Sunday, September 25, 2011
NAJIB TAK COOL?
Tiba-tiba Najib Razak dikritik sebagai tidak "cool" gara-gara tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang ditadbir oleh Rais Yatim mengharamkan penayangan video klip "Undilah" hasil ciptaan Peter Teo.
Tiba-tiba kerajaan menjadi sensitif terhadap kandungan video tersebut yang memaparkan artis-artis popular tanahair serta beberapa ahli politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Umno), Wee Ka Siong (MCA), Rosnah Rashid Shirlin (Ketua Puteri Umno), Nurul Izzah Anwar (PKR), Khalid Samad (Pas) serta Tony Pua.
Semalam Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Kerajaan mengharamkan penyiaran video klip tersebut.
Najib baru-baru ini muncul di khalayak ramai untuk menonjolkan imej "cool" dengan menghadiri konsert Suarakami anjuran Astro ber-T-shirt dengan gimik mengambil gambar penonton menggunakan telefon bimbit beliau serta turun ke konti-konti radio swasta untuk menjadi DJ bagi meraih undi golongan muda.
Tiba-tiba kerajaan membuat keputusan mengharamkan penayangan video klip rap "Undilah" yang kini popular di YouTube di kalangan anak-anak muda.
Semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan bahawa penarikan semula penyiaran klip video 'Undillah' adalah kerana ia belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Apa yang susah sangat hendak menapis video klip yang tak sampai 5 minit itu?
Sekali imbas, video tersebut tiada unsur keganasan dan seks. Oleh itu di mana salahnya?
Mungkin juga kita masih takut dengan bayang-bayang. Sekarang ini kita takut segala-galanya, termasuk video klip.
Itulah akibatnya apabila kita mempunyai Menteri Penerangan yang usianya hampir mencecah 70an dan masih hidup di era 70an.
Pada saya dia tu bukan menteri penerangan tapi lebih kepada menteri minang.
ReplyDeleteMak saya cukup tersinggung dengan sikap keminangan menteri ni sampai dia kata hina betul rasa jadi orang melayu suku bukan minang bila tengok si rais yatim mengangkat warisan rumpun minang dari serata pelusuk daerah minang di sini dan juga seberang indonesia, hingga mungkin buleh membuatkan orang jahil akan sangka yang melayu di malaysia ni semunya minang aje mcam rais yatim.
memang dia dah tak relevan. tempat yang layak untuk menteri sorang ni adalah kita simpan dia dan isteri di muzium adat minang yang dia juga sendiri usahakan sondiri kek pokan Kuala Klawang tu. keraskan dia dan simpan ajo kek sinun!!!!!
najib kata rakyat diutamakankan...ketepikan fahaman politik.. atkta cetak tak ada da.. bila nak hapus akta penapisan filem...jgn pilih bulu.. tak cool la Brother Najib...
ReplyDeleteIKUTLA PROSEDUR YANG BETOL...INGAT BOLE SUKA2 HATI KE MCM PELAKON V.CLIP TU MAKI2 ORG
ReplyDelete