Sunday, February 17, 2013

SUHAIMI ATAU JAMIL DI JERAI?

Siapa bakal calon BN di Parlimen Jerai?

Ketua Bahagian Suhaimi Abdullah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom?

Ini yang menjadi teka-teki di kalangan pengundi di Jerai. Badaruddin Amiruddin, Pengerusi Tetap Umno, merupakan Ahli Parlimen semasa piliharaya 1999 dan 2004 dan tewas kepada Pas pada PRU-13 kepada calon Pas Firdaus Jaafar.

Jelapang singgah di pekan Yan Besar kelmarin  dan rata-rata orang bercakap mengenai Jamil Khir dan Suhaimi.

Suhaimi merupakan Ketua Bahagian Jerai sejak 2009 dan belum pernah bergelar Yang Berhormat sementara Jamil Khir sudah pun bergelar Yang Berhormat Menteri.

Rata-rata cerita Suhaimi agak positif, rajin turun padang bertemu pengundi, tak kira hujan, tak kira panas.

Akhir-akhir ini, kata mereka, kelihatan kelibat Jamil Khir di kawasan Yan. Persoalan timbul apakah Jamil Khir bakal bertanding di Parlimen Yan?

Katanya penyokong-penyokong Jamil Khir sudah mengembar-gemburkan bahawa Perdana Menteri sudah membuat keputusan Jamil Khir akan dipilih sebagai calon untuk Parlimen Jerai.

Apa nasib Suhaimi pula?

Ada juga kata-kata negatif mengenai Jamil Khir. Katanya apabila Jamil Khir turun padang, sikapnya tak berubah kerana masih menganggap dirinya seorang pegawai kanan tentera yang beruniform dan orangramai umpama rekrutnya.

Mungkin ada yang suka cara sebegitu, mungkin ada yang tidak.

No comments:

Post a Comment