Monday, November 28, 2011

SHAHRIZAT: SAYA BERJUANG UNTUK AGAMA

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara." - Shahrizat Abdul Jalil.

Kita kena mengingatkan Shahrizat. Ini bukan isu pembangkang.

Isu ini dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dan pinjaman yang diberikan kepada suami dan anak-anak beliau bukannya duit Umno.

Ianya duit rakyat dan atas sebab itulah Kerajaan kini tertekan dengan isu ini.

Jawapan yang diberikan Shahrizat menghina ramai pihak kerana beliau seolah-olah menganggap rakyat dungu.

Lebih menyedihkan dalam keadaan terdesak, Shahrizat tergamak menyebut bahawa beliau ikhlas dalam perjuangan agama, bangsa dan negara.

Ramai yang lebih ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Tetapi mereka tidak lah bernasib baik seperti Shahrizat, suami beliau dan anak-anak yang telah dianugerahkan RM250 juta pinjaman mudah semata-mata untuk membela lembu dari negara luar, membeli Kondominium, mengerjakan umrah dan menyediakan daging lembu untuk restoran sendiri.

3 comments:

  1. Kak Shahrizat hoi.Tidur sebantal dan sebilik tentu mimpi yang sama.Habis tak kan nak salah audit negara pula.

    Kamu kena bertanggung jawab terhadap duit rakyat.Ini bukan isu oembangkang.Ini isu rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  2. Itulah retorik namanya.

    ReplyDelete
  3. Keikhlasan ni bukan diri sendiri yang menilai...pihak lain yang patut menilai terutama sekali yang diatas KUASA ALLAH swt. Orang yang menerima pertolongan dan bantuan kita akan tau ikhlas atau tidak kita berjuang dan berkhidmat menolong rakyat. Sebab rakyat yang menilai macamana kita beri bantuan dan pertolongan...jangan kita dabik dada melolongkan keikhlasan ini..kerana the best person to judge ialah orang yang dapat bantuan kita.
    Mengapa sekarang Sharizat asyik nak libatkan WANITA UMNO dan perjuangan2 ikhlas yang dikotak katikkan. Siapa yang dapat anugerah projek lembu ini..WANITA UMNO KE atau NFC Syarikat keluarga Sharizat? Jadi Sharizat tidak boleh kata tak mahu jawab isu LEMBU sedangkan dia ada bersangkut paut dengan dia selaku ahli keluarga dalam NFC. Yang nampaknya bukan wanita UMNO dapat benefit tetapi NFC yang bertuah. Banyak lagi wanita Umno yang veteran atau orang lama yang lebih ikhlas berjuang bergelomang dengan peloh perjuangan tak dapat apa2 tapi tetap setia menyokong UMNO dan setia buat kerja parti dan sanggup keluar duit sendiri kerana dek sayangkan UMNO. Kalau SHAHRIZAT BENAR2 MEMIKIRKAN PERJUANGAN WANITA UMNO INI TENTULAH TAK MENJADI HAL JIKA DI BERI KEPADA TIAP2 bAHAGIAN wANITA 2 - 3 EKOR LEMBU DIPAWAHKAN KEPADA PERGERAKAN WANITA BAHAGIAN YANG SEBANYAK 165 BAHAGIAN SAHAJA BAGI WANITA UNTUK TERNAKAN....BARU NAMPAK ADA KAITAN MENOLONG RAKYAT. Ini bila dah tersipit dengan business kelurga (NFC) baru teringat ke Wanita Umno nak dicerobohi oleh parti lain. Pandai putar belit Sharizat nak melepaskan diri sendiri..memang tak layak jadi ketua wanita umno...tak jaga anaK2 BUAH HANYA PENTING DIRI SENDIRI..sekarang tanggunglah BAHANANYA DAN JANGAN HARAPKAN WANITA UMNO BEB!

    ReplyDelete