Friday, December 13, 2013

NELSON MANDELA: TAN SRI ZAM TEGUR NAJIB

KEPUTUSAN Najib Razak untuk tidak menghadiri pengkebumian Nelson Mandela ditegur Tokoh Wartawan Negara dan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai ZAM.

Berikut ialah teguran Zam:

SAYA TAK SANGKA........
Saya terkejut,tergaman,terkelu  dan sedih menghiris hati  apabila  saya mendengar berita mengatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak akan menghadhiri upacara pengkebumian seorang pemimpin agung dunia yang di hormati kawan dan lawan  Presiden Africa Selatan Mandela pada 15 Disember 2013 ini.

Keharuman nama Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman yang  dengan tegas dan berani menyokong  perjuangan menentang apartheid dengan sekali gus telah dipadamkan dengan seguris keputusan Perdana Menteri Malaysia yang melukakan perasaan rakyat Africa Selatan khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Apakah ini atas nasihat dari Wisma  Putra atau keputusan Najib  sendiri atau  orang yang terdekat dengannya ? Saya tidak mahu percaya kepada alasan yang diberikan bahawa ini dilakukan  untuk menjimatkan belanja.

Apapun inilah  suatu keputusan yang sangat tidak waras dan bertentangan dengan semangat rakyat dan penghayatan negara.

Jika Tun Dr.Mahathir sihat tentulah beliau akan pergi.

Saya tidak perlu komen terlalu panjang tetapi cukuplah untuk  mengatakan bahwa keptutusan Najib ini adalah langsung  tidak termasuk dalam logik akal saya.Perbuatan ini tidak dirastukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan anti kekejaman malah menghina perasaan seluruh rakyat  Malaysia yang menghayati perjuangan dan jasa  Mandela.

Saya meagungkan ayahnya nya Tun Abdul Razak sebagai seorang nasionalis yang bijak yang sanggup menyekutukan dirinya dengan gulongan sosialis dan nasionalis kiri untuk mengeluarkan bangsanya dari perbezaan dan penindasan dalam negaranya sendiri tetapi anaknya gagal untuk membuktikan penghayatan perjuangan gigih seorang pemimpin yang juga dihayati oleh ayahnya.

Inilah saat saatnya untuk menunjukan warisan kepada penjiwaan semangat negara.

Kepada mendiang  Mandela hanya ingin ku katakan:
Sebagai rakyat Malaysia aku  tidak turut merastui perbuatan ini 
Aku telah membaca bukumu A long Walk To Freedom
Mungkin kerana aku terlalu sentimen kepada mu
Maka perasaan ini ku curahkan  dalam pemergian abadimu
Semuga  suara kecil ini dirasakan oleh rakyat Africa
Bangsa kami tidak miskin budi bahasa
Hanya  pemimpin  tidak tahu mengharga .

http://zamkata.blogspot.com/2013/12/saya-tak-sangka-najib-akan-lakukan-ini.html

2 comments:

  1. Tan sri silap komen ni. Patutnya tan sri kritik rosmah tak hadir kebumi mandela. Hal ehwal luar negara rosmah jaga. Tan sri tak dengar ucapan najib ke hari tu. Kan najib dah kata, rosmah jaga hal ehwal antarabangsa

    ReplyDelete
  2. Sudah tiba masanya kita tukar kerajaan melalui pilihanraya ke 14...Saya lihat pentabiran PR di Selangor & Penang lebih tersusun..kita tak tahu samada negara ini di pimpin oleh DSN atau oleh para punahsihat...

    ReplyDelete