Pengerusi MyWatch parah ditembak
JEMPOL 27 Julai - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R. Sri Sanjeevan cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau dekat sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka di sini.
Katanya, setibanya di situ, mangsa kebetulan membuka cermin tingkap keretanya sebelum muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.
"Tembakan itu menembusi tangan kanan mangsa sehingga ke perutnya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa memecut kenderaannya dan berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
"Rakan mangsa kemudian memandu kereta itu ke Hospital Jempol sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah beliau, mangsa kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
"Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan stabil dan rakan mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu," jelasnya.
Menurut beliau, pihak polis kini sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengenal pasti suspek.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130728/je_02/Pengerusi-MyWatch-parah-ditembak#ixzz2aIFLzPiZ
KATA BEKAS KETUA POLIS NEGARA MUSA HASSAN:
Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
ReplyDeleteNI PERSEPSI SAJA NI. KADAR JENAYAH RENDAH BRO DI NEGARA KITA. TANYALAH PM
ReplyDeletesatu dakwaan yang cukup serious oleh bekas KPN.
ReplyDeletekomen Outsyed the box
My comments : This is a very serious comment by former IGP Tan Sri Musa Hassan.
The Star also reports Sanjeevan tweeting that threats had been made against him by a Policeman.
And the tweets by former IGP Musa Hassan only raises even more questions about Police involvement.
I hope the IGP Khalid will look into this matter urgently.
Public trust in the "biru" is at a very, very low level. "Biru" refers to the uniformed police. "Biru" is a slang term coined by other members of the Police. That is how I came to know about this. One part does not think very highly of the other part.
The Police used to be a united and disciplined force, acting and moving with one voice and in lockstep. Now we dont know what exactly goes on with the guys in blue.
And this certainly does not reflect well on the sleeping kucing Gomen of Najib Tun Razak. The people are concerned that crime is going up. Now we have allegations of Police misconduct and shootings of anti-crime activists.
Dato Sri Najib, what is happening ?
I hope Zahid Hamidi the Minister of Home Affairs will also wake up over this. Oleh sebab Kerajaan tidur, negara menghadapi banyak masalah termasuk masalah keselamatan. Masyarakat mengharapkan Polis menjaga keselamatan negara. Kalaulah Polis sendiri bermasalah maka hancurlah harapan rakyat.