semua ni boleh le berpeluk dgn orang yang bukan muhrim...deyyy...kalau mcm tu dayuslah najib sbb isteri dia memeluk orang lain...saya nak tanya tuan syed ni ikut hukum dari alam mana haaaaaaa....akai ada ke......betui-betui parpulah...lu.....bikin malu saja semua keturunan syed yang ada di muka bumi ini........bukan begini caranya nak beri penghormatan kepada orang dengan memeluk...jangan main-main dengan hukum hakam tuan syed....parpu betui leeee.....kate orang nak menegak benang yang basah benang yang kering pun tak boleh tegak...saya teringin nak berdebat dengan tuan syed niii...dan dgn perdana menteri najib ni..jangan ramai-ramai kita 6 mata aja...berdebat...
ReplyDelete