Berikut ialah temuramah tersebut:
Saya tidak anti-Najib - Kadir Jasin
Beliau memang seorang yang sangat teratur dan teliti selain selamba
mengusik.
Sempat bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press itu bercerita tentang bapanya, salah seorang orang kuat UMNO namun perlahan-lahan `meninggalkan' UMNO kerana kecewa dengan apa yang berlaku. "Pada tahun 2004, bapa saya mengeluarkan `fatwa' mewajibkan anak-anaknya balik mengundi, kalau tak balik kami jadi anak yang engkar. Tetapi pada 2008, bapa saya berkata, nak balik ke, tak balik ke suka hati hangpa lah," kata Kadir sambil menunjukkan gambar bapanya yang telah meninggal dunia.
Sempat bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press itu bercerita tentang bapanya, salah seorang orang kuat UMNO namun perlahan-lahan `meninggalkan' UMNO kerana kecewa dengan apa yang berlaku. "Pada tahun 2004, bapa saya mengeluarkan `fatwa' mewajibkan anak-anaknya balik mengundi, kalau tak balik kami jadi anak yang engkar. Tetapi pada 2008, bapa saya berkata, nak balik ke, tak balik ke suka hati hangpa lah," kata Kadir sambil menunjukkan gambar bapanya yang telah meninggal dunia.
Berikut temu bual DATUK A. KADIR JASIN bersama wartawan MalaysiaGazette NORAINI ABD. RAZAK dan AINUL ASNIERA AHSAN
MALAYSIAGAZETTE:
Datuk dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini terutama dalam aspek ekonomi. Apakah sebabnya Datuk membandingkan zaman Tun Dr. Mahathir dan Najib?
Datuk dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini terutama dalam aspek ekonomi. Apakah sebabnya Datuk membandingkan zaman Tun Dr. Mahathir dan Najib?
DATUK A. KADIR JASIN: Jawapan saya kepada soalan itu ialah pertanyaan kepada anda iaitu pada era Perdana Menteri manakah Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi terbaik? Keadaan masyarakat sejahtera dan aman? Era manakah? Ini bukan emosi tetapi realiti. Tun Mahathir memerintah negara selama 22 tahun dari tahun 1981. Kita kena faham fasa-fasa Dr. Mahathir.
Pada tahun 1981 beliau menjadi Perdana Menteri, 1985-1986 Malaysia
mengalami krisis ekonomi. Ini penting untuk faham era Tun M. Tengku Razaleigh
digugurkan sebagai Menteri Kewangan digantikan oleh Daim Zainuddin (Tun).
Pada ketika itulah buat pertama kali ekonomi kita mengalami pertumbuhan negatif. Kemudian dari tahun 1987 hingga 1997 ekonomi kita berkembang paling rancak dalam sejarah, 10 tahun saja. Itu memberikan Dr. Mahathir idea (akibat pertumbuhan pesat) bahawa mungkin kalau kita mentadbir negara dengan baik, kita boleh menjadi maju. Itulah pada tahun 1991 beliau mengumumkan Wawasan 2020.
Pada ketika itulah buat pertama kali ekonomi kita mengalami pertumbuhan negatif. Kemudian dari tahun 1987 hingga 1997 ekonomi kita berkembang paling rancak dalam sejarah, 10 tahun saja. Itu memberikan Dr. Mahathir idea (akibat pertumbuhan pesat) bahawa mungkin kalau kita mentadbir negara dengan baik, kita boleh menjadi maju. Itulah pada tahun 1991 beliau mengumumkan Wawasan 2020.
Tetapi menjelang September 1997, ekonomi kita merosot akibat krisis
kewangan Asia. Itupun Dr. Mahathir berjaya menanganinya. Kita merosot dua, tiga
tahun, selepas itu ekonomi Malaysia naik balik. Kita tidak perlu menyerah kuasa
ekonomi kepada sesiapa termasuk Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Sama ada waktu
krisis atau waktu aman, Dr. Mahathir berjaya. Kita sukar untuk tidak kembali
melihat kepada era pemerintahan beliau. Jadi minda rakyat, psiki rakyat Malaysia
mengenai ekonomi dan kesejahteraan adalah pada zaman Dr. Mahathir.
Kita tidak boleh salahkan rakyat apatah lagi rakyat melihat Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Dr. Mahathir. Abdullah dilihat seorang yang baik dan bersih. Persepsi itu sepatutnya mengukuhkan pemerintahan waktu itu kerana Dr. Mahathir telah membina negara. Imej Dr. Mahathir bukan baik, beliau keras, tidak pandai, bermuka-muka.
Kita tidak boleh salahkan rakyat apatah lagi rakyat melihat Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Dr. Mahathir. Abdullah dilihat seorang yang baik dan bersih. Persepsi itu sepatutnya mengukuhkan pemerintahan waktu itu kerana Dr. Mahathir telah membina negara. Imej Dr. Mahathir bukan baik, beliau keras, tidak pandai, bermuka-muka.
Beliau telah membina landasan dan Abdullah sepatutnya membuat lebih baik
kerana ekonomi bagus dan imej Abdullah yang bersih, tidak korup. Harapan orang
jelas, sebab itu pada pilihan raya 2004, rakyat menyokong Barisan Nasional
gila-gila. Tetapi terbukti Abdullah tidak seperti yang dianggap. Kesilapan
beliau kerana cuba mematikan legasi Dr. Mahathir.
Secara sistematik beliau meruntuhkan legasi Dr. Mahathir namun gagal mewujudkan legasi beliau sendiri - Mr. Nice dan Mr. Clean. Nama beliau buruk dan rakyat berkata sesiapa pun kecuali Abdullah akan menjadi lebih baik.
Secara sistematik beliau meruntuhkan legasi Dr. Mahathir namun gagal mewujudkan legasi beliau sendiri - Mr. Nice dan Mr. Clean. Nama beliau buruk dan rakyat berkata sesiapa pun kecuali Abdullah akan menjadi lebih baik.
Rakyat melihat Najib dengan penuh harapan sebab semasa Dr. Mahathir hendak
bersara jangkaan umum Najib akan menjadi Perdana Menteri bukan Abdullah kerana
Abdullah pernah menentang Mahathir. Najib boleh dikatakan anak didik Dr.
Mahathir. Dalam parti Najib lebih kuat daripada Abdullah. Jangkaan awal Dr.
Mahathir akan melantik Najib tetapi beliau melantik Abdullah.
Selepas Dr. Mahathir jatuhkan Abdullah, ramai yang menjangkakan Malaysia
akan kembali ke era yang gemilang - menggabungkan legasi Dr. Mahathir dan Najib
memandangkan Najib yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri, bukan Abdullah.
Jangkaan dan harapan rakyat terhadap Najib tinggi, apatah lagi beliau dikaitkan
dengan Tun Abdul Razak. Jadi Abdullah atau Najib memang tidak dapat lari
daripada persepsi rakyat untuk membandingkan dengan Dr. Mahathir.
Tidakkah akibat terlalu membuat perbandingan menyebabkan wujud
persepsi Datuk Seri Najib tidak bagus dan Tun Mahathir yang
terbaik?
A. KADIR: Asas ekonomi yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir
adalah cukup kuat tetapi mengapa dalam masa tidak sampai 10 tahun asas ekonomi
kita jatuh dengan begitu buruk. Rakyat pasti akan membandingkan kerana krisis
demi krisis semasa pemerintahan Dr. Mahathir rakyat tidak menderita seburuk
sekarang. Sedangkan kalau mengikut media arus perdana ekonomi kita kuat.
Pertumbuhan ekonomi dikatakan bagus. Tetapi mengapa rakyat menyatakan mereka
susah? Itu ada kekangan dengan apa yang diuar-uarkan kepada pemerintah dengan
apa yang dirasakan oleh rakyat.
Tetapi pada zaman Dr. Mahathir dahulu mungkin berbeza. Dr. Mahathir berkata
negara kita hampir-hampir ditakluki oleh Barat melalui IMF tetapi rakyat tidak
merasa, tidak rasa miskin, harga ikan tidak melambung. Rakyat pada waktu itu
lebih heboh memperkatakan tentang pemecatan Anwar berbanding kesan kemerosotan
ekonomi. Bayangkan pada waktu itu ringgit kita jatuh dari 2.5 sampai 4.2
berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Adakah kita kekurangan makanan, harga
melambung? Sepatutnya harga melambung sebab kita import banyak tetapi senario
itu tidak berlaku. Kita tidak dapat lari daripada pertanyaan rakyat mengapa pada
zaman Dr. Mahathir ada krisis kita tidak susah, pada zaman Najib tiada krisis
kononnya tetapi kita susah.
Rakyat juga membandingkan Dr. Mahathir telah meninggalkan asas yang kuat
tetapi mengapa boleh jadi begini? Memang sejak 20 tahun lalu belanjawan Kerajaan
Pusat mengalami defisit, namun mengapa dalam tempoh lima, enam tahun defisit itu
meningkat dengan banyak sehingga 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK)? Itu pertanyaan ramai. Rakyat secara umum tidak faham, tetapi ada juga
yang faham dan rakyat yang faham sudah mempunyai saluran untuk menyatakan
pendapat. Dulu kalau kita ada pendapat yang negatif, kita tidak dapat
meluahkannya tetapi hari ini sesiapa yang ada maklumat akan
menyebarkannya.
Pada pandangan Datuk, adakah kerajaan berada dalam keadaan selesa
atau menyembunyikan fakta sebenar?
A. KADIR: Kalau mereka selesa saya tidak dapat mengagak
apa yang menyebabkan mereka begitu selesa atau leka. Atau darah mereka yang
mengalir mengandungi daum ketum. Walaupun tanpa mengunyah daun ketum tetapi ada
kimia yang macam daun ketum. Itu lagi bahaya. Tidak masuk akal kerajaan dan
Perdana Menteri yang mempunyai begitu banyak penasihat, termasuk pakar ekonomi
yang terhebat di dunia, pakar ekonomi yang mencetuskan idea pembangunan, pakar
Blue Ocean, takkan mereka tidak tahu hidup rakyat susah. Tidak masuk akal bagi
saya kalau mereka tidak tahu.
Kenyataan jangan salahkan kerajaan bila harga naik menerima banyak
kritikan, apa komen Datuk?
A. KADIR: Kalau harga input naik, harga produk akhir akan
naik apatah lagi dalam situasi Malaysia banyak profiteering, keuntungan
berlebihan, hisap darah pengguna. Kalau kerajaan tidak pantau, saya rasa
kerajaan gagal. Saya sangat tidak seronok hujah-hujah saya merujuk kepada
Perdana Menteri. Nanti orang kata saya anti beliau. Saya tidak anti beliau. Saya
anti tindakan-tindakan yang tidak serasi dengan kedudukan Malaysia sebagai
negara demokrasi dan tahap tamadun kita. Kita ambil contoh, jangan salahkan
kerajaan disebabkan kenaikan harga barang-barang. Orang yang tidak cerdik pun
tahu harga tidak naik sehingga kerajaan hapuskan subsidi. Harga roti tidak naik
sehingga harga gula naik sebab kerajaan hapus subsidi gula. Jadi macam mana kita
tidak salahkan kerajaan. Kemudian orang yang tahu ekonomi mengetahui kerajaan
import gula dan mata wang ringgit jatuh. Bila mata wang jatuh, barang yang
diimport menjadi lebih mahal.
Ramai yang tidak tahu pada tahun lalu nilai ringgit jatuh ke tahap 15 tahun
terendah berbanding dolar Singapura dan sepanjang tujuh, lapan bulan tahun lalu,
ringgit jatuh 88 peratus berbanding dolar Singapura. Jadi takkan kita hendak
salahkan orang lain kerana pengurusan mata wang, pengurusan monetari adalah
tanggungjawab kerajaan, tanggungjawab Menteri Kewangan dan Bank Negara Malaysia.
Ini kita kena sebut. Nilai ringgit jatuh kerana persepsi dunia yang tidak yakin
ekonomi kita kukuh sebab defisit belanjawan meningkat, bukan sekadar tidak turun
tetapi bertambah. Hutang negara hakikatnya sejak pemerintahan Najib hutang
meningkat dengan hebat sekali.
Tadi Datuk cakap dalam darah mereka mengandungi daum ketum, adakah
maksudnya kerajaan sekarang berkhayal?
A. KADIR: Saya rasa kerajaan bukan berkhayal tetapi
mungkin tidak mampu berhujah, berartikulasi (memberikan penyataan) dengan
meyakinkan dan selari dengan kehendak semasa, di mana orang boleh menjawab hujah
kerajaan dengan mudah. Yang berkuasa bercakap tetapi tidak memikirkan reaksi
masyarakat, tidak fikir masyarakat boleh menjawab apa yang dihujahkannya itu.
Sebenarnya pun, kerajaan masih bernasib baik sebab tidak cukup ramai rakyat
Malaysia faham ekonomi khasnya orang Melayu. Kalau ramai yang tahu lebih teruk
cabarannya. Kalaulah lebih ramai blogger, wartawan faham ekonomi, saya rasa imej
kerajaan lebih buruk dari yang sekarang. Saya sebenarnya tidak mahu hendak
mencari kesalahan orang tetapi macam mana pun saya cuba, saya tidak dapat untuk
berbuat demikian kerana apa yang dihujah oleh kerajaan terlalu menyimpang
daripada realiti dan seolah-olah memperbodohkan rakyat.
Benarkah ada dakwaan menyebut ekonomi negara menjadi lemah kerana
kebergantungan keterlaluan kerajaan kepada konsultan (perunding) atau penasihat
luar?
A. KADIR: Bukan setakat zaman Tun Mahathir tetapi sejak
zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussain dan Tun Hussein Onn kita amat
sedikit menggunakan perunding atau konsultan swasta. Kalau kita perlukan
pertolongan kita minta daripada Bank Dunia. Hatta Dasar Ekonomi Baru dibuat
bersama dengan Bank Dunia. Sukar hendak menyatakan kemelut ekonomi kita
bergantung sangat kepada penasihat. Saya tidak menjangka penasihat berpengaruh
sehingga dalam masa singkat mereka boleh menyebabkan ekonomi kita begini teruk.
Yang saya faham mengenai sifat konsultan, defisit kita sudah sepatutnya turun
sebab pakar ekonomi luar dan swasta mereka sangat tidak suka kepada defisit
belanjawan dan begitu benci subsidi. Pengurangan subsidi bagi saya dan saya
yakin mereka inilah yang menjadi pendesak utama.
Rakyat tidak memilih konsultan atau pegawai-pegawai khas. Rakyat memilih
wakil rakyat dan salah seorang itu diangkat menjadi Perdana Menteri dan
tanggungjawab mutakhirnya adalah tanggungjawab yang kita pilih dan bukan orang
yang dilantik oleh orang yang kita pilih. Kita memilih pemimpin dan bukan
memilih perunding yang memimpin pemimpin.
Kesimpulannya adakah kegagalan ekonomi bermakna kegagalan
pemimpin?
A. KADIR: Bolehkah kita menghukum perunding? Tidak boleh
bukan? Sebab perunding akan kata kami menasihat, tuan tidak perlu dengar. Kalau
tuan dengar jangan salahkan kami. Siapa yang hendak kita salahkan atau
pertanggungjawabkan? Sudah tentu kerajaan yang dipilih. Apa yang berlaku sekarang bukan persepsi tetapi
realiti. Akhbar Berita Harian melaporkan ikan yang dimport dari Thailand naik 20
peratus. MalaysiaGazette pun buat ikan di Kuala Selangor tidak naik, ikan di
Kuala Lumpur sahaja naik. Ini realiti.
Pada pandangan Datuk bilakah isu-isu rakyat ini akan
berakhir?
A. KADIR: Pernahkah dan berapa kerapkah Perdana Menteri
berunding dengan pakar-pakar ekonomi tempatan? Ahli-ahli perniagaan tempatan?
Pesara-pesara politik tempatan yang berjaya menguruskan ekonomi sebelum ini?
Kalau Najib berbincang sudah tentu Dr. Mahathir tidak bercakap yang beliau tidak
bersetuju pengurangan subsidi tetapi setuju mengurangkan perbelanjaan untuk
mengelakkan perbaziran. Kalau Perdana Menteri minta pandangan ramai, Dr.
Mahathir sudah tentu dia tidak bercakap macam itu dalam blog. Najib sepatutnya
berbincang dan meminta pandangan daripada Daim yang pernah dua kali
menyelamatkan Malaysia daripada krisis, Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Rama
Iyer, Tan Sri Thong Yaw Hong. Mereka yang melaksanakan pertumbuhan ekonomi.
Panggil tak Prof. Diraja Ungku Aziz, Tan Sri Arsyad Ayub?
Secara peribadi, Datuk setuju mengenai pengurangan
subsidi?
A. KADIR: Subsidi ni siapa yang tahu ekonomi faham ia akan
membuat ekonomi tidak lestari. Anda patut bekerja untuk mendapatkan hasil dan
bukan tidak bekerja pun dapat hasil. Di barat pun amalkan subsidi, orang tidak
bekerja pun dapat elaun. Di Malaysia pun sama juga tetapi amalan subsidi sahaja
lain. Subsidi kita memang teruk, sebab itu kita kena susun semula. Pelaksanaan
subsidi tidak bantu golongan sasaran sebaliknya bantu semua. Penunggang
motosikal menggunakan petrol 100 liter sebulan, dapat subsidi RM54 sebulan,
tetapi tan sri-tan sri yang menggunakan kereta besar menggunakan 100 liter
sehari, dapat subsidi RM54 sehari, sebulan berapa, setahun lagi? Kenapa kerajaan
perlu memberi subsidi kepada golongan mewah ini.
Pengurangan subsidi betul, menghapuskan subsdisi juga betul kerana subsidi
tidak lestari kepada ekonomi. Malaysia memperkenalkan subsidi minyak ketika
simpanan minyak kita banyak, rakyat pula ketika itu tidak ramai, yang guna
kereta tidak banyak. Yang guna kereta pun kebanyakannya enjin berkapasiti kecil.
Tetapi sekarang kereta banyak, guna minyak pun banyak setiap minggu balik
kampung, macam mana hendak tampung subsidi minyak. Subsidi minyak boleh
dipertikaikan tetapi orang yang meminta menurunkan subsidi bukan komunikator
yang baik tetapi memang seorang ahli ekonomi. Tetapi Najib bukan ahli ekonomi,
beliau Perdana Menteri.
Kalau sebagai komunikator, ahli politik atau penyokong kerajaan ada caranya
melaksanakan penghapusan subsidi. Kerajaan menghapuskan subsidi gula pada 25
Oktober. Bulan Oktober, November dan Disember adalah masa ibu bapa kumpul duit
untuk berbelanja cuti sekolah dan perbelanjaan persekolahan. Janganlah tarik
(subsidi) bulan-bulan ini. Bukan akhir tahun kerana akhir tahun kita perlu
membuat rakyat gembira, mereka hendak bercuti, perlu duit untuk pergi Morib atau
Port Dickson. Bulan Disember dan Januari hendak beli buku sekolah pula. Ini
tidak, masa itulah kerajaan menaikkan macam-macam secara serentak, gula, tarif
elektrik, tol. Dalam isu rasionalisasi subsidi, kenaikan tarif, kenaikan gula,
tindakan kerajaan tidak sensitif, tidak peka terhadap rakyat kerana ia berlaku
di saat-saat mereka memerlukan wang. Dan terbukti selepas sekolah dibuka, halal
atau haram tambang bas naik.
Apakah nasib Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan
datang?
A. KADIR: Ada dua faktor yang memihak kepada BN. Kita
terlalu partisan, masuk UMNO sampai mati, dia maki, dia hamun tetapi apabila
pilihan raya pilih BN. Keahlian BN juga tinggi, kesetiaan tinggi. Pakatan
pembangkang pula berdasarkan asas agenda. Memperjuangkan isu-isu ketelusan, anti
rasuah. Antara dua pola ini, pola kesetiaan, terima kasih, syukur dan kepedulian
terhadap isu yang menjadi penentu adalah media. Siapa yang lebih pandai menjaja
dua pola dialah menang.
Kalau itu ukurannya, siapa yang akan menang?
A. KADIR: UMNO bergantung kepada siapa? Kalau tengok
Utusan, berapa jumlah sekarang (jumlah edaran)? Saya hendak bercerita satu lagi
masalah UMNO. Blog-blog parti ini menyerang saya dalam blog pembangkang, tidak
ke bodoh. Cybertrooper menyerang saya sebab kononnya saya serang Najib.
Pendekatan mereka menyerang saya di saluran pembangkang seolah-olah menunjukkan
UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai. Sudahlah tidak menggunakan saluran
mereka dengan berkesan, pada masa sama bongkarkan masalah sendiri di 'rumah,'
orang. Apa sudah jadi? Berbincang kepincangan UMNO dalam blog pembangkang,
inilah pandainya bloger-bloger UMNO. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya
kisah.
Kalau pun marah saya kritik Perdana Menteri, jawablah apa yang saya kritik.
Saya pernah beritahu blogger-blogger, mereka sebenarnya tidak pernah membantu
kepimpinan UMNO, sebaliknya mereka inilah yang memburuk-burukkan bakal generasi
baru UMNO. Jadi macam mana hendak berpolitik. Bagi saya blog sudah menjadi teruk
dalam UMNO.
Pernahkah Datuk menyuara isi hati atau pandangan secara terus
dengan Perdana Menteri?
A. KADIR: Saya tidak pernah diberi peluang untuk bertemu
Najib walaupun saya berkawan dengan dia pada tahun 1977. Saya pernah mewawancara
beliau dua kali untuk isu Proton dan PEMANDU, setengah jam setiap satu. Sebelum
itu pernah juga menemui beliau tiga minggu sebelum Najib dilantik Perdana
Menteri. Baru-baru ini adalah satu perjumpaan dengan Perdana Menteri di
Putrajaya, saya telah menghubungi pejabat Perdana Menteri untuk meminta
kebenaran untuk turut serta dalam perjumpaan itu. Tetapi selepas sejam kemudian
pejabat Perdana Menteri memaklumkan mereka akan mengaturkan pertemuan bersama
saya pada hari lain, sampai sekarang pun tidak ada apa-apa panggilan pun.
Agaknya mengapakah kerajaan dilihat terdesak melaksanakan
rasionalisasi subsidi?
A. KADIR: Saya rasa anda perlu juga melihat kemungkinan
kenaikan-kenaikan ini berpunca daripada ketakutan kerajaan dengan agensi
penarafan global selepas Fitch Ratings menurunkan penarafan terhadap negara.
Kerajaan telah bertindak lebih untuk mententeramkan agensi penarafan berbanding
rakyat jelata.
Ketakutan kepada rating tidak berlaku sebelum ini. Rating hanya relevan
jika kita bergantung kepada hutang besar di luar negara. Sebenarnya negara tidak
berhutang besar pun, malah ada masalah lebihan tunai dalam negara. Dari aspek
sebenar kerajaan terlalu peduli kepada agensi penarafan. Saya berpandangan
kemungkinan pihak-pihak tertentu yang mengagung-agungkan penarafan ini berada
dalam kerangka minda Perdana Menteri. - MalaysiaGazette
Yg kata zaman Najib susah itu pembangkang. bagi kita zaman Najib
ReplyDeletekita lebih senang dlm pelbagai aspek
berbanding zaman Madey..
Hahahaha.. corak lebih kurang sama je dua orang tu, tapi zaman najib aku berduit tapi zaman mahathir aku tak berduit. Sebab susah sangat nak dapat duit zaman tu. Memang taraf kemiskinan rakyat tinggi.
ReplyDelete