Monday, July 1, 2013

AZEEZ RAHIM PENGERUSI TABUNG HAJI? NAJIB HILANG PEDOMAN?

Cita-cita Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling, untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji hari ini tercapai.

Tabung Haji di dalam satu kenyataan akhbar berkata: "Azeez dikenali sebagai yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio-ekonomi komuniti sejagat."
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_39/Abdul-Azeez-dilantik-Pengerusi-Lembaga-Tabung-Haji

Di kalangan pemimpin Umno, ramai yang memperkatakan mengenai Azeez dan hubungan akrab beliau dengan Rosmah Mansor.

Walaupun para blogger pro-Umno cuba menegur Perdana Menteri supaya memikirkan semula cadangan beliau untuk melantik Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji, jelas sekali teguran ini tidak dipedulikan oleh Najib Razak.

Kita sudah mula merasakan ada yang tidak kena dengan Najib - cara beliau membuat keputusan.

Lihat saja Kabinet beliau, rata-rata mengatakan inilah barisan Kabinet yang paling buruk pernah diketengahkan kepada rakyat.

Kali ini, pemilihan Pengerusi Tabung Haji.

Blogger Big Dog pernah mempertikaikan kesahihah kelulusan akademik Azeez yang dikatakan mempunyai MBA dari Preston Universiti padahal ramai mengetahui Azeez tidak berpelajaran dan dahulu adalah penjual kereta terpakai.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/05/

Jika di mata Najib, Azeez adalah pilihan paling baik untuk memimpin Tabung Haji yang mempunyai dana melebihi RM37 bilion, maka kita kini berhak merasa sangsi samada Najib adalah pemimpin paling layak sekarang ini untuk memimpin negara.

No comments:

Post a Comment