Friday, March 23, 2012

SHAHRIZAT SAYANG JAWATAN DARI UMNO

“People are poking fun at Wanita and calling us cows'. The Wanita grassroots are saying susah nak kerja (it's difficult to work with the issue over their heads)'. And the Opposition is telling us not to do anything about it because it will make their work (for the general election) easier. As a leader, we have to listen to what the grassroots are saying".

"Wanita kini diperlekehkan dan mereka memanggil kita "lembu". Wanita akar umbi merasakan susah nak kerja (susah nak kerja apabila dibelenggu dengan isu). Dan pembangkang mahukan kita tidak melakukan apa-apa kerana ia akan memudahkan kerja mereka semasa PRU nanti. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar keluh kesah mereka-mereka di akar umbi." - Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/22/nation/10962209&sec=nation

Hari ini di PWTC, Najib Razak dan Shahrizat Jalil akan berdiri di pentas untuk berhadapan dengan pemimpin Wanita untuk memperjelaskan isu lembu dan Shahrizat.

Semalam, penyokong-penyokong Shahrizat "sesak nafas" cuba mempertahankan Shahrizat berikutan kenyataan Kamilia. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/22/nation/20120322172848&sec=nation

Wanita dan Presiden parti perlu menerima hakikat. Hakikatnya imej Wanita berada ditahap paling teruk hari ini akibat dari isu lembu yang melibatkan Ketua Wanita.

Wanita diperli, dihina. Walaupun tindakan sudah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini, ianya masih belum mencukupi.

Apakah Umno mahu Shahrizat menjadi "muka" atau "ikon" Wanita pada kempen PRU nanti? Apakah muka Shahrizat mahu dipasarkan sebagai "model contoh" Wanita Umno semasa pilihanraya nanti?

Tidak memeranjatkan kalau pembangkang meletakkan imej-imej lembu sepanjang jalan semasa kempen PRU nanti? Apakah kita sudah memikirkan bagaimana untuk melawan kempen pembangkang pada PRU-13 nanti?

Cara Shahrizat bertindak sekarang ini cukup menggambarkan beliau sayangkan jawatan pada parti.

Parti tidak pernah berhutang pada Shahrizat. Parti berbudi dan Shahrizat berhutang kepadanya. Kehidupan Shahrizat berubah kerana Umno. Jika tidak, Shahrizat tak ubah macam ahli-ahli Wanita lain di kampung yang berharap kepada sumbangan kecil ketua-ketua wanita untuk ke KL menghadiri perjumpaan Umno.

Kalau Shahrizat sayangkan Umno, petang ini, di hadapan ribuan ahli Wanita, Shahrizat mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita.

Contohi lah Dr Mahathir Mohamad. Berundurlah. Sekiranya Raja Ropiah Raja Abdullah, Maznah Hamid, Rahimah Mahamat, Armani Mahiruddin dan Rosni Zahari berlari ke rostrum seperti mana yang dilakukan oleh Rafidah Aziz pada Dr Mahathir dahulu, Shahrizat hanya perlu sebut: "dah lama dah". http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/23/nation/10974589&sec=nation

1 comment:

  1. Tapi ketua2 wanita umno ni,,,,Raja Ropiah, Armani, Maznah Hamid, Rosni dan Mahami semua lembu ni wanita business dan mata duitan,...semua ada business dan bukan wanita perjuang yang sejati seperti Ibu Zain dan Khatijah Sidek yang berjuang kerana bangsa, agma dan negara. Itu pasal diaorang mempertahankan Sahrizat sebab bolih juga mempertahan jawatan ketua2 negeri mereka sekali...bukan sokong kosong ada makna..cuba tanya Raja Ropiah, Maznah Hamid dan yg lain2 berapa banyak duit lembu NFC yang sahrizat bagi diaorang untuk kumpulkan makcik2 kampong tu yang rupa pun dah macam tong drum. Macam mana nak keluar kempen ...badan wanita umno dah macam badak sumbu banyak mentedarah dari berjuang untuk parti dan bangsa. Wanita umno dah hancur...no more backbone kpd umno, jangan perasanlah sarizat dan exco2nya yang penuh dengan korapsi....hihihi

    ReplyDelete