Monday, August 5, 2013

KEGHAIRAHAN MELOBI UNTUK CHUA SOI LEK & AZIZ ZAINAL

 Bagi sesetengah orang terutamanya orang politik, jawatan adalah segala-galanya. Bagi orang politik, kalau boleh mereka mahu mati berjawatan. Kalau tidak dilantik Menteri, jadi Pengerusi GLC pun jadi lah. Kalau tidak Pengerusi GLC, jadi penasihat bertaraf Menteri pun OK. Kalau itu pun tak dapat, jadi Duta pun tidak mengapa. Rais Yatim sebagai buktinya - berjawatan Presiden UIA dan Penasihat Kebudayaan Kerajaan bertaraf Menteri.

Dipilih menjadi Duta tidak lah sehebat manapun. Agak kurang glamour sekiranya dipilih menjadi Duta ke Amerika Syarikat, Peranchis dan United Kingdom. Sebabnya - ketiga-tiga tempat ini menjadi destinasi popular orang politik terutamanya bapak-bapak Menteri bercuti.

Bila tiba musim cuti atau summer, Duta-Duta Malaysia di ketiga-tiga negara ini akan sibuk - sibuk memastikan percutian VIP Malaysia ke negara-negara ini berjalan lancar. Duta-Duta ini perlu memastikan kereta cukup, bilik dan laluan VIP tersedia di Lapangan Terbang dan jika diperlukan menemani VIP makan atau isteri VIP "shopping" di kedai-kedai tertentu.

Walaupun agak berat tanggungjawab sebagai Duta, yang penting mereka berjawatan.

Itulah sebabnya kita melihat trend baru dalam negara. Kalau semasa pilihanraya, ramai melobi untuk menjadi calon tetapi selepas pilihanraya, mereka melobi menjadi Pengerusi GLC.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu berita di mana 15 bahagian MCA melobi mahu Presiden MCA Chua Soi Lek dikekalkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Sehari sebelum itu, MCA Kedah juga membuat ketetapan yang sama mahukan Soi Lek kekal Pengerusi PPC.
 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/04/mca-chua-soi-lek.aspx
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia dan NST digunakan oleh Presiden JMM Azwandin Hamzah untuk melobi jawatan Pengerusi MAS untuk bekas Panglima Angkatan Tentera dan Duta Malaysia ke Peranchis, Abdul Aziz Zainal.
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130803/ko_02/Abdul-Aziz-layak-terajui-MAS---JMM

Begitulah pentingnya jawatan kepada seseorang.

Yang menariknya, kini di Malaysia sudah ADA trend melobi sehingga ke jawatan Pengerusi GLC.

Nampaknya, siang-siang tangan Najib Razak mahu diikat oleh pelobi-pelobi Soi Lek dan Aziz.

1 comment:


  1. Apa pun najib jangan bagi jawatan kat cina beng

    ReplyDelete