Kenyataan Najib Razak dalam mempertahankan Musa Aman sudah pasti menjadi cabaran yang hebat kepada Rafizi Ramli yang tidak lama lagi akan mendedahkan skandal Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan. Berdasarkan kenyataan Najib, kita dapat meneka akan jawapan yang akan diberikan oleh Najib apabila skandal Mohamad Hassan didedahkan Rafizi. Berikut ialah kenyataan Najib mengenai Musa Aman.
PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."
"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.
Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.
Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.
Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.
"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-rm40-juta-diterima-umno-sabah-sumbangan-politik-1.94078
Apabila Rafizi mendedahkan skandal Mohamad Hasan nanti, MUNGKIN ini jawapan Najib.
PM: RM10 juta diterima Umno London 'sumbangan politik'
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Langkah Umno LONDON menerima RM10 juta daripada Menteri Besar Negeri Sembilan MOHAMAD HASAN, yang didakwa menggunakan pengurup wang untuk menyeludup wang RM10 juta masuk ke London, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."
"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Najib ditanya KENAPA MOHAMAD HASAN MEMBERI RM 10 JUTA KEPADA Umno LONDON.
Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno LONDON.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno London dan bukannya untuk tujuan persendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM10 juga kepada Umno London, yang menyaksikan seorang pengurup ditangkap dan lesen perniagaannya dirampas oleh Bank Negara.
Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.
Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno London.
"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM10 juta itu," katanya dalam kenyataan.
No comments:
Post a Comment