Disiarkan artikel berkaitan kenyataan CEO Petronas Shamsul Azhar Abbas yang dikritik hebat oleh pihak tertentu yang mahukan Najib Razak memecat beliau untuk pertimbangan sendiri.
Artikel ini dipetik dari website BNBBC.
http://www.bnbbc.my/?p=16539
JAWAPAN SINDIRAN CEO PETRONAS UNTUK SIAPA?
23 JUN: SETELAH sekian lama membisu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akhirnya menjawab kemelut yang melanda syarikat minyak dan gas nasional yang sepatutnya bertanggungjawab memayungi ekonomi bangsa Melayu.
Beliau memilih memberitahu umum mengenai pendiriannya menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Edge (Weekly Edition) dengan menyindir kerajaan dan syarikat korporat Melayu secara terbuka sambil mendakwa Petronas bukannya GLC hak milik Bumiputera atau Melayu, sebaliknya ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan dan agama.
Beliau memberitahu kerajaan supaya tidak campurtangan dalam urusan Petronas terutama dalam agihan kontrak berbilion ringgit kerana pihaknya mengutamakan keupayaan dan professionalisme, bukannya syarikat yang ada hubungan rapat (well-connected) dengan kerajaan atau tokoh politik tertentu.
Sebelum ini Shamsul dikecam umum kerana disyakki bersekongkol dengan pihak tertentu dalam melaksana agenda merencatkan ekonomi bangsa Melayu.
Ini berdasarkan situasi ekonomi terkini yang menyaksikan banyak syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas asli telah terpinggir atau dipinggirkan oleh Petronas.
Malahan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai penasihat Petronas juga dikatakan ada kaitan dengan peminggiran Melayu di dalam agihan kontrak.
Banyak pihak merungut, antaranya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang lantang mendakwa Shamsul telah mengurangkan vendor Melayu dari 74 kepada sembilan syarikat sejak beliau ambilalih pengurusan Petronas.
Minggu lalu, Shamsul membuat kenyataan media mengenai kemelut itu dengan mendakwa beliau akan terus mempertahankan dasar profesionalisme dan kebebasan mutlak dalam mengendalikan perniagaan Petronas.
Katanya, beliau mahu melindungi kepentingan syarikat minyak nasional daripada sebarang tekanan politik dengan mengamalkan kaedah bidaan terbuka (open bidding) apabila menawarkan kontrak berkaitan minyak dan gas dengan alasan ia dapat mengurangkan kos Petronas.
Malahan, dia tidak akan tunduk atau `kow tow’ kepada mana-mana tekanan politik untuk memberi peluang perniagaan kepada syarikat korporat yang gagal membuktikan kebolehan mereka (unproven records).
Pada temubual dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, Shamsul berkata beliau tidak mahu Petronas menjadi mangsa ketamakan `well-connected contractors‘ untuk mendapatkan kontrak sedangkan mereka tidak mempunyai kebolehan teknikal yang diperlukan dalam kegiatan carigali minyak dan gas asli.
“Amat sukar untuk melakukan kerja dengan jujur setiap hari. Anda kena habiskan banyak masa terhadap pekara yang jauh daripada fungsi sebenar (mentadbir Petronas).
“Bukan hanya orang luar (yang menyulitkan keadaan) tetapi juga orang dalam kerajaan, iaitu birokrat. Gangguan birokrasi membuatkan tugasan menjadi semakin sukar,” dakwa Shamsul.
CEO Petronas itu mendakwa beliau menghadapi kesulitan sejak mengambil tampuk pengurusan syarikat daripada Tan Sri Hassan Marican pada 2010.
Antara tindakan Shamsul yang telah membuat kerajaan gelisah ialah menghadkan dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas bermula 2013 dan seterusnya.
Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin UMNO dan koprorat Melayu yang merasakan bahawa peneraju Petronas perlu sedar diri dan faham dengan fungsi hakiki GLC yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tetapi Shamsul membidas semula kritikan umum dengan berkata: “Kita (Petronas) memerlukan wang untuk berkembang. Jika kita kekal statik dan pengeluaran terus berkurangan, dalam masa 13 tahun kita mungkin akan tutup kedai.”
Kebanyakan kemelut yang Shamsul hadapi sepanjang tempoh menjadi CEO Petronas dikatakan berpunca daripada segelintir syarikat korporat yang ada hubungan baik dengan kerajaan tetapi tewas pada bidaan terbuka (open bidding) bagi beberapa projek bernilai tinggi yang ditawarkan oleh Petronas.
Pada masa yang sama kebanyakan syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Shamsul yang menutup periuk nasi mereka dengan menamatkan projek tetap untuk mereka.
Shamsul pula mendakwa beliau berbuat demikian kerana ada di antara syarikat itu menambahkan kos sebanyak 48 peratus, sekaligus menjadikan margin sangat besar.
“Saya juga orang Melayu dan saya bangga menjadi Melayu. Anda rasa saya tidak mahu membantu bangsa saya sendiri? Sudah tentu saya mahu membantu mereka, tetapi dengan cara yang betul – bukan perlu disudukan, ” dakwa Shamsul.
Kekecewaan Shamsul boleh dirasai dari petikan-petikan berikut yang diambil daripada akhbar The Edge, antaranya: “Semua orang boleh melihat bahawa kita di Petronas menghadapi tekanan yang besar. Kami berbangga dengan memberitahu seluruh dunia, memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa kita merupakan satu daripada 500 syarikat yang meraih keuntungan tertinggi di dunia, tetapi adakah kita berkelakuan seperti satu daripada syarikat itu? “
“Inilah kemelut yang sedang kami hadapi, berusaha memerdekaan diri daripada kongkongan, supaya pada akhirnya kita dinilai dari segi prestasi dan keupayaan, tanpa sesiapa yang perlu memberitahu atau mengarahkan apa yang perlu kita dilakukan atau agihkan projek kepada semua pihak yang telah ditentukan.”
“Kerajaan mahu kita menjadi sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang setanding dengan Shell dan ExxonMobil, jadi kami cuba menjadi seperti mereka. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka.”
“Dalam Akta Pembangunan Petroleum amat jelas – minyak dan gas asli adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak mengatakan minyak dan gas hanya milik bumiputera, ia tidak mengatakan sedemikian… ia mengatakan hak semua rakyat Malaysia, ia boleh menjadi milik kerajaan, ia juga boleh menjadi milik pembangkang, ia milik sesiapa saja … dan kita (rakyat) adalah penjaga aset itu. “
“Ia adalah amanah, diamanahkan. Perkataan amanah itu sangat kuat. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi dosa besar jika saya menyalahgunakan prinsip amanah.
“Kita berhadapan dengan ahli-ahli politik, mereka bercakap satu perkara tetapi melakukan pekara yang lain, ia begitu menyukarkan, ia begitu mengecewakan,” dakwa Shamsul lagi.
Sindiran terbuka Shamsul itu menjadi kebimbangan umum terutama syarikat koporat Melayu yang berkeupayaan tetapi masih tidak dapat memiliki projek bernilai tinggi.
Sebahagian besar projek berbilion ringgit dikuasai syarikat kontraktor asing atau syarikat berbangsa Cina yang memiliki rangkaian perniagaan luas di peringkat antarabangsa.
Tidak mustahil, kenyataan pedas Shamsul itu bakal memendekkan lagi jangka hayat beliau untuk menerajui Petronas. Waktu akan menentukannya. – bnbbc.my
cakap la apa saja shamsul. lapik sana lapik sini. kau ceo, kau la yang kena pening kepala uruskan tanggungjawab kau. nak bagi petronas maju memang la kena buat kerja sampai pening. bukan duduk kerusi empuk goyang kaki sambil kira hari bila nak masuk gaji, elaun, bonus dsb. cuba turun ke bawah sikit, tak sampai dasarpun. semak agenda penubuhan petronas. siapa nak tolong bumiputera jika bukan glc macam petronas? bukankah glc juga perlu mendidik bumiputera menjadi usahawan yang berdaya saing dan berkeupayaan membida? bukanlah maksudnya petronas kena bantu asalkan ia melayu/bumiputera. mendidik dan membimbing itu yang penting. jangan kerana bisnes maka segala2 agenda utama penubuhan glc macam petronas kena lempar dalam tong sampah. best for bisnes kononnya. oh ya, kalau tak tahan pening sampai muntah-muntah, resign sahajalah. petang2 tanam kacang dan ubi kayu belakang rumah. kau kan cakap kau masih bangga jadi melayu, tak gitu?
ReplyDeleteSaya amat setuju apa yg ditulis oleh saudara usin.. Mana2 negara dlm dunia ni menjaga hak dan kebajikan bumiputera adalah wajib dan tiada pihak berani menyangkal dan mengkritik dasar tersebut
Delete
ReplyDeletekita minta shamsul transparent. dedah nama syarikat melayu yg dapat projek petronas.
berapa billion anak mahathir dapat kontrak dari petronas.
berapa banyak connected to najib & rosmah dpt projek dari petronas
berapa ramai anak2 menteri, kawan2 menteri dpt projek dari petronas
berapa ramai pulak ketua2 bhg, anak ketua bhg dpt dari petronas.
last sekali, berapa ramai melayu biasa yg dpt projek dari petronas.
baru adil.
Kalau Melayu tak tolong Melayu... siapa nak tolong... siapa lagi nak tolong???? bab dunia Tan Sri memang pandai.. bab2 akhirat kena berguru la Tan Sri... dalam Islam begitu jelas mengatakan orang Islam yang kaya kena bantu yang miskin...kalau orang Islam tak tolong Islam... siapa nak tolong.. cuba cita mai sat na... yes business kita kena open minded .. setuju 100%... ade ke bangsa lain buat sama macam Tan Sri (melayu)... kalau ade cita mai sat... company2 bangsa lain yang besar2 kat Malaysia ni.. bagi peluang business kat melayu...
ReplyDeleteNie melayu kroni tak payah tolong.. lagi nak menjahanamkan negara jer.. masuk tender ikut saluran betul la..
DeleteDah kena beli SiSamsul ni. Kumpul kamsen kot. Kalu kompani Melayu kurang kamsen especially kalu yg brkabel agaknya. Tanya sikit, Kalu bukan Melayu dpt me jawatan skg ni?
ReplyDeleteAlaa shamsul ni pun bukanlah cerdik sangat. Kalau betul2 cerdik, dia ambik accounting atau aliran sains. Kerana dia melayulah dan anak bangsawan tenteralah dia dapat jawatan dlm petronas. Tu pun lepas dididik arwah TS Azizan. Asalnya tahun 90-91 hanya gred pengurus kanan tp dah jd anak emas presiden, dapatlah jawatan. Cuma skrg tak sekapal dgn mentor dia dulu yg menyasarkan utk membantu bumiputera. Ckp kasar, dah menderhaka kpd mentor la..
ReplyDeleteUmno oh umno bila la nak bersih dan telus.. kaya makin kaya.org kampung tau angguk ja susah pun makin susah adala.
ReplyDeleteKo tak yah berhenti shamsul. Dia org yg gila sangat nak ko dulu. Kalau najib ada telor, buang lah shamsul. Nampak sangat tak ada telor, suruh perkasa pulak desak suruh shamsul letak jawatan. Ko duduk situ shamsul sampai najib buang ko. Tunggu sampai kontrak habis. Dia org penakut
ReplyDelete
ReplyDeleteTAK MUNGKIN ORANG PAS, PKR, DAP, MIC, MCA, GERAKAN, SUPP, PBS, PRS, SPDP, YANG PAKSA SHAMSUL BAGI PROJEK. MESTI PUAK2 UMNO YG DUK MENGAMUK IN
Salah Umno lagi..!
Deletekepada puak2 pembangkang, cer buat semakan keahlian parti mana yang melayu tak sedar bernama syamsul ni anggotai. lepas itu bolehlah bedal dan belasah umno. umno kronilah, umno rasislah, umno itulah umno inilah. jangan lupa sebut juga umno makan duit rakyat, umno bagi rakyat papa kedana dan miskin melarat. elok benar rasanya balun lagi umno sebab umno pengkhianat melayu, umno itu umngok dan segala bagai lagi penghinaan. bagaimanapun, semak dulu keahlian parti ceo petronas ni ye...jangan lupa k.
ReplyDeleteHANYA air mineral Spritzer dekat TAIPING KUBUR CINA dimonopoli Cina air mineral keluaran bumiputra DIHARAMKAN dijual diPetronas?
ReplyDeleteBayangkan CEO Petronas pun tak hormat pada Najib. Lebih baik Najib letak jawatan dan bawa Rosmah pi dok kat Mongolia.
ReplyDeleteKah kah kah.... Dilemma Melayu.
ReplyDeleteIni susahnya jadi CEO - GLC Melayu. Asalnya GLC nak tolong bangsa bumiputera/Melayu, tapi masalahnya yang dpat bantuan/projek selama ini sebenarnya puak2 kuat politik....
Matlamat sebenar pemimpin2 dulu telah tersasar - kini bukan tolong orang melayu yang 'susah' tapi tolong orang2 kaya & gila kuasa politik...