Saturday, February 15, 2014

RAKYAT SUDAH HILANG RASA HORMAT PADA NAJIB & KABINET

Selepas 5 hari Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy meletakkan jawatan, akhirnya kita mendapat reaksi Najib Razak mengenai tindakan pemimpin Hindraf itu.

Cara pentadbiran Najib lain dari yang lain. Lain dari cara Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain dari cara Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Di era Dr Mahathir dan Pak Lah, reaksi kepada sesuatu insiden dapat dilihat SEGERA, tetapi era Najib nampaknya agak pelik - 5 hari baru rakyat dapat mengetahui pendirian Perdana Menteri.

Semalam Najib mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan Waythamoorthy tersebut.

Apa kata Najib?

"Waythamoorthy tidak bertemu atau berunding dahulu sebelum berbuat demikian."
http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/10663-waythamoorthy-tak-berunding-dengan-pm-
sebelum-letak-jawatan.html

Terperanjat kita apabila membaca kenyataan Perdana Menteri ini.

Kita mengharapkan scenarionya berbeza. Kita berharap kenyataan Najib akan berbunyi seperti berikut:

"Saya telah memanggil Waythamoorthy dan meminta penjelasan beliau dan selepas berbincang dengan beliau, saya mengambil keputusan untuk meminta beliau meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet."

Kalau inilah kenyataan beliau, baru lah Perdana Menteri ada "CLASS".

Sebaliknya Waythamoorthy tidak berminat pun untuk bertemu dengan Perdana Menteri, orang yang melantik beliau sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Surat perletakan jawatannya pun dikatakan dihantar kepada Perdana Menteri oleh pegawainya sahaja.

Apa maksudnya?

Ia bermaksud rakyat sudah HILANG rasa hormat pada Perdana Menteri, Kerajaan dan Kabinet.

Kita sudah sampai ke suatu tahap rakyat sudah TIDAK PANDANG pada Perdana Menteri, Kerajaan dan Kabinet. Tidak tahulah kita sekiranya Najib berpandangan sebaliknya.

Kalau rakyat benar-benar menghormati pemimpin hari ini tidak mungkin Najib diberi gelaran PM Kangkong, Hassan Malek Menteri Ayam, Zahid Hamidi Menteri Tin Kosong, Muhyiddin Yassin TPM Blur, Rosmah Mansor Menteri Membeli-belah, Hishammuddin Hussein Menteri Sotong, Maximus Ongkili Menteri Blackout dan Richard Riot Menteri Beli Ijazah?

Lihatlah isu KBS yang menjadi perasaan marah membuak-buak di kalangan guru.

Jurucakap mereka - Mohd Nor Izzat Mohd Johari - adalah seorang guru dari Seremban. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/02/14/Teachers-still-grappling-with-PBS-NUTP-Full-review-of-schoolbased-assessment-needed-to-make-it-more/

Beliau dengan BERANI bangun memperjuangkan hak guru-guru tanpa mempunyai perasaan takut dan gentar kepada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kenapa?

Kerana pemimpin sudah hilang arah dan pemimpin sudah tidak lagi dipandang mulia oleh rakyat.

Siapa di dalam Kabinet hari ini yang dihormati rakyat? Kita minta Najib tepuk dada tanya selera.

Salah siapa?

Tidak lain dan tidak bukan salah NAJIB RAZAK dan ROSMAH MANSOR dan keseluruhan Menteri-Menteri Kabinet.

Kenyataan bodoh seolah-olah rakyat itu bodoh oleh Menteri-Menteri Kabinet dan keangkuhan pemimpin seperti terbaru Ketua Menteri Melaka Idris Haron yang sanggup membelanjakan RM200,000 semata-mata untuk membeli plat nombor kereta ketika rakyat menderita.

Menteri-Menteri yang pendidikannya tidak ke mana dan ada yang membeli ijazah berlagak pandai mahu membimbing rakyat sebenarnya amat memualkan.

Kepada Najib, cerminkan lah diri. Tanyalah diri adakah mertabat beliau sama seperti Allahyarham bapanya Tun Razak serta pemimpin terdahulu.

Tanyalah samada Menteri-Menteri Kabinet beliau dihormati seperti Menteri-Menteri Kabinet terdahulu?

Rakyat Malaysia adalah masyarakat yang masih berpegang kepada adat ketimuran. Kalau ikutkan hati, mereka sudah lama memberontak dan sudah lama mereka membaling telor ke arah pemimpin kerana di isi hati mereka, mereka sudah MUAK dan hilang rasa hormat kepada Najib dan Menteri-Menteri Kabinetnya.

5 comments:

  1. Ini pandangan kau aje...

    Manusia dalam dunia ni ada bermacam..

    Percayalah, kalau buat baik pun org hentam, kalau buat jahat lagi kena hentam...

    so, fikir fikirkan

    ReplyDelete
  2. Nilainya Wythya letak jawatan adalah RM100 Juta. Itu pampasan yang Najib beri kepada Sek Tamil. Sapa pandai? Wythya atau Najib?

    ReplyDelete
  3. Nilainya Wythya letak jawatan adalah RM100 Juta. Itu pampasan yang Najib beri kepada Sek Tamil. Sapa pandai? Wythya atau Najib?

    ReplyDelete
  4. I luvvvvvv PM....Kahkahkah.....

    ReplyDelete
  5. Kebanyakn menteri latikan najib pun kerja half- past- six.

    ReplyDelete