Sunday, November 18, 2012
KAYVEAS TINGGALKAN TAIPING
Presiden PPP M.Kayveas tidak akan bertanding lagi di Parlimen Taiping di Perak.
"PPP setuju untuk menyerahkan kerusi Parlimen Taiping kepada Gerakan dan kini kita masih menunggu Gerakan memberi satu kerusi semula kepada PPP.''
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_03/PPP-serah-Parlimen-Taiping-kepada-Gerakan
Seperti yang dijangkakan Gerakan akan bertanding di Taiping.
Semasa PRU-12, Kayveas tewas kepada Nga Kor Ming (DAP) dengan majoriti 11,298 undi.
Pada PRU-11 pada 2004, Kayveas menang kerusi tersebut dengan majoriti 2,172 undi.

Tuesday, November 13, 2012
DR MAHATHIR KELUAR UMNO PADA 2008
"Saya umum saya keluar parti hari ini. Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno). Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno." - Dr Mahathir Mohamad (19 Mei 2008).
http://www.malaysiakini.com/news/83067
Itulah kenyataan Dr Mahathir pada 19 Mei 2008 kerana marahkah Perdana Menteri pada masa itu, Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir mengambil keputusan keluar parti dan pada masa itu mengesa ramai lagi ahli-ahli Umno mencontohi beliau dan keluar dari Umno. Sanusi Junid turut keluar Umno bersama Dr Mahathir. Bagaimanapun, anak Dr Mahathir, Mukhriz, tidak ikut serta dan kekal bersama Umno tetapi beliau juga mengambil sikap bapanya dan terus mengecam pentadbiran Pak Lah.
Malangnya Dr Mahathir tidak pernah akhir-akhir ini mengingatkan ahli-ahli Umno akan tindakan beliau pada 2008.
Ia sudah menjadi budaya di dalam Umno, perkara buruk disembunyi-sembunyikan. Kita hanya cakapkan yang elok-elok. Kalau pahit sekali pun, jangan sekali-kali kita kata pahit.
Sebulan dua ini, Dr Mahathir begitu sibuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Umno di bahagian-bahagian seluruh negara.
Umno Kedah telah pun dipanggil. Turut hadir Johari Baharom, Ketua Bahagian Kubang Pasu, yang amat dibenci oleh Dr Mahathir kerana katanya Johari lah yang bertanggungjawab memastikan Dr Mahathir dikalahkan dalam usaha beliau bertanding untuk dipilih sebagai perwakilan Kubang Pasu pada 2009.
Perjumpaan Dr Mahathir dengan pimpinan bahagian tidak dilaporkan oleh media-media utama. Tetapi untuk pengetahuan Dr Mahathir, ia tidak bermaksud akar umbi tidak tahu apa yang dicakapkan oleh Dr Mahathir di perjumpaan-perjumpaan tersebut.
Jelapang tidak tahu apa yang berlaku semasa perjumpaan Dr Mahathir dengan negeri-negeri lain, tetapi di Kedah, orang memperkatakan mengenainya.
Akar umbi mempersoalkan apakah "locus standi" Dr Mahathir untuk berceramah kepada mereka? Siapa Dr Mahathir?
Mereka yang hadir tidak pernah mengkhianati parti seumur hidup mereka. Hidup mati bersama Umno, hujan ribut, petir bersama Umno?
Dr Mahathir? Keluar parti semata-mata tidak bersetuju dengan cara pentadbiran Pak Lah, tidak setuju kerana Pak Lah mentadbir negara bukan cara beliau dan mungkin juga marah kerana Pak Lah tidak melayani permintaan beliau.
Di akar umbi, ahli-ahli Umno mempersoalkan kenapa Presiden parti, Najib Razak, membenarkan Dr Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin negeri untuk mendengar ceramah seorang bekas Perdana Menteri yang mengkhianati parti dengan keluar dari Umno pada 2008 sehingga menyebabkan Kedah kalah pada PRU-12. Mereka dipaksa untuk duduk di hadapan mendengar nasihat dan ceramah seorang pemimpin yang pada 2008 menghina Umno.
Semasa perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh G-15 bahagian-bahagian di Yayasan Perdana, Dr Mahathir terus berdendam dengan Pak Lah. Terus menyerang Pak Lah . Ianya memberi gambaran kepada pemimpin Umno negeri bahawa dendam lama masih belum reda.
Di masa yang sama Dr Mahathir meminta pemimpin parti bersatu - jangan bergaduh sesama sendiri. Dr Mahathir "perli" Johari Baharom dan berkata kalau Johari Baharom "winnable candidate" di Kubang Pasu, beliau akan sokong Johari.
Kadang-kadang terfikir Jelapang samada tindakan Dr Mahathir bertemu pemimpin Umno negeri ini akan menambah undi BN atau menyebabkan bertambahnya amarah ahli Umno kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir berjasa untuk negara. Jelapang tidak mahu menafikan sumbangan Dr Mahathir kepada negara. Tetapi ada hadnya dalam berpolitik.
Untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan disanjung tinggi, pemimpin harus sedar kesilapannya. Kalau perlu, akui kesilapannya.
Pemimpin yang dicemuh ialah apabila mereka berpura-pura tidak pernah melakukan kesilapan dan enggan mengaku kesilapan mereka.

Monday, November 5, 2012
NAZRI AZIZ ANGKUH
Apabila BN hilang 2/3 majoriti semasa PRU-12, salah satu punca kekalahan adalah disebabkan oleh sikap angkuh, sombong dan riak pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno.
Pucuk pimpinan sedar akan masalah ini. Maka selepas PRU-12, pemimpin di semua peringkat diingatkan supaya menukar imej mereka dengan memberi gambaran bahawa mereka sudah insaf akan kesilapan yang lalu.
Maka pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno didesak supaya lebih merendah diri. Elakkan masuk kampung dengan Porsche Cayenne atau Hummer.
Selepas 4 tahun, dan selepas era transformasi yang dibawa oleh Najib Razak, kita masih lagi disajikan dengan pelbagai cerita kehidupan mewah pemimpin bangsawan di dalam BN dan Umno.
Musa Aman dengan jutaan ringgit, Taib Mahmud dan anak-anaknya terkira kekayaannya, Menteri Besar Negeri Sembilan dengan balaknya dan kini Nazri Aziz dengan hummer dan anaknya.
Tiada langsung ada rasa keinsafan. Sebaliknya, kita terus dipertontonkan sikap keangkuhan pemimpin.
Nazri, apabila dipersoalkan akan isu melibatkan beliau, dengan begitu angkuhnya menjawab soalan seolah-olah beliau terlalu kebal untuk ditundukkan.
Ini jawapan Nazri apabila disoal pemberita:
So you confirm Hummer really exists...
Kalau dia nak bagi Hummer ke, Ferrari ke, itu Michael Chia punya pasal lah, bukan bagi dekat I (If he wants to give a Hummer, or a Ferrari, that's Michael Chia's business. He's not giving it to me). I'm the minister, not my son, okay?
Is there a problem?
You can ask him lah if there's a problem. I don't drive the car. Mine is WVJ 6. Everyday I come here, WVJ 6. Wealth, victory and justice. Some people say 'wisdom', I don't want (wisdom).
You prefer wealth to wisdom?
I prefer wealth. That's why I'm rich. I can afford a lot of things but certainly it's not NFC's (National Feedlot Corporation's) money.
http://www.malaysiakini.com/news/213228
Adakah Najib akan mengambil tindakan terhadap Nazri?
Jawapannya jauh panggang dari api.