Sunday, February 26, 2012

SELESAIKAN ISU LEMBU!



Lihatlah sendiri betapa seriusnya isu lembu ini kepada Umno dan BN. Hampir setiap hari ada saja video dan bahan internet baru diadakan untuk memberi gambaran negatif terhadap Umno dan BN.

Pokoknya, adakah Umno mahu menghabiskan masa semasa kempen PRU-13 ini hanya menangkis serangan pembangkang mengenai isu lembu ini?

Desakan demi desakan telah dibuat termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tindakan diambil terhadap Shahrizat Jalil atau Shahrizat sendiri berundur secara sukarela, tetapi sehingga hari ini, Shahrizat masih tidak berganjak dari mempertahankan kedudukan beliau.

Memang benar, pengunduran Shahrizat tidak akan mematikan isu lembu ini, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyakinkan pengundi bahawa kita sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini.

Semalam polis sudah mencadangkan kepada Peguam Negara agar pengarah-pengarah NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat di dakwa kerana pecah amanah.

Kita amat berharap Peguam Negara akur dengan cadangan pihak polis.


Polis cadang Peguam Negara dakwa Pengerusi Eksekutif NFC



--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail (gambar) atas pertuduhan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

“Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Isu NFC yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. – BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

No comments:

Post a Comment