SAYA SUDAH BOSAN DENGAN FAM!
Itulah tuturkata yang keluar dari mulut Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan ketika mengulas isu berkaitan Persatuan Bolasepak Malaysia yang dinaungi DYMM Sultan Pahang.
Kita tak kisah apa bahasa yang hendak digunakan oleh Khairy dalam mengkritik FAM. Ramai peminat juga tidak berpuashati dengan pencapaian FAM dalam mempertingkatkan mutu bolasepak negara.
Tetapi kita terkejut apabila Khairy berkata beliau SUDAH BOSAN dengan FAM.
Baru 179 hari (hampir 6 bulan) Khairy dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak.
Kalau berdasarkan kenyataan Khairy pada 10 November lalu, tidak salah kita katakan dalam tempoh 179 hari, Khairy SUDAH BOSAN dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Menteri. Itu persepsi kita berdasarkan kenyataan beliau.
Kalau isu permainan bolasepak pun Khairy SUDAH BOSAN, bayangkan jika beliau diberi tanggungjawab lebih berat untuk ditangani!
Cabaran menangani isu bolasepak tidak lah sebesar mana pun tetapi berdasarkan kepada kenyataan Khairy, beliau SUDAH BOSAN dengan FAM.
Kalau menagani isu bolasepak sudah membosankan beliau, bagaimana Najib memberi cabaran yang lebih berat kepada beliau?
Kalau sikap Khairy dicontohi oleh pemimpin lain, maka hancurlah negara.
Cuba kita bayangkan kalau Ketua Polis Negara berkata beliau SUDAH BOSAN dengan isu keselamatan negara atau Perdana Menteri berkata beliau SUDAH BOSAN dengan keadaan ekonomi negara.
Akibatnya negara hancur.
Sejak akhir-akhir ini, banyak betul publisiti dicari Khairy. Ini termasuklah isu bolasepak.
Beliau memilih bahasa yang agak menarik dalam kenyataan beliau. Dalam isu yang sama, Khairy mengeluarkan kenyataan berikut:
"Apa ini mengarut, saya cakap bukan sebab saya dendam, saya cakap sebab saya sayangkan bola sepak, saya luahkan apa yang rakyat cakap, tak percaya masuk dalam Facebook, masuk dalam Twitter tengok (rakyat) komen lagi teruk apa yang saya cakap.
Ini saya berlapik lagi, jadi, tolonglah jangan cari orang yang dah tak ada apa-apa dan lepas itu suruh dia cakap, ini bukan dia cakap, ini FAM baling batu sembunyi tangan.
Saya tak tahu, kena tanya FAM, saya cakap nanti, FAM dia panggil semua bekas pemain, seperti Jamal Nasir suruh kritik saya, malas hendak cakap.
Ditanya lagi sama ada beliau tidak mahu lagi memberi komen mengenai FAM selepas ini, Khairy berkata: Saya akan komen dari semasa ke semasa, tapi hari ini saya FED-UP dengan FAM."
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131110/su_01/Saya-sudah-bosan-dengan-FAM
Tidak menghairankan kalau penyanyi Siti Nurhaliza berkata Khairy biadap.
http://apanama2020.blogspot.com/2013/11/kj-biadap.html
Ingat wahai pak menteri anda di pilih oleh rakyaat semasa PRU.. janganlah terlalu EGO apabila telah dilantik oleh PM menduduki KABINET Kerajaan .......
ReplyDeletePRU sentiasa datang setiap 5 tahun ......DARI ITU BERINGAT-INGATLAH DAN ...........
KJ... Kalau bosan...resign la.
ReplyDeleteEk elee. Kot ye pun tak suka KJ, janganlah fitnah dia dah bosan buat keje menteri.
ReplyDeleteSemua org faham apa yg dia maksudkan dgn fedup itu. Jelapang je buat-buat kurang akal.
Memang padan muka FAM kena buku dgn ruas. Yang sebelum ini sungguh angkuh dgn status FAMnya. Padahal, pencapaian, ciput!!
Kena dapat menteri ego macam korang, baru padan muka. Hah! Rasalah nikmatnya kena hentam sebab FAM sendiri yg berlagak bagus. Padahal mendatangkan kemusnahan kpd bola Malaysia.
ReplyDeleteterima kasih p. nasib baik KJ jaga bola. kalau jadi menyeri pertanian, dia bosan dgn petani
ReplyDeletesekarang KJ rasa pandai. dulu masa bapak mentua dia jadi PM bukan main sombong. haprak
saya cadang en khairy jadi candidate sportsman of the year dan menang dgn bergaya nya
ReplyDelete