NAJIB LIABILTI BN?
Itulah tajuk yang dipilih rakan blogger Paneh Miang dalam posting terkini beliau.
Paneh Miang menulis akan keresahan rakyat dan persepsi rakyat bahawa negara kini hilang kawalan di bawah pentadbiran Najib Razak.
Paneh Miang turut menyenaraikan isu-isu yang meresahkan rakyat ketika ini.
Jelapang ingin memetik hanya satu isu yang disenaraikan oleh rakan Paneh Miang iaitu isu Rosmah Mansor gila glamer (glamour). Kata Paneh Miang:
"Kes gila glamer Kak Mah bukan lagi isu pembangkang, tetapi dah jadi isu nasional. Pelik juga apabila melihat ramai golongan yang tidak pernah berminat dengan politik sebelum ini pun sibuk berbicara (mengutuk sebenarnya) Rosmah Mansur. Jika Najib sendiri tampak hilang kawalan terhadap isteri sendiri, apatah lagi nak kawal negara ni? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib."
Untuk senarai penuh isu yang menjadi keresahan rakyat, sila layari Paneh Miang di link berikut:
http://paneh.blogspot.com/2011/09/najib-liabiliti-bn.html
Aku adalah penyokong kuat UMNO dari dulu hingga kini dan selama lamanya.
ReplyDeleteMemang benar isu glamour ini jika tidak ditangani dengan betul ianya akan merosakkan parti.
Sesiapa saja yang menjadi orang pertama di Malaysia tidak terlepas dari politik persepsi yang bertujuan untuk menjatuhkannya. Pihak pembangkang akan mengambil kesempatan untuk memburuk burukkan orang yang pertama tadi, jika kurang berkesan ia akan mencari jalan untuk memburuk-buruk orang di sebelahnya, yang paling dekat ialah isteri orang itu.
Berapa ramai orang yang naik memuncak akhirnya jatuh oleh kerana politik persepsi yang digembar-gembur terhadap isterinya dan jika tidak berjaya juga maka anak-anak pula dijadikan sasaran, jika tidak juga, menantu juga boleh dijadikan modal.
Maka seharusnyalah PM dengarlah rintihan ini, kurangkan glamour tersebut.
Kami masih sayang kepimpinan PM untuk beberapa penggal lagi.
Dengarlah rintihan dari
Warga sebelum Merdeka
Najib akan tersungkur kerana Rosmah....
ReplyDeleteNajib macam Tun Lah...
Rosmah tiru gelagat bini Tun Lah..
Antara Najib dan Rosmah...siapa Bos...siapa PM....
Jangan buat tak tau pulak...Rosmah Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia....
Najib bangga dengan glamour Rosmah...UMNO juga bangga....