Wednesday, September 10, 2014

KELUARGA GURU, PENOREH GETAH BERGAJI RM5,900 SEBULAN?

TARAF hidup rakyat meningkat. Purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan. 

Itu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar, tempoh hari.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taraf-hidup-rakyat-meningkat-purata-pendapatan-isi-rumah-2014-rm5900-kata-w

Tahniah kepada guru-guru, pensyarah serta 1.42 juta kakitangan awam. Pendapatan mereka sudah pasti meningkat, taraf hidup mereka pun sudah pasti meningkat.

Sedap kedengaran di telinga bila kita disuapkan dengan kenyataan sebegini.

Ini masalahnya apabila Menteri-menteri seperti Wahid menilai masalah rakyat berdasarkan kepada kajian, data dan lab yang dibuat oleh Pemandu dibilik berhawa dingin di Putrajaya.

Kerana data-data inilah, cara syarikat GLC berniaga pun sudah berubah. 

Lihat lah PLUS yang mengendali lebuhraya. Kalau dulu sebelum PRU-13 kerajaan sibuk menurunkan tol dan menutup tol-tol plaza, hari ini nak bayar tol secara CASH pun dah tak nak diterima oleh PLUS.

Rakyat mahu dipaksa supaya serahkan WANG mereka kepada PLUS dulu sebelum menggunakan tol.

Senang buat bisnes sekarang ini. Ambil duit dari rakyat dulu, dan terpulanglah kepada rakyat samada hendak menggunakan servis atau tidak. Senang susah rakyat, itu masalah mereka.

Dan kerajaan pula tidak prihatin. Turut bersetuju dengan kehendak PLUS sehinggalah rakyat menegur, baru tersedar dari lena.

Kepada Wahid, turunlah ke akar umbi. 

Mentadbir negara tidak sama dengar mentadbir sebuah bank.

Data hanya data. Keperitan rakyat tidak boleh digambarkan oleh data.

Wakil Rakyat ramai. Najib Razak pun juga seorang wakil rakyat. Cuba bertanyakan kepada Najib, berapa ramai rakyat pekan isirumah berpendapatan purata RM5,900.

Kalau benar ramai rakyat berpendapatan purata RM5,900, kenapa jumlah penerima BR1M mencecah 7.9 juta keluarga sekarang ini? Tanyalah wakil-wakil rakyat, benarkah rakyat di bawah hari ini hidup mereka senang?

Tetapi sekirannya Wahid bertanyakan kepada Pemandu, mungkin Idris Jala akan berkata, di kampung beliau di Bario, ramai keluarga mempunyai pendapatan melebihi RM5,900 sebulan.

Wahid turun lah ke bawah berjumpa dengan warga penoreh getah. Tanya mereka berapa harga getah sekarang ini.

Kalau tahun lepas harga getah adalah antara RM2-2.30 sekilo, hari ini tinggal RM1.70 sekilo.

Begitu juga dengan harga kelapa sawit.

Dan buatlah kira-kira sendiri. Dengan harga getah RM1.70 sekilo, adakah pendapatan mereka mencecah RM5,900 sebulan?

Adalah lebih prihatin kalau para Menteri memahami masalah rakyat daripada menggunakan kemewahan mereka untuk mengukur taraf hidup rakyat.

8 comments:

  1. Kenyataan popular seorang menteri popular yg tak masuk akal ,aku ada 5 anak ,sulong belajar lagi ,aku tak bekerja ada masaalah kesihatan ,yg bekerja hanya isteri saja , gaji isteri rm2600 ,belum hujung bulan duit dah kena catu , mana dia dapat maklumat tersebut , cakap ikut sedap mulut je

    ReplyDelete
  2. Masalahnya menteri x pandai explain....

    Patut di terangkan macamana method digunapakai utk dpt purata pendapatan isi rumah....

    Di amerika purata pendapatan yg 40 ribu sebulan pon masih berjuta yg homeless....kutip sampah tepi jln utk mkn..

    Pasal PLUS pon kjjan x pandai nak terangkan....

    Laluan cash sesak teruk... buang masa dan membazir duit sbb kereta que bakar minyak .....

    Di australia hanya bayar pakai kredit card.... lalu di gantry ....x ada toll plaza...

    Beri nombor kad kredit pd toll operator dan mereka akan potong lg kredit card....

    Nak sampai tahap tu jauhh lg sbb pakai smart tag dan tounch and go pon masih ramai yg x guna....

    Kjjan x dak juruckp yg berkesan.... yg ada cuma pembodek yg berkesan....

    Nak buat macamana....

    ReplyDelete
  3. Rasa nak bagi pelempang jerlah barua yg buat statistic bodo nie..
    purata isi rumah masih dibawah 3.5k itu pun tahap cukup bajet makan nak joli mmg ikat perut ler baiiii..

    ReplyDelete
  4. nilai RM5900.00 yang disebut oleh wahid omar adalah pendapatan purata isi rumah sebulan di malaysia. isi rumah bermakna pendapatan gabungan setiap ahli keluarga dalam sebuah rumah. secara jelas dengan kadar pemikiran yang tak perlu tinggipun, ia tidak bermaksud setiap keluarga mesti berpendapatan RM5900.00 sebulan. purata diambil dari nilai yang berbagai-bagai. yang banyak campur yang sikit dan diambil penengah. hakikatnya, memanglah masih ada yang berpendapatan di bawah RM5900.00 sebulan, bagaimanapun kumpulan yang berpendapatan lebih besar daripada itu juga besar!! alamak, macam mengajar budak sekolah rendah la pulak!!! aku sendiri malu, tapi yang tak paham sepatutnya lagi malu. dah la tak paham, suka pulak ambik peluang hentam orang lain sebab kebodohan sendiri....heheh...!!! cubalah carik isu yang lebih kritikal macam gst ke, cukai yang meningkat ke, jalan berlubang ke, lampu jalan tak menyala ke, kambing bertanduk tiga ke atau apa sahaja yang relevan untuk kesejahteraan rakyat. ini, ayat-ayat yang keluar dari mulut wahid omar dijadikan isu. itu setakat kenyataan sahaja, ada mengubah rakyat jadi kaya dan senang ke?

    ReplyDelete
  5. demam ke pak menteri nih...????

    ReplyDelete
  6. Cakap macam sial je.

    ReplyDelete
  7. Ilmu hisabnya betul tapi tidak relevan untuk kesejahteraan rakyat. Pendapatan purata naik kerana ramai yg kaya bertambah kaya dengan project kerajaan. Rakyat jelata akan menanggung rugi kerana bila pendapatan purata naik barang punakan naik juga. Pelik menteri ni, pandai tapi kurang bijaksana.

    ReplyDelete