Kenyataan yang dibuat oleh Najib cukup keras sehingga orang di luar Selangor pun terasa bahangnya.
Apa kata Najib:
1. "Saya MALU, LETIH, PERIK dan SERIK dengan kemelut politik Umno Selangor sebelum ini dan berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama. Minta maaf saya terpaksa bercakap dalam nada sedemikian tetapi saya perlu berterus terang." (Klik link SINI)
2. "Kita (Umno Selangor) masih LEMBAB lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih LEMBAB lagi. Kenapa tak tambah pengundi... tambah ahli Umno?
3. "Kalau TAK MENGUBAH STRATEGI, halatuju, pendekatan dan mindset, apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza?"
4. "Apakah kita memerlukan pemikiran yang luarbiasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran yang luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?"
5. "Kita perlu tunjuk kepada rakyat negeri Selangor bahawa kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur kepada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat."
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6561940305600204763#editor/target=post;postID=5600129347489601664
Siapa yang dikatakan Najib LEMBAB? Siapa yang mempunyai MINDSET LAMA? Siapa yang TIDAK BERFIKIR DI LUAR KOTAK?
Bagi Jelapang, Najib tujukan kepada Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Selangor.
Najib tujukan kepada Timbalan Ketua Perhubungan Shukor Idrus, Setiausaha Perhubungan Johan Abdul Aziz, Ketua Penerangan Amiruddin Setro dan kesemua AJK perhubungan termasuk Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri.
Tetapi, sebahagian besar daripada kritikan ini ditujukan kepada Noh kerana beliau adalah kepala kepada gerabak Umno Selangor.
Tetapi apa kata Noh selepas dikritik Najib?
Kata Noh:
1. "Ini satu CABARAN kepada saya dan saya boleh rasa apa yang dirasai presiden kita yang amat kecewa dengan prestasi kita (Umno) di Selangor."
2. "Sebab itu kita, maksudnya bukan saya seorang tetapi kesemua anggota parti, perlu memikul amanat ini agar kejayaan parti dapat kita kecapi pada PRU akan datang."
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=1081260
Itulah orang politik, selepas dilabel sebagai LEMBAB, mereka masih bersemangat dan menganggap kritikan tersebut sebagai SATU CABARAN.
Bagi Jelapang, adalah lebih baik sekiranya Noh memberitahu Najib: "Marilah kita berikan peluang kepada ORANG MUDA yang MEMPUNYAI LATARBELAKANG AKADEMIK YANG BAIK untuk memimpin Umno Selangor."
Tetapi tidak. Selepas 1 tahun, 3 bulan, 5 hari (460 hari) menerajui Umno Selangor dan dilabelkan lembab dan mempunyai mindset lama, Noh masih sayangkan jawatan Ketua Perhubungan Umno Selangor.
Untuk pengetahuan Noh, di akar umbi, ramai sudah membuat spekulasi bahawa Najib akan membuat perubahan pada awal 2015 termasuk melantik orang baru untuk menerajui Selangor.
Sementara itu, semalam juga blogger Putra Merdeka menyiarkan artikel bagi menggambarkan keadaan sebenar SEMANGAT JUANG Umno Selangor. Lihat gambar bawah dan artikel Putra Merdeka.
UMNO Selangor terbukti sudah bangkit..!
Najib tak habis habis kena tipu dengan kepimpinan UMNO Selangor..! Sejak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dari 20 akhirnya cuma tinggal 12 kerusi didalam PRU13 yang lalu.
Selepas itu kita semua masih ingat bagaimana Najib 'terpesona dan dipesona' hingga turun di beberapa PDM semasa malam akhir PRK Kajang ..!
Hakikatnya Najib terus kena 'main' dengan UMNO Selangor..!
Masa Najib buka majlis memang ramai...melimpah ruah..! bila sepupu tutup...!
Lu FIkir La Sendiri!!!
orang yang tak faham bahasa yang tersirat macam tu lah..
ReplyDeletejangan ingan kem sendiri semata2.
bersatu lah
bersatu kita teguh.. ungkapan ni dah tak mau lagi ..ini la jadi nya
kalau dah tak mampu terajui kasi la orang lain..
terlalu sebuk tembolok sendiri je.
ReplyDeletenoh omar kena makan jamu lah nak bagi tak lembab. lembab sebab malam letih nak layan 3 bini
ReplyDeleteRamai pemimpin muda yang boleh diketengahkan di selangor.
Tetapi biasalah. Tiada tempat dlm Umno utk pemimpin muda.
Semua ini salah Umno. Kalau jadi ketua bahagian, bahagian yg dapat pun terbanyak termasuklah imbuhan yg presiden bagi dalam bentuk tunai.
kalau saya ketua bhg pun, langkah mayat saya dulu lah baru saya lepas jawatan bhg.
org muda kalau nak jadi AJK bhg OK.
Ketua bhg jgn mimpi. jawatan itu hak saya.
Oleh itu, kita di selangor, kena terus sokong noh omar dan kuncu2 yang lembab ini.
tak ada ruang utk kita.
PM jgn pula buat bodoh tak tau. Kau yang sokong sistem ini.
masa nak pemilihan, kau lah yg bela ketua2 bhg ni.
sekarang cakap mereka lembab.
PM buat statement ikut musim. bila tak ada pemilihan, kata pemimpin lembab.
bila ada pemilihan urut mereka sampai kembang.
urut dengan duit
PM dengan Noh dua kali lima.
Masalah utama UMNO ialah NAJIB! Najib yg lembab menyebabkan top down lembab. Pemimpin lembik lemah dan tak mampu berfikir sendiri sepertu Tun M, akan sering ditipu dan banyak habiskan sokongan rakyat dan wang ke arah yag merosakkan.
ReplyDeleteNajib kena muhasabah dia lah punca masalah. Banyak isu yang menyebabkan rakyat tawar hati dengan UMNO walapun tak sokong Pakatan Haram. Ada Najib kesah?
Najib tak halus pemikirannya spt TUN. Najib hanya bijak melaung2 menjerit2 kosong.. tp ZERO IMPACT.. org meluat lagi ada.
PUNAHSEHAT2 Najib sama2 melingkupkan UMNO. Lain yg sakit lain yg dikacaunya. Akta Hasutan sbg contoh bukan masalah pada UMNO atau rakyat tp Najib bawa masalah Akta tersebut untuk dijadikan masalah.
Najib tak pedulipun apa sebenarny amajoriti rakyat nak. Najib sangka dgn sumbat temolok rakyat dengan BR1M, rakyat akan seoronok dan sokongnya berterusan? Najib silap banyak.
Dia tidak ada karisma dan ketegasan serja bijak..itu punca utama UMNO lemah. Najib hanya bijak promosikan Isterinya yg mencampuri urusan rasmi negara. Melantik org2 yg entah dari mana untuk bypass EPU, org yg dibayar dengan jutaan RM, menjadi liabiliti besar pada BN.
Elok Najib suluh dirinya dlm dalam cermin besar.. apa yang dia telah merepek kan selama selepas PRU13 ni.
Then baru boleh cakap bab UMNO Selangor. Ibarat tepuk air ke dulang.. terpercik ke muka sendiri..