Tuesday, April 29, 2014

FERI KARAM: GILIRAN PRESIDEN KOREA MEMINTA MAAF


Seoul - Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf di atas kejadian feri karam yang berlaku baru-baru di Korea Selatan sambil berkata kerajaan gagal menghalang bencana dari berlaku.
"Saya minta maaf kepada rakyat dan berasa sedih terhadap kehilangan banyak nyawa yang berharga," lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan Park semasa mesyuarat Kabinet bersiaran di televisyen kebangsaan.
"Bagaimana harus saya meminta maaf akibat kegagalan mencegah kejadian itu dan maklum balas awal yang tidak mencukupi bagi menenangkan perasaan dan penderitaan (saudara-mara mangsa) walaupun untuk seketika?" katanya.
Park juga berjanji untuk membentuk sebuah agensi kerajaan bagi menangani bencana berskala besar pada masa akan datang.
Dalam kejadian itu, feri Sewol yang membawa 476 orang tenggelam di luar kawasan persisiran Korea Selatan pada 16 April lalu.
187 angka kematian telah disahkan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment