Wahid bukan orang politik. Oleh itu, tidak menghairankan apabila Wahid membuat kenyataan kepada rakyat, pandangan beliau lebih kepada pandangan orang korporat dan mungkin akan dilihat tidak prihatin kepada sentimen politik bawahan.
Dua hari lepas, Wahid membuat kenyataan berikut:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011."Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/15/mstar_berita/20131214183558&sec=mstar_berita
Maka benarlah spekulasi yang dibuat bahawa tol akan dinaikkan.
Untuk makluman Wahid, rakyat faham kenapa tol akan dinaikkan dari masa ke semasa.
Rakyat tak perlu penjelasan berapa pampasan perlu kerajaan bayar sekiranya tol tidak dinaikkan.
Ini bukan kali pertama tol hendak dinaikkan. Setiap kali tol mahu dinaikkan, strategi kerajaan ialah menghebahkan berapa pampasan yang kena dibayar dan wang tersebut boleh digunakan untuk program pembangunan lain.
Kepada para strategis Kerajaan, kita nak katakan strategi sebegini sudah lapuk dan basi.
Rasanya rakyat dapat menerima sebarang kenaikan sekiranya Kerajaan tidak BOROS.
1) Sebelum 2013, Kerajaan MAMPU untuk tidak menaikkan tol dan menangguhkan kenaikan lain dan MAMPU membayar pampasan semata-mata kerana pilihanraya umum, kenapa tidak sekarang?
2) Wahid kena faham sentimen rakyat. Rakyat marah apabila disuruh membayar bermacam-macam kos sementara Perdana Menteri sanggup membelanjakan RM7.2 bilion kepada konsultan luar semata-mata mahu memprofilkan diri beliau. Apalah pampasan RM400 juta untuk tol berbanding RM7.2 bilion semata-mata untuk menaikkan imej sendiri.
3) Rakyat disuruh bayar elektrik lebih tetapi Kerajaan menanggung RM2.2 juta bil elektrik Perdana Menteri di Seri Perdana. Wahid sudah tentu tahu bahawa selama ini para Menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan mungkin Ahli-Ahli Perlimen menggunakan elektrik secara percuma.
4) Harga petrol dinaikkan dan tol akan dinaikkan. Kenapa rakyat tidak marah apabila mendapat tahu Kerajaan menanggung RM106 juta kos Perdana Menteri dan isteri menggunakan jet peribadi ketika rakyat menderita mengharungi kos hidup yang tinggi.
Rakyat hanya merungut dan masih dapat menahan rasa marah apabila kerajaan boros membelanja TETAPI apabila kerajaan mula "MERAGUT" wang saku rakyat, rakyat mana yang dapat menahan kemarahan mereka.
Kita bukan pakar ekonomi seperti Wahid, kalau kerajaan sekarang CARI MAKAN dengan MENGAMBIL GAJI WANG SARAAN RAKYAT, sejarah dunia menunjukkan kerajaan tersebut tidak akan KEKAL berkuasa.
Terpulanglah kepada Kerajaan. Kita hanya mampu menegur.
Kepada Wahid, cuba lah melihat isu ekonomi dari pandangan rakyat dan tidak semata-mata dari sudut ANGKA dan perspektif ORANG BERADA dan teori ekonomi semata-mata.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/dap-gesa-pm-naik-mas-bukan-jet-vvip-1.208168
SEMENTARA itu, Syed Hamid Albar semalam mengumumkan TAMBANG BAS SEKOLAH AKAN DINAIKKAN.
Dari sudut pandangan Syed Hamid, yang pernah menjadi Menteri, kenaikan TIDAK MEMBEBANKAN.
Rupa-rupanya, dalam kamus orang politik, ada juga KENAIKAN YANG TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPADjamintambangtakmembebankan/Article/cetak
wahid bknnya pakar sangat dlm ekonomi, semasa menjadi pengerusi telekom dulu berapa banyak aset telekom telah dijual dan berbanggalah kononya telekom telah mendapat keuntungan besar.
ReplyDeleteByk sangat bagi cina tongsan itu ini, jamuan makan besar, duit sumbangan sekolah cina dan sbgnya. Dah tak larat mau tanggung ker. Dah tuh letaklah jawatan.
ReplyDeletePadan muka mereka yang undi bn baru2 ni
ReplyDeleteOrg yg tak undi BN pun macam x kena bayar tol je. Padan muka lu orang jgk.Kihkih
ReplyDeleteTak mahu Najib siapakah layak nak m mengganti beliau nak pilih Anwar tak tergerak hati rasanya memandangkan prestasi beliau semasa menjadi Menteri Keewangan dulu negara pasti bangkrap sekiranya IMF cadangan beliau sebagai satu cara untuk mengatasi masaalah ekonomi dilaksanakan, puak pembangkang nampaknya sangat cerdik bila berada di luar kerajaan bila diberi peluang untuk memerintah eg di Selangor taklah nampak bagus sangat dalam usia pemerintahan yg baru sepenggal lebih sudah nampak ada banyak cacat celanya jika dibandingkan dgn jangka masa UMNO memegang tampok pemerintahan
ReplyDelete