Sunday, January 1, 2012

TOKOH PALING POPULAR 2011: SHAHRIZAT ABDUL JALIL



Ambiga Sreenevasan (Bersih 2.0), Dr Mahathir Mohamad (kejayaan mempertahankan ke"relevan"nan beliau di dalam politik negara), Rosmah Mansor (pelbagai kontroversi), Ketua Audit Negara (ketelusan), Anwar Ibrahim (dengan video seksnya), S.Nalakaruppan (bergelar Senator) Najib Razak (elegant silence) dan Nicol David (memenangi 56 kejuaraan dan 6 kali bergelar juara dunia).

Bagi Jelapang, Nicol David merupakan tokoh 2011 bagi Malaysia. Tidak pernah muncul jaguh sukan negara yang pernah menyandang 6 kali juara dunia.

Kalau di negara Eropah, mereka disanjung, dijunjung oleh media dan rakyat negara mereka tanpa mengira apa jenis sukan yang mereka pertandingkan.

Di Malaysia, penghargaan yang diberikan terhadap Nicol David tidak lebih dari hangat-hangat tahi ayam.

Najib Razak sanggup mengekang mata menonton perlawanan antara Barcelona dengan Manchester United, dua pasukan yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia tetapi tak sanggup memberi perhatian sewajarnya kepada jaguh sukan negara.

Bagaimana pun, untuk tahun 2011, tokoh paling popular bagi Jelapang ialah Shahrizat Jalil.

Sudah melebihi 2 bulan Shahrizat bertarung dengan isu lembu ini dan beliau terus gagah mengharungi cabaran ini dan hari ini, 1 Jan 2012, Shahrizat masih kekal sebagai Menteri di dalam Kabinet Najib Razak.

Bukan semua pemimpin mampu berjiwa besi seperti Shahrizat ini. Oleh itu beliau layak dianugerahkan Tokoh Paling Popular 2011.

Antara ungkapan popular Shahrizat sepanjang 2011.

1) "Senyum punya senyum, saya dah tak larat nak senyum lagi... lepas ini, itu belum selak kain lagi." - Ucapan di Perhimpunan Agong Wanita - 30 Nov 2011.

2) "Saya hanya isteri kepada bos NFC (suami beliau). Semua wanita ada suami dan keluarga."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/shahrizat-im-only-the-wife-of-the-nfc-boss

3) "Beri tahu saya, pemimpin Umno mana yang tiada masalah." - Shahrizat dilaporkan berkata di dalam akhbar Cina Sinchew Daily - 18 Disember 2011.

1 comment:

  1. Mr J:

    Cerita al Lembu ini sudah jadi CERITA RAKYAT di segenap lapisan rakyat.

    Dari kedai kopi,kaki rimba,tepi laut,atas gunung.

    Memang layak.

    ReplyDelete