Friday, October 4, 2013

DEFINISI MELAYU PERTENGAHAN OLEH AZIZ KAPRAWI

Definisi baru golongan pertengahan Melayu menurut Ketua Bahagian Sri Gading dan Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi:

"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta."
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/Tambah-golongan-pertengahan-Melayu

Jelapang:

Cita-cita Ketua Bahagian Sri Gading ialah melahirkan Melayu pertengahan yang pakai Mercedes, ada rumah banglo dan ada harta antara RM2 juta hingga RM3 juta.

Atau dengan kata lain, Melayu golongan pertengahan adalah jutawan.

Begitu "keprihatinan" seorang Ketua Bahagian dalam memahami kesempitan rakyat.

Aziz bukan muda orangnya untuk memahami keperitan rakyat tetapi malangnya beliau berfikiran umpama seorang bangsawan.

Pada usia 54 tahun, tidak terlambat untuk Aziz merenung nasib Melayu dan mungkin membuang sedikit masa membuat kajian ilmiah mengenai keperitan orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tidakkah Aziz berminat untuk mengetahui bahawa:

1. 73.1 peratus penyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera atau 8.04 juta pemegang ASB mempunyai simpanan di bawah RM5,000. 

2. Simpanan orang Melayu/Bumiputera di dalam KWSP purata RM21,000 seorang.

Nampaknya Aziz antara golongan pemimpin yang berfikiran "Mercedes".

5 comments:

  1. Salam saudara ku di Kedah,

    Setelah membaca artikel tersebut, saya rasa ayat dia tak salah. Sebab dia pursue supaya usahawan Melayu yang beliau mahukan adalah berpendapatan tinggi. Dia tak cakap sekarang ini golongan pertengahan ada aset 2-3 juta, dia mahukan satu hari nanti dengan bantuan GLC memberikan peluang kepada usahawan kecil... kelak usahawan ini dalam mencapai taraf sedemikian.

    ReplyDelete
  2. Menteri haram jadah..lupa asal usul. Menteri najib dikelilingi menteri bodoh dan bahlol,betul kata dr mahathir..umno dikuasai org bodoh. Salah sorang menteri kt atas ni la. Ckp sedap kepala bapak dia tanpa buat kajian.

    ReplyDelete
  3. kena baca betul2 artikel 2 baru paham kalu asyik nak boo saja mmg la marah aja

    ReplyDelete
  4. first time aku dgar marah gak tapi bila aku baca artikel 2 betul2 baru aku paham jadi kepada semua tlg la bijak sikit bila nak komen

    ReplyDelete
  5. mula2 dgar tu marah gak tapi bila baca blik artikel 2 baru la paham.So jagan la terus melatah baca dan fahamkan dulu ayat dia

    ReplyDelete