Apabila BN hilang 2/3 majoriti semasa PRU-12, salah satu punca kekalahan adalah disebabkan oleh sikap angkuh, sombong dan riak pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno.
Pucuk pimpinan sedar akan masalah ini. Maka selepas PRU-12, pemimpin di semua peringkat diingatkan supaya menukar imej mereka dengan memberi gambaran bahawa mereka sudah insaf akan kesilapan yang lalu.
Maka pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno didesak supaya lebih merendah diri. Elakkan masuk kampung dengan Porsche Cayenne atau Hummer.
Selepas 4 tahun, dan selepas era transformasi yang dibawa oleh Najib Razak, kita masih lagi disajikan dengan pelbagai cerita kehidupan mewah pemimpin bangsawan di dalam BN dan Umno.
Musa Aman dengan jutaan ringgit, Taib Mahmud dan anak-anaknya terkira kekayaannya, Menteri Besar Negeri Sembilan dengan balaknya dan kini Nazri Aziz dengan hummer dan anaknya.
Tiada langsung ada rasa keinsafan. Sebaliknya, kita terus dipertontonkan sikap keangkuhan pemimpin.
Nazri, apabila dipersoalkan akan isu melibatkan beliau, dengan begitu angkuhnya menjawab soalan seolah-olah beliau terlalu kebal untuk ditundukkan.
Ini jawapan Nazri apabila disoal pemberita:
So you confirm Hummer really exists...
Kalau dia nak bagi Hummer ke, Ferrari ke, itu Michael Chia punya pasal lah, bukan bagi dekat I (If he wants to give a Hummer, or a Ferrari, that's Michael Chia's business. He's not giving it to me). I'm the minister, not my son, okay?
Is there a problem?
You can ask him lah if there's a problem. I don't drive the car. Mine is WVJ 6. Everyday I come here, WVJ 6. Wealth, victory and justice. Some people say 'wisdom', I don't want (wisdom).
You prefer wealth to wisdom?
I prefer wealth. That's why I'm rich. I can afford a lot of things but certainly it's not NFC's (National Feedlot Corporation's) money.
http://www.malaysiakini.com/news/213228
Adakah Najib akan mengambil tindakan terhadap Nazri?
Jawapannya jauh panggang dari api.
No comments:
Post a Comment