Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo aka Jokowi hari menangguhkan perlantikan Kabinetnya berikutan 8 calon Menteri gagal saringan oleh agensi anti-rasuah Indonesia.
http://english.astroawani.com/news/show/jokowi-postpones-cabinet-line-announcement-after-eight-rejected-46755
Kita berharap perkara yang sama berlaku di Malaysia. Semua calon Menteri di saring SPRM dan Perdana Menteri tanpa segan dan takut mengenepikan mereka.
Tiada gunanya kita berbangga dengan harga petrol di Malaysia lebih rendah dari Indonesia tetapi kita jauh ketinggalan dari sudut ketelusan dan dalam usaha memerangi rasuah.
Sementara itu siapa ahli keluarga Jokowi?
Isteri: Iriana, 51 tahun - menurut Jakarta Post, Iriana tidak pernah dilihat memakai pakaian berjenama dan sering membeli-belah di Tanah Abang di Jakarta.
Anak sulung: Gibran Rakabunming, 27 tahun - pengusaha makanan (caterer) dan menganjur majlis perkahwinan (wedding planner). Memiliki kereta Mazda Hatchback.
Anak kedua: Kahiyang Ayu, 23 tahun, baru tamat pengajian Sarjana Teknologi Makanan di Universiti Sebelas Maret di Suratkarta.
Anak ketiga: Kaesang Pangarep, tamat sekolah tinggi di Singapura.
http://www.thejakartapost.com/news/2014/10/20/first-family-stays-cool-won-t-parade-wealth.html
TAHNIAH RAKYAT INDONESIA
ReplyDeleteelok lah rosmah & naib ambil ikhtibar
sengol sengolan