Thursday, June 5, 2014

NOOR AZAM: KITA ADA WANG, TAPI RAKYAT TETAP MISKIN

Berikut ialah tulisan Noor Azam yang dimuatkan oleh akhbar Utusan semalam.



BR1M, subsidi, MAS: Tujuan mulia, matlamat tak sampai


SUDAH tiga kali diagih-agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jumlahnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 dan RM700. Subsidi petrol dan diesel pula disambung. Setiap tahun tambahan modal untuk 'selamatkan' MAS turut diteruskan.

Tujuan bantuan kewangan ini baik tetapi matlamat sebenarnya tak tercapai. Ada pula ketirisan, penyelewengan dan rasuah yang parah di kalangan pegawai.


Setiap kali dapat BR1M, habis dibelanja untuk macam-macam termasuk yang bukan keperluan asas. Macam budak-budak dapat duit raya setahun sekali! Rata-rata kehidupan penerima BR1M nampak tak berubah. Yang miskin tetap miskin. Yang susah tetap susah. Mereka tahu, tahun depan pasti ada BR1M lagi! Yang tak patut dapat pun, boleh dapat.


Tiada kerajaan lain di dunia - yang sepanjang masa - mengagih-agihkan wang untuk rakyat. Sebutlah kelompok mana pun, dari anak sekolah hingga orang tua, yang kerja sendiri dan yang berniaga, macam-macam persatuan dan rumah ibadat, pasti dapat bantuan. Maka dalam rekod Bank Negara, daya beli pengguna dalam negeri, bertambah. Belanja duit bantuan kerajaan.
Matlamat sebenar beratus juta subsidi minyak dan diesel, tak tercapai. Yang untung para peniaga, pencuri, perompak dan penyeludup dan pegawai penguat kuasa yang rasuah.

Mengikut laporan, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan dan rakyat telah kerugian berbilion ringgit. Kisah pegawai rasuah adalah cerita lama yang dibongkar lagi oleh akhbar ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengisytihar perang melalui Ops Titik. Kita tunggu! Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata: "Orang pertama saya hendak tendang ialah pegawai yang menyeleweng.

"Ramailah nanti pegawai yang akan terkangkang ke dalam longkang.
Wang subsidi berbilion itu, seharusnya dibelanjakan untuk keperluan rakyat yang memang perlu dibantu. Hospital, klinik dan doktor tak cukup.

Penderitaan rakyat miskin, termasuk kanak-kanak, dilapor dan dibongkar oleh media massa hampir setiap hari. Tetapi cerita rakyat miskin tidak tergolong berita penting. Kalau tidak ada pilihan raya, siapa yang peduli? Pemimpin dan ketoloi-ketoloi parti pembangkang - yang selalu berkokok pun - tak peduli!

Di kota raya kemegahan kita, Kuala Lum­pur, gelandangan bertambah ramai. Beberapa NGO turun padang memberikan bantuan makanan. Menteri dan pegawai Kebajikan Masyarakat entah di mana.

Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz, menggunakan bermacam cara untuk memungut derma. Sudah bertahun-tahun pelajar dijadikan pengemis di merata masjid dan pekan. Menyedihkan dan memalukan Melayu-Islam!

Ada insan dan pertubuhan rakyat yang pemurah dan prihatin, menyediakan rumah tumpangan dan asrama untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan wanita-wanita yang terlanjur ke jurang dadah dan pelacuran. Ada gereja yang menampung orang Islam yang dimamah virus AIDS. Tetapi ini bukan tanggungjawab mereka!

Semua yang saya sebut sepintas lalu ini - rakyat miskin, orang kurang upaya, sekolah agama dan sekolah tahfiz, gelandangan, penghidap AIDS dan korban dunia pelacuran - memerlukan bantuan terancang, bukan 'sedekah berterusan'.

Matlamatnya mestilah bagi membolehkan mereka mengubah sikap dan menanam keyakinan untuk memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Tidak terus jadi pengemis, meminta-minta belas kasihan selagi hayat dikandung badan.

Kita ada banyak wang. Ada kementerian berwajib dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada macam-macam pegawai yang dapat hadiah dan sanjungan. Ada jutaan hasil pungutan zakat. Baitulmal pun ada.

Ada juga pemimpin-pemimpin politik terutama semasa kempen pilihan raya gagah berpidato dan menabur janji di depan rakyat, tetapi setiap hari media menyiarkan berita dan cerita rakyat yang susah dan menderita. Bagai ayam di kampung Melayu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masih ada rakyat negara mewah ini yang hidup di bangsal buruk dan di bawah kolong jambatan!

Sudah banyak pandangan dan cadangan para ahli cerdik pandai, agar kerajaan memikirkan sistem dan cara memberikan subsidi dan bantuan. Para menteri, penasihat menteri dan pegawai-pegawai tinggi yang merumuskan dan melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan, perlu menghayati pengakuan jujur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa, 'era kerajaan tahu semua sudah berakhir'. Makna dan mesejnya luas dan dalam.

Sudah sampai masanya kita bedah dan potong mana yang perlu untuk selamatkan wang rakyat!


SIAPA Noor Azam?

M. Noor Azam, atau nama sebenarnya, Mohd. Noor bin Yusoff (Dato')ialah mantan Ketua Pengarang majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan pernah juga bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Tun Mahathir Mohamad.

3 comments:

  1. Mantap tulisan Dato Nor Azam. Tapi nak buat macam mana PM Najib ni suka bermegah dengan kebodohannya sendiri. Disampung suka sgt biar bininya yg tidka disukai ramai tu join aktiviti yang tidak sepatutnya dia join.

    Punaehat2 Najib yg bertaraf bangsawan ini mana ad afikir masalah gelandangana atau punca kebrobokan sosial negara. Yg dikira ialah kosmetik pembangunan.. megah dengan bangunan batu yang tidak mampun pun dimiliki oleh anak bangsa sendiri.

    mekanisme memberi wang tunai BR1M hanya akan menyebabkan pemborosan. Lebih baik fikir macam mana wang begitu boleh disalur dengan membina cepat dan banyak prasarana2 yang diperlukan disetiap bandar dan luar bandar seperti BAS RAPID. Bukan hanya pilih kawasan elit tp juga kawasan bandar.

    Bina banyak sekolah berteraskan Islam supaya lahir rakyat yg bijak dan bermoral AGAMA.. maka lahirlah negar ayang berkemanusiaan dan beriman. kos jenayah akan kurnag jika moral rakyat meningkat.

    Tapi apakah Najib pikir? Najib hanya terwang2an dgn dunia 1Malaysianya dan bininya itu..

    so? siapa nk betulkan?

    ReplyDelete
  2. Saya stuju dgn artikel tuan, berkenaan isu2 yg diketengahkan.

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH; apa balanya ni! MENYAMPAH betul aku PENGKHIANATAN si Islam/Melayu LIBERAL yg. terus menyebabkan BUMIPUTERA Islam/Melayu masih ramai hidup dlm. kemiskinan sampai terpaksa jual TANAH PUSAKA nenek moyang kat si KAPIRDAJAL termasuk org. asing! Tapi si LIBERAL ni asyik nak cakap psl. nak jadikan Tanah melayu ni negara maju dan tandatangan TPPA-ZIONIS-JAHANAM tu!

    Tengoklah Pulau Tioman yg. dulunya, sebahagian dijual kat PENDATANG Cina dgn. harga begitu murah utk. buat resort dan pdg. golf lima bintang - sekrg. dah hampir 60% dijual, terutamanya pd. PENJAJAH S'pura!

    Dahlah tu, yg. herannya, penduduk kpg. Islam/Melayu miskin, ramai TAK dpt. pinjaman buat perniagaan pelancongan sendiri serta TAK dpt. subsidi enjin bot, dan juga didiskriminasi pekerja asing yg. dapat digaji dgn. murah, di hotel-hotel kat situ!

    Lepas tu, anak-anak muda TERCICIR dekolah sebab hanya ada sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah rendah sehingga Tingkatan 3 di Kampung Teke- utk. belajaq di Mersing terlalu mahal naik bot - apa KEJADAHnya ini boleh berlaku?! Mana WAKIL RAKYAT Islam/Melayu oi - lepas menag plihanraya, terus SENYAP?!

    Lihat di http://www.ismaweb.net/2014/06/tiada-jalan-keluar-daripada-kemiskinan-bagi-penduduk-pulau-tioman/ :

    Tiada jalan keluar daripada kemiskinan bagi penduduk Pulau Tioman

    June 5, 2014

    MERSING, 5 Jun – Bila memperkatakan mengenai Pulau Tioman, perkara yang terlintas dalam fikiran pastinya sebuah destinasi percutian yang cukup indah dan damai.

    Isu kemiskinan, pendidikan dan pendapatan penduduk yang begitu rendah mungkin tidak akan terlintas di fikiran sesiapapun apabila membayangkan pulau ini.
    Hakikatnya, inilah yang terpaksa dilalui oleh masyarakat di sini, yang masih dibelenggu kemiskinan hingga sesetengahnya bertungkus lumus untuk meningkatkan lagi pendapatan yang rata-rata RM500 sebulan.

    Umum melihat, Pulau Tioman telahpun melalui fasa pembangunan lebih 20 tahun lepas. Hari ini, tersergam resort-resort mewah dan calet yang memenuhi setiap tujuh kampung yang terdapat di pulau ini bagi memenuhi keperluan pelancong.

    Kemajuan hasil daripada industri pelancongan yang dilihat pada mata kasar kononnya memberi manfaat kepada penduduk kampung di sini yang berjumlah lebih 3,000 orang. Hingga ia dikatakan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada hampir 90 peratus penduduk yang majoritinya Melayu.

    Namun, bancian pendapatan isi rumah yang dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun lepas menunjukkan bahawa 45 peratus penduduk di Pulau Tioman terdiri daripada kumpulan miskin tegar dengan pendapatan kurang RM500 sebulan.

    Manakala 25 peratus berpendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. Hanya mereka yang terlibat sebagai pengusaha sahaja yang memperoleh pendapatan lebih RM1,000, contohnya, pengusaha bot dan calet.

    ….Orang luar terutama warganegara Singapura, memiliki banyak resort berkenaan.

    TERUSkan MEMBACA.....


    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete