Monday, November 17, 2014

SIAPA YANG AKAN MEMPERJUANGKAN NASIB MEREKA INI DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO?

Ini lah wajah kecerian dua kanak-kanak yang masih belum memahami erti keperitan hidup seharian.

Gambar ini dirakam di Selama, Perak, pada bulan September dan dipetik dari blog kepunyaan Saudara Mohd Monier.

Mereka berlindung di bawah bumbung berdindingkan buluh, beratap rumbia ketika negara sedang menuju status "negara berpendapatan tinggi" yang diidamkan Najib Razak.

Dan inilah dapur di mana ibu dan ayah mereka memasak untuk membesarkan mereka.

Ini lah rumah yang kini sedang berdiri teguh di Selama, Perak, ketika negara dalam tempoh 6 tahun dari sekarang akan dinobatkan sebagai NEGARA MAJU.

Apakah taraf hidup mereka akan berubah pada tahun 2020 nanti? 

Apakah nasib dan keperitan mereka ini akan menjadi topik perbahasan semasa Perhimpunan Agung Umno bermula 27 November nanti?

Apakah nasib mereka akan dibela semasa Perhimpunan Agung Umno nanti?

Atau perwakilan terlalu sibuk memuji kejayaan Malaysia mendapat tempat di PBB dan mengkritik agensi dan GLC kerana kurang memberi kontrak dan projek kepada mereka? 
http://moniermatdin.blogspot.com/2014/09/wargakilang-jln-jln-masuk-kg-hari_20.html

9 comments:

  1. Menteri mana yang bangang tu kata rakyat malaysia gaji oaling kurang RM5000/bulan

    ReplyDelete
  2. Perangkaan ekonomi ,gaji dan indeks harga dibuat menggunakan pakar2 ekonomi barat.

    Dia ada sistemnya brader bukan sembang bodoh je...

    Aku minta satu je kat org2 UMNO yg tak mahu keluar UMNO kalau bodoh jangan menulis la...Nak kutuk menteri fahami dulu dia gunakan sistem apa..kalau pakai ilmu terbang memang la kena hentam.

    Minta macai keluar umno ya.

    ReplyDelete

  3. jgn harap le perwakilan umno nak berjuang utk rakyat miskin. dema dah kaya raya. dah tak tau erti miskin.

    org miskin akan terus miskin lah

    ReplyDelete
  4. Kau keluar dari pakatan haram dulu.tap perlu arah kami keluar UMNO..peliwat bodoh.

    ReplyDelete
  5. Keadaan ini berlaku kerana para pemimpin di peringkat akar umbi tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Saya yakin jika ketua kampong, atau ketua kawasan atau ketua umno memaklumkan perkara ini kepada YB atau kerajaan sudah pasti ianya akan diambil tindakan. Andainya sudah diberitahu tetapi kerajaan bawah pimpinan Dr. Zamri masih tidak mengambil tindakan sewajarnya, maka sememangnyalah kerajaan Dr Zamri perlu diganti dan tiada diberi peluang kedua lagi.

    ReplyDelete
  6. Bodoh macai Pakatan Haram ni sendiri bodoh tak sedar duduk dlm parti jahat, suruh org UMNO keluar UMNO?

    Pemimpin Pakatan Haram penuh dgn rasuah, penyelewengan, kronisme, rakyat miskin tak dipedulikan.. tiba2 bila seorang dua shj didedahkan terus UMNO di salahkan.

    Bodoh macai.. kalau setakat demo BERSHIT tu dh rasa bijak dari lembu ke?

    ReplyDelete
  7. Korang bertempur kt blog ni, yg miskin tetap gak miskin. Keluar umnolah, pakatan bodohlah dan segala bagai kutuk mengutuk. Kan baik kalau berkeupayaan dan berkemampuan hulur bantuan mana yg patut. Usahakan utk dptkan bantuan pihak yg berkaitan spt pusat zakat, kebajikan masyarakat dan sebagainya. Parti politik letak tepi dulu, kasihanlah kpd keluarga ini yg penuh kedaifan. InshaAllah bantuan tuan2 Allah akan beri ganjaran...

    ReplyDelete
  8. aku tak pasti apakah ini betul2 warga negara atau warga asing yg memang suka buat rumah ala setinggan.
    ini berlaku kat mana2 jer..

    pastikan dulu gambar ni..kalau benar warga negara tak payah nak masuk blog ke apa ke..terus jer bantu tak pyah nak tunggu org lain.
    ini baru betul.
    kalau ko siar kat sini bukan saja memalukan berbagai pihak bahkan memalukan keluarga itu sendiri.
    zaman para sahabat dulu bersepah org miskin..tapi mereka tidak meminta dan mereka yg membantu pun senyap2 jer.
    kalau ini dilakukan pasti kemiskinan terbasmi dgn sendirinya

    ReplyDelete


  9. ni masalah ko orang , orang umno.

    denial syndrom. sindrom tak mengaku susah

    ko orang semua kaya sebab tu tak pecaya ada orag papa kedana

    harpak la lu

    ReplyDelete