Tuesday, January 27, 2015

NAJIB BERNASIB BAIK TUN MAHATHIR TAK "SERANG" ROSMAH


HARI ini Jelapang terbaca di sebuah akhbar Melayu sebuah kisah hendak MENDAMAIKAN Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kononnya akan ada satu usaha untuk Tun Mahathir dan Najib duduk semeja dan selesaikan perbezaan pendapat mereka.

Apa yang hendak didamaikan?

Bila pula Tun Dr Mahathir dan Najib TIDAK DUDUK semeja?

Ramai ahli dan pemimpin Umno tahu Najib kalau tak sarapan pagi, Najib akan ke rumah Tun Mahathir untuk makan tengahari dan makan malam.

Dan bila pula Tun Mahathir bantai Najib?

Tak pernah sekali pun Tun Mahathir hentam PERIBADI Najib. Tun Mahathir hanya bertanyakan isu rakyat demi masa depan negara.

Kalau Tun Dr Mahathir nak popular di kalangan rakyat dan JATUHKAN NAJIB, mudah saja. HENTAM ROSMAH MANSOR, popular lah Tun Mahathir. Hanya segelintir ahli Umno yang sukakan Rosmah dan Ketua Umno Cheras Syed Ali Al-Habshee di antara segelintir ini.

Tapi TIDAK. Tun Mahathir tak pernah membangkitkan isu Rosmah padahal isu Rosmah adalah isu paling PANAS dalam politik Malaysia hari ini dan isu Rosmah lah yang menurunkan sokongan rakyat kepada Umno.

Tanya lah, berapa peratus ahli-ahli Umno yang SUKA Rosmah? 

Berapa ramai Ketua Bahagian Umno yang suka Rosmah? Berapa ramai Timbalan Ketua Bahagian yang mengata Rosmah dalam diam-diam? 

Berapa ramai bapa-bapa Menteri yang dalam senyap-senyap bercakap mengenai Rosmah?

Berapa ramai isteri-isteri Menteri yang meluat dengan Rosmah?

Berapa ramai Ahli Parlimen, Ketua-Ketua Cawangan mengeluh mengenai Rosmah?

Malahan ada sosek-sosek mengatakan ada adik beradik Najib sendiri pun tak berapa minat dengan Rosmah.

Berapa ramai pegawai-pegawai dan bodyguard Najib mengutuk Rosmah?

Kalau mereka sukakan Rosmah, tak kan kita tahu kedai mana Rosmah nak "shopping" di Bangkok hari itu? Ada gambar sekali. 

Tak pernah sekali pun Tun Mahathir bangkitkan mengenai Rosmah.

Rosmah nak pakai kot bulu tikus ke, buli kucing ke, Tun Mahathir tak ambil peduli.

Rosmah nak pakai jet kerajaan ke, belanja RM500,000 (mengikut dakwan blog pembangkang) duit kerajaan untuk minyak jet berjalan satu dunia ke, tak pernah pun Tun Mahathir komplen.

Ramai orang bercakap betapa rimasnya bila Rosmah berhelikopter ke sana ke mari semasa banjir baru-baru ini. Orang berlari ke sana ke sini nak sambut beliau malahan ada yang merungut Rosmah menyusahkan kita. Sudahlah tu, pakai pakaian berjenama lagi melawat mangsa banjir yang tinggal sehelai sepinggang.

Kita orang Umno rasa nak sembunyi muka kerana malu dengan rakyat yang dalam keperitan.

Selepas membatalkan acara di Davos, Switzerland, Najib dan Rosmah terbang ke Saudi Arabia dan kini berada di London sampai tiga empat hari semata-mata hendak berjumpa 100 pelajar dan acara sampingan.

Tun Mahathir tak bangkit pun perkara-perkara ini.

Ketika rakyat derita banjir, Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, ada Tun Dr Mahathir komplen?

Setakat nak "enjoy" main golf dengan Presiden Amerika Syarikat, setakat Rosmah nak pakai kot bulu tikus, pakailah. Enjoylah.

Lagi pun memang sekarang ini zaman orang pakai kot bulu tikus, dah nak buat macam mana.

Terus terang kita nak katakan, apa benda yang orang tidak bercakap mengenai Rosmah. 

Orang bercakap mengenai perkahwinan anak perempuan Rosmah dan Rosmah sampai hati sanggup tidak menghadiri perkahwinan anak sendiri dengan anak Dato' Yaakob PWTC.

Tun Dr Mahathir pun tahu semasa muda, Najib kaki enjoy. Tapi kerana terlampau sayangkan Najib, Tun Mahathir pejamkan sebelah mata dan kerana SAYANG, dan Najib hari ini menjadi PERDANA MENTERI.

Malangnya, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin tidak pernah merasakan "kasih sayang" yang diberikan oleh Tun Mahathir kepada Najib.

Hari ini bila DITEGUR, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dilihat sebagai penyokong pembangkang.

Tun Daim dilabelkan sebagai pembangkang. Kalau boleh bisnes dia pun nak dilingkupkan.

Kerana apa? Kerana Tun Mahathir dan Tun Daim HANYA BERTANYA BEBERAPA SOALAN demi kepentingan rakyat dan negara.

Perbezaan di antara Tun Dr Mahathir dan Najib hanya berkisar di sekitar 4/5 soalan sahaja. 

JAWAB SOALAN YANG DIBANGKITKAN TUN MAHATHIR, MASALAH SELESAI!

Tun Mahathir bertanya, kalau betul DUIT 1MDB yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik, di mana duit itu disimpan? Bank mana? Jawablah.

Tun Mahathir bertanya, kenapa beli IPP dengan harga mahal padahal nilainya murah? Jawab lah. Kalau kerajaan nak buat untung, cakaplah nak buat untung?

Tun Mahathir tanya, kalau beli IPP mahal, bagaimana nak letak kadar eletrik murah pada rakyat, jawablah.

Tun Mahathir tanya kenapa jual tanah kerajaan murah tapi IPP hak orang, 1MDB beli mahal, jawablah.

Apakah susah sangat hendak menjawab soalan-soalan ini?

Kalau susah sangat hendak menjawab soalan-soalan ini, buat retreat, buat lab.

Bawa semua ahli Kabinet ke retreat dan duduk dalam Lab, draf jawapan untuk soalan-soalan ini.

Selama ini pun Najib selesaikan masalah melalui retreat dan Lab yang diilhamkan oleh Pemandu dan Idris Jala.

Sebenarnya rakyat bersyukur ada ORANG TUA seperti Tun Dr Mahathir. Sekurang-kurangnya dengan saki baki umurnya, dia boleh mewakili rakyat, sebagai Wakil Rakyat yang tidak dipilih, bertanya kepada kerajaan dan Najib tentang duit rakyat yang digunakan berbilion-bilion ringgit.

Nak diharapkan kepada Menteri Kabinet bertanyakan perkara ini? Mereka lebih SAYANGKAN jawatan dari sayangkan rakyat.

Nak diharapkan kepada Ketua Bahagian? Hampir kesemua Ketua Bahagian dah "DIJAHIT" mulut mereka.

Nak diharapkan kepada perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno? Belum apa-apa dah diarah naik ke Tingkat 30 Bangunan Umno di Kuala Lumpur untuk diberi amaran apa isu yang boleh dibangkitkan dan apa yang HARAM dibangkitkan.

Tun Mahathir hanya bertanyakan mengenai 1MDB. Itu pun dah dilihat sebagai musuh Najib dan dihentam habis-habisan.

Belum lagi Tun Mahathir bertanyakan tentang harga getah dan kelapa sawit yang merudum sekarang ini. Belum lagi Tun Mahathir bercakap mengenai kejatuhan matawang Ringgit. Belum lagi Tun Mahathir bertanyakan hal duit Koperasi Felda. Belum lagi Tun Mahathir bertanyakan pemberian kontrak MRT dan LRT.

Oleh itu tak payahlah sesiapa, baik Shahidan Kassim atau sesiapa di dalam Umno, mahu mencari publisiti murahan dengan mengisytiharkan diri untuk menjadi ORANG TENGAH untuk menenangkan perbalahan di antara Tun Mahathir dan Najib.

Tun Mahathir TIDAK membenci Najib. Tun Mahathir tidak ada masalah dengan Najib.

Cuma JAWABLAH EMPAT LIMA SOALAN YANG TUN MAHATHIR BANGKITKAN. SELESAI MASALAH. HABIS CERITA.

20 comments:


  1. jawab, jawab, jangan tak jawab.

    ReplyDelete
  2. aku suka rosmah...aku ahli umno biasa je...yg menjatuhkan umno bukannya dia...tapi ahli2 umno itu sendiri yg mana ahli yang ada jawatan dari peringkat cawangan...bahagian dan seterusnya yg berebut2 kejarkan projek projek utk kembangkan tembolok sendiri...belum lagi bab bab tikam menikam dari belakang...mereka2 yg tak sukakan rosmah tu pun belum tentu lagi disukai oleh orang lain...

    azhar...

    ReplyDelete
  3. Banyak benda dlm 1MDB nak kena tutup. Nak mudah serang Tun sebab Tun yg jadi pengacau. Tapi bangkai gajah boleh tutup lama mana

    ReplyDelete
  4. ini cerita terbaik pasal Mahathir dengan najib yang aku baca sejak berminggu lalu. cerita paling masuk akal, paling boleh dipercaya. soalan yang baik, jawablah, habis cerita.

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak jawab. Semua tak betul. Nak sorok adalah

    ReplyDelete
  6. Tahniah jelapang. Syok betul aku baca

    ReplyDelete
  7. Ahjibgor ni suka pengampu mulut manis. Bayar jutaan ribu utk penasehat bangang.

    Tun Dr M dan Daim Z beri nasehat berguna dgn ikhlas tanpa satu sen pun.

    Masa utk berdiam diri konon elegant silence sudah tamat

    ReplyDelete
  8. Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

    Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

    Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

    Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

    Haa haaa Haaa

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

    Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

    ReplyDelete
  9. PERHATIAN:
    Blogger Upahan Perompak dan Lanun seperti di bawah adalah merupakan DURI DLM DAGING, GUNTUNG DLM LIPATAN yg masih dikategorikan sebagai Blogger Pro-Kerajaan walaupon hasil kerja mereka ini sebenarnya Melemahkan Kerajaan, Menganggu-gugat, melagakan Pemimpin Sedia Ada (Bukannya yang dah Pencen), dan Mengutuk, Mencari Salah sana sini Pentadbiran PM DS Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional - UMNO.


    1. OutSyed The Box - Syed Akbar Ali
    2. Din Turtle
    3. The Scribe A Kadir Jasin
    4. Zamkata - Zainuddin Maidin
    3. The Sense, Credibility and Accountability
    4. Life of Annie
    5. Apanama

    Silalah kemukakan bukti, setakat hari ini Rabu, 28 Januari 2015, berapa banyakkah artikel, tulisan yang menyentuh, menceritakan, memberi gambaran mengenai Salah Laku Tun Mahathir dan Tun Daim? Apakah semasa zaman Pentadbiran Tun Dr Mahathir, segalanya sempurna? Kenapa Isu Tol Tak pernah turun yg dibuat semasa Tun tidak dibangkitkan oleh Blogger ini? Apatahlagi isu-isu mengenai Kejahatan Regim DAP Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, Anwar Ibrahim, Mohd Sabu dan sebagainya. TIDAK, mereka ini hanya berminat mengenai hal-hal berkaitan yang hanya bertumpu kpd PM DS Mohd Najib dan kesuluruhan pentadbiran beliau.

    Adalah dipercayai bahawa Mereka ini dibiayai oleh Mahazalim MahaFiraun Tun Mahathir dan Perompak @ Lanun Wang Rakyat Tun Daim Zainuddin samada secara terus mahupon secara Proksi. Mereka ini ada tabung yang kuat dan sebarang isu yang memburukkan Kerajaan DS Moh\d Najib, mereka akan dapat Hadiah Saguhati..

    Oleh itu, Blogger Pro-Kerajaan perlu berhati-hati dengan setan dan jin yang nampak bersama kamu di dalam menentang Cyber Red Bean Army Pakatan Rakyat Kelolaan DAPigs, tapi setan-setan dan jin ini membunuh usaha kamu secara halus-halusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saudara nyatakan telah menjadi NYATA. Maaf kerana lambat melihat akan kebenarannya.

      Delete
  10. terbaik bro...

    Sekadar tambahan pada saya 1MDB tidak membantu rakyat bawahan untuk mencari kerja bahkan 1MDB telah membuang sekitar ratusan pekerja anak tempatan untuk kerja kerja bawahan di Jimah power plant yang baru dibeli untuk diganti dengan pekerja drpd pakistan dan bangladesh.. alasan yg diberikan adalah untuk menjimatkan wang operasi yang tidak seberapa berbanding dgn pembaziran lain dan kehilangan perkerjaan warga dan orang orang kampung setempat.

    Selain daripada itu saya berpendapat kepimpinan DS Najib tidak mampu untuk membawa UMNO dan BN kearah yang lebih baik justeru itu adalah wajar untuk dia meletakkan jawatan demi kebaikan UMNO dan BN...liabiliti rosmah amat berat untuk ditanggung DS Najib

    ReplyDelete
  11. satu permerhatian yg amat tepat n bernas.

    kita tahu tun m telah berjumpa pm najib selama 2 jam baru2 ini.kita lihat sama ada penambah baikan akan d lakukan ekoran drpd teguran2 tun m. jika tiada perubahan maka semua pihak berkaitan termasuk pm najib harus lah bersedia menerima kritikan pedas dari nya.

    saya dpt maklum bahawa pm najib amat 'stress' sekarang n sedang memikir cara terbaik utk memperbaiki keadaan selaras dgn saranan kedua2 tun.pm najib mesti bersikap saperti ketua pemerintah n bersedia mengambil 'corrective action' demi utk menyelamatkan khusus nya career politik nya n Negara am nya.

    saya bersetuju bahawa tun m seorang sebagai seorang negarawan hanya menumpu kapada cara pm najib mentadbir negara. isu2 lain termasuk isteri ia lah 'inconsequential' - tidak penting. jatuh nya pm najib maka hilang lah pengaruh n glamour orang2 d keliling nya.

    ReplyDelete
  12. 1MDB adalah business jangkamasa panjang. Pulangan jangkamasa pendek mungkin tidak berapa baik. Tetapi dalam masa 10 tahun, pulangan boleh jadi dua kali ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hanya orang seperti kita saja yang nak semuanya cepat. Tapi kena ingat juga. Nak berjaya perlu ada rintangan. Dan apakah rintangan sekarang ini kita sebagai rakyat ada memahaminya? Semua nak segera dan nak dapat hasil dalam sekelip mata sahaja.

      Delete
  13. Aku sokong ahmad maslan jadi pm kita....setuju

    ReplyDelete
  14. Hampir 2 tahun berlalu,Najib tetap berdegil. Tun Mahathir dah tubuhkan Parti Bersatu dan sedang mempersatukan semua parti pembangkang, demi menumbangkan Najib dan BN. Sama-sama lah kita berdoa untuk kejayaan Tun dan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Sekarang tahun 2017. Apakah masih lagi Relavan ke isu ini apabila hari ini Tun M telah menyerang peribadi Rosmah? Sekarang siapa nak jawab balik? Siapa?

    ReplyDelete