Sunday, January 25, 2015
MAAF DATIN SERI. TERSILAP JENAMA
CHINCHILLA dan Mink.
Ada yang kata Wanita Pertama Negara memakai kot Chinchilla dan ada yang kata beliau memakai kot Mink.
Di dalam media sosial berlegar mengatakan ianya Kot Chinchilla dan BUKAN kot MINK.
Jelapang, sebagai orang kampung, hanya tahu kot berbulu seperti yang dipakai oleh Tun Dr Siti Hasmah dulu-dulu.
Kita tak pernah dengar pun ada jenis kot Chinchilla atau kot Mink. Kawan-kawan yang beritahu ianya kot Mink.
Oleh itu Jelapang ingin meminta maaf kepada pemakainya kerana tersilap JENAMA.
Tersebar juga mengatakan kot Chinchilla ini boleh mencecah harga USD44,990 (atau RM160,164.40 - mahal sikit pada masa ini kerana nilai ringgit pun dah turun ke tahap RM3.56 sekarang ini)
Jelapang mohon maaf atas kesilapan JENAMA kot tersebut sekiranya benar dakwaan blogger pembangkang.
Tetapi yang penting imej negara bertambah baik dengan penampilan Wanita Pertama berkot Chinchilla di Switzerland dan sekarang ini di London.
http://www.amenoworld.net/2015/01/chinchilla-coat-rosmah-pula-jadi.html
Jelapang google Chinchilla dan terjumpa imej ini.
Comel betul Chinchilla.
Bagus punyer...awesome...
ReplyDeleteBgus punyer...awesome....
ReplyDelete