“Sekarang ini rakyat di pelbagai peringkat keliru dan hairan, atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan.”
"Akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan UMNO khususnya yang seolah-olah perlantikan individu tertentu sebagai pengerusi atau lembaga pengarah dibuat secara ‘tangkap muat’ dan hanya menjuruskan kepada kepentingan politik."
"“Apabila rakyat mempertikaikan perlantikan tersebut, mereka akan marahkan kepada Perdana Menteri dan UMNO menjadi sasarannya, ini yang menyebabkan mengapa rakyat menjauhkan diri daripada UMNO.”
"Sehubungan itu, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan, beliau menolak sekeras-kerasnya perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH kerana tidak memiliki intergriti dan kredibiliti.
“Sekarang rakyat menuntut slogan ‘rakyat didahulukan’, maka saya mohon Perdana Menteri kaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH.”
Tahniah kepada Syed Medhar. Teguran seumpama ini lah yang kita mahu lihat dari pelapis Umno.
Kenyataan penuh Syed Medhar:
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula perlantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH).
Menurut beliau, perlantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum kerana kredibiliti dan intergriti Abdul Azeez dipersoalkan untuk menerajui TH sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam.
Katanya, Perdana Menteri sewajarnya memberi keutamaan untuk melantik mana-mana pegawai kanan kerajaan yang telah bersara atau individu yang mempunyai latar belakang agama serta kredibiliti mereka dihormati oleh masyarakat khususnya orang Islam.
“Tetapi, apabila Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH, pelbagai persoalan timbul dan ada pihak yang mempertikaikan intergriti dan kredibiliti beliau untuk menerajui lembaga tersebut,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuanberkata, Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi TH.
Katanya, TH merupakan sebuah badan yang mengurus dan mengawal selia ibadat haji disamping terbabit dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang disegani dan dihormati oleh dunia Islam.
Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya.
“Kita bukan ketandusan pemimpin yang berwibawa, kita ada tokoh atau mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti mufti dan ilmuan, maka golongan seperti ini yang sepatutnya diberikan keutamaan bagi menjamin kewibawaan TH terus dihormati,” tambahnya.
Pandangan itu kata beliau, bukan bermakna menidakkan kebolehan Abdul Azeez tetapi ramai yang berpendapat adalah tidak munasabah untuk beliau diberikan kepercayaan menerajui TH, sebuah lembaga yang bertanggungjawab terhadap urusan ibadat haji umat Islam di negara ini.
Syed Mehdhar berharap Perdana Menteri akan berpegang kepada kata-kata ‘pencapaian diutamakan rakyat didahulukan’ dalam melihat semula kewajaran Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH.
“Sekarang ini rakyat di pelbagai peringkat keliru dan hairan, atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.
Beliau bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan UMNO khususnya yang seolah-olah perlantikan individu tertentu sebagai pengerusi atau lembaga pengarah dibuat secara ‘tangkap muat’ dan hanya menjuruskan kepada kepentingan politik.
Sepatutnya kata beliau, perlantikan tersebut perlu mengambil kira latar belakang ilmu atau profesion serta kelayakan seseorang itu bersesuaian dengan badan yang akan mereka pengerusikan bagi memastikan perlantikan tersebut tidak menjadi pertikaian orang ramai.
“Apabila rakyat mempertikaikan perlantikan tersebut, mereka akan marahkan kepada Perdana Menteri dan UMNO menjadi sasarannya, ini yang menyebabkan mengapa rakyat menjauhkan diri daripada UMNO,” tegasnya.
Sehubungan itu tegas Syed Mehdhar, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan, beliau menolak sekeras-kerasnya perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH kerana tidak memiliki intergriti dan kredibiliti.
“Sekarang rakyat menuntut slogan ‘rakyat didahulukan’, maka saya mohon Perdana Menteri kaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH,” ujarnya lagi.
Tahniah pm.. Hanya umno saja boleh buat benda2 macam ni. Lantik gengster jadi pengerusi tabung haji.. Tak lama lagi tabung haji jadi kongsi gelap lah
ReplyDeleteApa masalahnya.Abdul Azeez pun berkemampuan. Tiada orang di Malaysia ini yang dah buat seperti Azeez. Kalau kau diberi tanggungjawap itu adakah kau akan terima?
ReplyDeleteTak de masalah le azeez rahim jadi pengerusi tabung hj. Umno parti keramat. Dia punya hal lah nak lantik penjual kereta jaga tabung haji. ... Kah kah kahkah
ReplyDeleteSiapa dia calon BN di Parlimen Baling (1)
ReplyDeleteBerikut saya terbitkan semula artikel saya dalam blog ini bertarikh 21 Jun 2005 mengenai calon BN bagi kerusi Parlimen Baling Azeez Abd Rahim:
Dalam laman web Agendadaily di http://www.agendadaily.com/ dimuatkan wawancara eksklusif bersama Ketua Putera Umno yang baru ditubuhkan iaitu Abdul Azeez Abdul Rahim. Putera Umno, iaitu Biro dari Pergerakan Pemuda Umno ini diberikan tugas menawan anak-anak muda sekitar 18 hingga 25 tahun dan mereka ini mahu dilatih dan diberikan pendedahan agar menjadi instrument kearah mencapai cita-cita Malaysia maju pada tahun 2020.
Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.Beliau memberi contoh Azeez ada berkata:
Itulah mulanya saya berjaya sehinggalah saya dapat jual kereta pada mat salleh dan saya ada 7 showroom . Saya ada di tapak Gaint Kelana Jaya sekarang, Jalan Kelang Lama dan dalam Subang Parade, itu ada jual kereta mewah.
Di dalam Subang Parade tidak ada showroom kereta. Kalau ada pun berkala pada musim-musim tertentu, tidak ada showroom yang kekal. Takkanlah Azeez nak mendakwa showroom seumpama itu sebagai sebahagian dari kononnya 7 showroomnya itu.
Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:
Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri.
Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!
Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:
Sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di Amerika.
Menurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.
Dalam wawancara ini Azeez turut berkata:
Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.
Dan dalam hal ini berdasarkan kenyataan sumber sebagaimana yang telah dinyatakan, tidaklah salah kalau kita mula meragui kenyataan Azeez di atas. Kalau yang salah itu benar-benar salah, maka banyak yang perlu diperbetulkan oleh Azeez dan sedih melihatkan Umno akan menyerahkan nasib anak-anak muda kepada seorang yang kredibilitinya sangat-sangat dipertikaikan.
Artikel berkaitan
inilah guna ketua2 atau orang kuat dalam umno punya kerja...memberi nasihat dan membuat pembetulan atau memberi tahu apa kehendak rakyat kepada orang atasan atau pemimpin tertinggi.
ReplyDeleteSyabas,harap lebih banyak yg berani begini muncul dalam umno sekarang walaupun akan berhadapan risiko untuk tidak mendapat habuan atau sokongan orang atasan kelak.
Nak jawatan dalam kerajaan BN hari ini pertama kena kerap cium tangan rosmah baru selamat.
ReplyDeletekaki tarbus pun ok.
azeez Memang Kaki Tipu Dari Dulu Lagi 1
ReplyDeleteOctober 5, 2009
Siapa dia calon BN di Parlimen Baling (1)
Berikut saya terbitkan semula artikel saya dalam blog ini bertarikh 21 Jun 2005 mengenai calon BN bagi kerusi Parlimen Baling Azeez Abd Rahim:
Dalam laman web Agendadaily di http://www.agendadaily.com/ dimuatkan wawancara eksklusif bersama Ketua Putera Umno yang baru ditubuhkan iaitu Abdul Azeez Abdul Rahim. Putera Umno, iaitu Biro dari Pergerakan Pemuda Umno ini diberikan tugas menawan anak-anak muda sekitar 18 hingga 25 tahun dan mereka ini mahu dilatih dan diberikan pendedahan agar menjadi instrument kearah mencapai cita-cita Malaysia maju pada tahun 2020.
Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.Beliau memberi contoh Azeez ada berkata:
Itulah mulanya saya berjaya sehinggalah saya dapat jual kereta pada mat salleh dan saya ada 7 showroom . Saya ada di tapak Gaint Kelana Jaya sekarang, Jalan Kelang Lama dan dalam Subang Parade, itu ada jual kereta mewah.
Di dalam Subang Parade tidak ada showroom kereta. Kalau ada pun berkala pada musim-musim tertentu, tidak ada showroom yang kekal. Takkanlah Azeez nak mendakwa showroom seumpama itu sebagai sebahagian dari kononnya 7 showroomnya itu.
Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:
Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri.
Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!
Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:
Sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di Amerika.
Menurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.
Dalam wawancara ini Azeez turut berkata:
Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.
Dan dalam hal ini berdasarkan kenyataan sumber sebagaimana yang telah dinyatakan, tidaklah salah kalau kita mula meragui kenyataan Azeez di atas. Kalau yang salah itu benar-benar salah, maka banyak yang perlu diperbetulkan oleh Azeez dan sedih melihatkan Umno akan menyerahkan nasib anak-anak muda kepada seorang yang kredibilitinya sangat-sangat dipertikaikan.
Demikianlah karekter calon BN di parlimen Baling yang akan menentang bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamuddin dari PAS. Orang Baling kena berhati-hati, jangan tersilap sekali lagi.
http://n32.blogspot.com/2008/02/siapa-dia-calon-bn-di-parlimen-baling-1.html