Tuesday, September 16, 2014

PAK LAH KINI SEORANG BLOGGER

HARI ini, bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah bergelar blogger. Tahniah kepada Pak Lah.

Kita berharap Pak Lah memberi pandangan kritis demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kita juga berharap Pak Lah menulis apa yang tersemat di hati beliau - tanpa segan silu.

Hari ini, Pak Lah menulis buat pertama kalinya.

Berikut ialah antara ungkapan bernas Pak Lah di dalam artikel pertama beliau:


* Tetapi kebelakangan ini, ramai diantara kita menumpukan perhatian bukan kepada kepelbagaian masyarakat, tetapi kepada perbezaan di dalam masyarakat. Baik dari segi fahaman politik, bangsa, agama, mahupun taraf hidup, perbezaan ini dibiarkan melarat ke perbalahan yang tidak terbatas.

** Sikap toleransi dan saling menghormati diantara satu sama lain sudah berkurangan. Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tak terbatas. Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha telah diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum.

*** Janganlah kita cuma bersatu padu bila ada keraian atau bila menyambut kemenangan. Janganlah kita hanya bersatu padu apabila berlakunya tragedi atau bencana. Semangat perpaduan  mesti sentiasa kekal tersemat dihati dan bukan bermusim sahaja.

**** Kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir. Baik kerajaan BN ataupun kerajaan Pakatan. Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia telah dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama.

***** Manusia tidak terlepas dari kesilapan, apatah lagi  pemimpin yang juga seorang manusia. Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat.

****** Kebelakangan ini, ramai perbalahan berlaku di antara kaum mengenai isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum-kaum bukan Melayu, taraf rasmi Islam dan hak kebebasan beragama. Bukanlah niat saya untuk menghuraikan isu-isu ini secara terperinci di sini. Saya pun sedar yang saya mungkin tidak mempunyai jawapan menyeluruh pada masa ini untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Tetapi Pak Lah cuma ingin mengingatkan saudara-saudari semua yang ini adalah negara kita bersama, tanah tumpahnya darah kita semua. Peliharalah kerahmatan dan kebahgiaan yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua.


10 comments:

  1. tahniah pak lah.

    jgn tulis utk bodek. kalau perlu tegur PM, tegur lah. Jadi mcam tun M

    ReplyDelete


  2. nampaknya Pak Lah pun tak berkenan dengan Najib

    ReplyDelete
  3. SALAH SATU PENYEBABNYA ADALAH PENGHAPUSAN ISA.
    DAN KINI NAK DIHAPUSKAN PULA SEDITION ACT.
    FLOOD GATE TELAH DI BUKA, JADI SALAH SIAPA ?
    PREVENTIVE ACTS YANG PERLU TELAH DI BUANG.
    JADI ORANG JADI BEBAS NAK BERCAKAP ATAS NAMA LIBRALISM......
    INILAH PADAH NYA. TIADA SEKATAN LAGI.
    MENGAPA HANYA KEBELAKANGan INI BENDA NI BERLAKU.
    ANY RIGHT THINKING MAN SHOULD KNOW THE ANSWER !
    SUARA SUARA BEKAS IGPs, YANG PERNAH TELIBAT SECARA LANGSUNG PERLU DI AMBIL KIRA........... BARULAH AMAN DAMAI NEGARA INI, YANG SEMUA ORANG HENDAK KAN !
    Peace MALAYSIA.

    ReplyDelete
  4. SALAH SATU PENYEBABNYA ADALAH PENGHAPUSAN ISA.
    DAN KINI NAK DIHAPUSKAN PULA SEDITION ACT.
    FLOOD GATE TELAH DI BUKA, JADI SALAH SIAPA ?
    PREVENTIVE ACTS YANG PERLU TELAH DI BUANG.
    JADI ORANG JADI BEBAS NAK BERCAKAP ATAS NAMA LIBRALISM......
    INILAH PADAH NYA. TIADA SEKATAN LAGI.
    MENGAPA HANYA KEBELAKANGan INI BENDA NI BERLAKU.
    ANY RIGHT THINKING MAN SHOULD KNOW THE ANSWER !
    SUARA SUARA BEKAS IGPs, YANG PERNAH TELIBAT SECARA LANGSUNG PERLU DI AMBIL KIRA........... BARULAH AMAN DAMAI NEGARA INI, YANG SEMUA ORANG HENDAK KAN !
    Peace MALAYSIA.

    ReplyDelete
  5. Zzzzzzzzzzzzzzzz.. kroh, kroh!

    ReplyDelete
  6. Punca pertelingkahan dan wujud pertikaian keistimewaan kaum adalah berpunca dari anwar ibrahim selepas beliau keluar Dr tahanan penjara bermula episode baru , anwar tahu ..sekiranya keistimewaan melayu dan bumiputra sabah dan serawak......dhapuskan Akan menarik majority pengundi cina dan india kpd pakatan rakyat ia mampu menjatuh kan umno bn.........disini la bermulanya perpecahan kaum dan disinila bermulanya keberanian puak pelampau bangsa DAP berani mempertikaikan undang2 dan perlembagaan article 153 mereka berani kerana org melayu yg bernama anwar ibrahim turut mempersoalkan perlem bagaan malaysia anwar adalah perosak negara anak anak muda yg tidak tahu sejarah asal usul anwar dipecat dr umno turut mempercayai kata 2 pedusta anwar......anak muda ini masih bersekolah masa pemecatan anwar setelah mereka tamat sekolah....dan.tamat university mereka anak muda mudah terpedaya dgn kata 2 anwar tahu citarasa anak muda Dr awal maka isu ptptn dimain kan....ini adalah strategi anwar ibrahim pada peringkat awal....isu kenaikan petrol di mainkan utk mempengaruhi peringkat pertengahan.....ini semua dilakukan atas sifat balas dendam anwar pd tun m dan umno....sebenarnya anwar ibrahim tidak ikhlas memperjuang kan kebajikan rakyat....percaya la pakatan rakyat hanya mampu berjanji mereka tidak mampu melaksanakanya sekiranya merely berjaya menjadi kerajaan......skrg mereka berusaha mempengaruhi pengundi sabah dan serawak......DAP tahu sabah serawak adalah punca kemenangan bn.........percaya la sekiranya pakatan rakyat berjaya menjadi kerajaan.....org islam melayu bumiputra akan trtindas dr semua segi .......penyelesaianya PAS dan umno wajib bersatu

    ReplyDelete
  7. Aku tunggu artikel 'kenapa anwar dilepaskan' dalam post akan datang. Tentu menarik...!!!

    ReplyDelete
  8. ...baru bangun ker ?.....

    ReplyDelete
  9. Lebih baik paklah buka blog resepi masakan atau blog budak tadika

    ReplyDelete