Ah, Habibul Rahman Kadir Shah ini kah yang dikatakan PENASIHAT MEDIA Najib Razak?
Semalam Dato' Kadir Jasin, blogger terkenal, di dalam tulisan beliau memberi gambaran Habibul Rahman adalah Penasihat Media Najib.
Kadir menyiarkan satu sms dari seorang editor kanan akhbar media utama yang berbunyi “Assalam Tok Kadir. Siapa dia orang bernama H------ R----- yang dikatakan terlalu rapat dengan PM dan berupaya memberitahu kepala2 media prima dan utusan yang apa perlu di spin?”
Kita orang politik kenal sangat Habibul ini. Dulu strategis dan Penasihat Media Pak Lah sampai bapak-bapak Menteri, Ketua-Ketua Bahagian pun dipaksa mengikut telunjuk beliau. Tetapi bukan semua Menteri dan Ketua Bahagian mahu ikut telunjuk beliau. Menteri yang tidak sayang jawatan, ada "CLASS" dan ada kredibiliti TIDAK PANDANG Habibul.
Sekarang kita fahamlah kenapa Pak Lah tidak bertakhta lama sebagai Perdana Menteri.
Bila diteliti gambar di atas, terpandang pula kepada Razali Merican Naina Merican, abang Reezal Merican yang pernah menjadi Setiausaha Politik Pak Lah, yang juga sama nasib dengan Pak Lah kerana umur jawatan Setiausaha Politik beliau pun sesingkat jawatan Pak Lah. Rupa-rupanya Habibul dan Reezal dalam "team penasihat" Pak Lah dan juga dalam "team perniagaan". Padanlah Pak Lah "jalan" cepat" sebagai Perdana Menteri.
Kalau mereka-mereka inilah yang menasihati Najib, Najib akan "SELAMAT" sama macam Pak Lah.
Kalau Najib betul-betul nak hebat, contohilah Persatuan Badminton Malaysia.
BAM tidak mencari penasihat yang rekod karier mereka sesingkat "umur politik" Pak Lah.
BAM memilih lagenda Badminton Dunia dari Denmark, Morten Frost Hansen, Juara All England sebanyak 4 kali dan menguasai persada badminton dunia hampir 15 tahun lamanya sebagai penasihatnya.
Itu baru betul.
Kalau penasihat beliau yang ada ini hanya mampu mempertahankan Pak Lah hanya sepenggal, PERCAYALAH, Najib akan sama macam Pak Lah.
Kita juga tertarik dengan penulisan blogger Gelagat Anwar mengenai SENTUHAN MAGIS Habibul.
kalau zamil kita, tunku aziz, fuad zakarshi, jmm azwandin keluar tv3, makcik penang tu, kita tau sapa di belakang depa.
ReplyDeletetun daim pun tau
macam macam
ReplyDeletedlam internet ni tak boleh caya pun berita semua ni...
Ini kata dia...
Aku dapat cerita lain pulak....
Hati hati dgn berita...sebba ramai org munafik
ReplyDeletedilantik penasihat utk memberi nasihat hanya satu business
setiap penasihat dpt peruntukan berjuta ringgit
faham2 lah
Kalau bukanya diri sendiri yg terpilih, orang lain semunya tak kena.Ini perangai Melayu celup ala Mandaliar pengikut TM.
ReplyDeleteAlhmdlh.Nasib baik xda Kdir jasin
ReplyDelete