Ramai tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan senaskah Biografi Rosmah Mansor selepas buku tersebut "sold out" kerana terlalu laris.
Jelapang bernasib baik kerana telah dihadiahkan biografi tersebut oleh seorang Ketua Bahagian yang baru pulang dari ibunegara.
Memandangkan ramai yang belum membacanya, alangkah baiknya Jelapang siarkan fitnah-fitnah yang telah dijawab oleh Rosmah melalui biografi beliau.
SOALAN: Benarkah Datin Seri dikatakan bertindak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?
ROSMAH: Apabila tanggapan ini muncul, saya berterus terang dengan Datuk Seri Najib. Saya katakan kepada Datuk Seri Najib bahawa saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia (tersenyum). Saya tidak mahu merampas tempatnya atau tempat mana-mana Perdana Menteri.
Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia menjadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.
Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan oleh sikap iri hati, keinginan untuk menjadi pemimpin nombor satu. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya penyokong nombor wahid kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.
Orang yang mempunyai pandangan cetek sebegini wajar mengkaji sejarah dan perlembagaan negara. Macam mana saya boleh menjadi Perdana Menteri sedangkan saya bukan Ahli Parlimen. Saya hanya ahli Umno biasa, Tiada kuasa apa-apa.
Bagi saya, saya akan pertahankan hak saya sebagai seorang isteri yang wajar berada di sisi suaminya. Tiada siapa yang dapat memisahkan peranan saya itu. Satu perkara yang paling penting; saya tidak suka mengacau dan mengusik atau memfitnah orang lain. Sebagai orang Islam saya amat tahu perbuatan itu dibenci oleh mana-mana agama sekali pun.
ReplyDeleteLihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...
BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4
Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)
Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6