Hubungan antara Idris dan Ahmad Said sudah lama diperkatakan dan sebelum PRU-13, ada desas-desus mengatakan Najib Razak mahukan Terengganu ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang baru.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan kerana Ahmad Said lebih "bijak" berpolitik berbanding Perdana Menteri walaupun Terengganu hampir jatuh ke tangan Pas semasa PRU-13.
Katanya, Ahmad Said amat arif mengenai kelemahan Najib. Akhirnya Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar dan khabarnya "tekanan" yang dibuat oleh Ahmad Said kepada Najib sudah cukup untuk memastikan beliau kekal sebagai Menteri Besar.
Pengumuman Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut dan Idris Timbalan beliau seolah-olah mengesahkan pengeseran antara Idris dan Ahmad Said.
Isu pengeseran ini kembali segar dan menarik perhatian pemerhati politik . Ini kata mereka:
Pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Fuad Mat Jali:
"Prestasi 'cukup-cukup makan' BN pada PRU13 lalu menyebabkan nama Ahmad digugurkan daripada skuad perang BN. Prestasi Ahmad Said sangat mengecewakan dalam PRU13 yang lalu, beliau tidak berjaya memacu kemenangan yang besar terhadap BN.
“Oleh sebab itu saya rasa beliau tidak dilantik. (Kehadiran) Timbalan Perdana Menteri ke Terengganu dengan membawa satu lagi misi sampingan iaitu menyatukan kembali Umno Terengganu yang sudah retak menanti belah.
“Semua orang sudah tahu wujud perpecahan dalam Umno Terengganu, masing-masing ada kumpulan penyokong masing-masing. “Jadi kedatangan Muhyiddin Yasin adalah untuk menyatukan semula Umno Terengganu.”
“Saya lihat perdana Menteri tidak yakin dengan Ahmad Said. Setahu saya dalam mana-mana PRK sebelum ini, yang menggalas jawatan tersebut adalah menteri besar negeri tersebut, jadi dalam PRK ini kenapa Ahmad Said tidak dilantik?
ReplyDeletelawan. jangan tak lawan
Antara dalil UMNO Trengganu berpecah antara Idris Jusoh dgn Ahmad Said.
ReplyDelete1.ramai tokoh pro Idris Juson digugorkan dlm PRU 13 yang lalu.
2.berlaku sabotaj masa PRU 13 yang lalu terhadap calon pro Ahmad Said hingga UMNO Trengganu hampir tenggelam.
3.PRK Kuala Besut Idris Jusob dan kumpulannya menolak Ahmad Said jadi pengarah Pilihanraya.Sebaliknya TPM jadi Pengarah.
4.Idris Jusoh dilantik Timbalan Pengarah kerana tidak mahu campurtangan Ahmad Said di Besut.
5.Masa penamaan calon tidak ramai orang Ahmad Said turun iuringi calon.
6.Hanya orang Idirs Jusoh yang monopoli jentera PRK Kuala Besut.
Kesimpulannya:
Calon BN ini juga akan jadi mangsa percaturab politik Idris dan Ahmad Said.Setakat saat masih dalam keadaan 50-50.
Faktor pengundi luar akan jadi penentu utama.
Undi masyarakat guru juga penting dimana majoriti pro pembangkang.
Idris Jusoh dan Mahyudin kena main peranan sebagai peneraju di Kementerian Pelajaran.
Mereka berdua mesti kotakan janji mengenai isu pertukaran guru berkeluarga.Jangan janji kosong hampir setiap tahun.
Dari segi calon BN memang amat baik dan berkualiti.Faktor calon BN tidak ada masaalah langsung.Cuma faktor Idris dan Ahmad Said sahaja segala punca.
Mereka berdua mesti bertanggung jawab apa jua keputusan buruk nanti.
Belum pernah seorang MB yang juga Ketua UMNO Negeri dan Ketua Kerajaan diamanahkan sebagai pengarah PRK.
Calon sebaik mana pun kalau pemimpin tak ada sehaluan akan menghasilkan keputusan sebaliknya.
Idris dan Ahmad tak perlu sembunyikan isu mereka ini.Satu dunia tahu kerana tamak dan haloba mereka.
Elok juga bila calon PAS menang di Kuaa Besut.
ReplyDeleteJadi 16-16.
Boleh juga dibuat kajian politik.
Rakyat tak rugi.Yang melepas ialah kaki gila jawatan.
Idris Jusoh dan Ahmad Said sudah kaya raya .Hidup pun mewah.