Saturday, December 6, 2014

TUN DR MAHATHIR AKAN BERUCAP DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2015



Jelas sekali menerusi penulisan terbaru beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad amat kecewa beberapa isu penting, antaranya, isu 1MDB, pendidikan dan TPPA tidak disentuh langsung semasa perbahasan di Perhimpunan Agong Umno bulan lepas.

Baca luahan hati Tun Dr Mahathir di link ini: http://chedet.cc/?p=1542

Terlebih dahulu Jelapang ingin doakan agar Allah swt dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur AGAR Tun dapat MENGHADIRI Perhimpunan Agung Umno 2015 nanti.

Memandangkan perwakilan yang membahaskan usul begitu TAKUT untuk membangkitkan isu yang diutarakan Tun, Jelapang sarankan agar Tun BERTANDING KERUSI PERWAKILAN DI BAHAGIAN JERLUN tahun depan untuk ke Perhimpunan Agung.

Nasihat kita, Tun jangan bertanding di Kubang Pasu kerana pengalaman lalu, bekas Setiausaha Politik Tun dan Ketua Bahagian sekarang, JOHARI BAHARUM, sudah tentu akan memastikan kepala Tun dipenggal semasa pertandingan nanti.

Bertandinglah di Jerlun dan sudah pasti Tun akan terpilih sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung.

Seterusnya Tun AKAN DIPILIH oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Mukhriz Mahathir untuk BERUCAP di Perhimpunan Agung 2015.

Maka dengan itu, boleh lah Tun MEMBAHAS apa saja isu yang penting kepada rakyat nanti termasuk isu 1MDB.

Isu yang dibangkitkan oleh Tun bukan isu Jerlun, tetapi ISU YANG BENAR-BENAR TERSEMAT DI DADA RAKYAT YANG MASIH BELUM TERJAWAB SEHINGGA KE HARI INI.

Dan Presiden Umno Najib Razak janganlah BIMBANG. Beliau akan berpeluang menangkis segala dakwaan Tun semasa penggulungan nanti.

Kalau dakwaan Tun TIDAK BENAR, inilah peluang Najib membuktikan Tun SALAH.

Yang pasti tidak ada sesiapa yang akan berani melarang Tun membawa sebarang isu ke Perhimpunan Agung.

Tun pun tidak akan diarahkan ke Tingkat 30 di Bangunan Umno untuk mengadap dan menerima arahan dari seorang Tan Sri mengenai apa isu yang boleh dibangkitkan dan isu yang DILARANG dari dibahaskan.

Kita tunggu kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung 2015 nanti.

3 comments:

  1. Saya sokong tun jadi perwakilan berucap di pau

    ReplyDelete
  2. Betul n Bagus., sokong! Umno parti utk semua n terbuka. Berani kerana benar.

    ReplyDelete
  3. Idea yg bagus... Tun kena berucap d pau

    ReplyDelete