Saturday, September 3, 2011

KAJIAN MERDEKA CENTER: PERINGATAN AWAL BUAT NAJIB

Apabila Merdeka Center memaparkan hasil kajian terkini populariti Najib Razak merosot, ramai pemimpin Umno mengkritik keputusan tersebut.

Antaranya Rais Yatim yang menyatakan hasil kajian tersebut tidak berasas dan kajian Jabatan Penerangan menunjukkan sokongan kepada Najib amat kukuh.

Tiba-tiba kajian Merdeka Center kali ini tidak berasas. Dahulu apabila Merdeka Center mengeluarkan hasil kajian pada Mei 2010 yang menunjukkan populariti Najib melonjak 72 peratus, ramai yang memuji hasil kajian tersebut.

Betullah kata seorang rakan. Orang politik apabila menduduki peperiksaan, hanya satu keputusan saja yang boleh diterimanya. Iaitu LULUS. Orang politik cukup takut kalau keputusan menunjukkan beliau GAGAL.

Begitu juga dengan kajian politik. Orang politik hanya sanggup mendengar bahawa dirinya popular. Kalau kajian menunjukkan beliau tidak popular, maka kajian tersebut tidak berasas.

Kajian seumpama ini perkara biasa dalam politik dunia. Di Amerika Syarikat, ianya satu panduan dan dianggap suatu petanda penting kecendurangan politik pengundi.

Kajian terkini Gallup di Amerika Syarikat menunjukkan calon Republican Mitt Romney lebih popular dari Presiden Barack Obama. Tetapi tidak pula kedengaran kem Obama mengatakan kajian tersebut tidak berasas.
http://www.gallup.com/poll/149114/Obama-Close-Race-Against-Romney-Perry-Bachmann-Paul.aspx

Di Thailand, sebelum pilihanraya umum diadakan, adik Thaksin, Yingluck Shinawatra merupakan pemimpin yang paling popular dalam kajian politik dan buktinya kini Yingluck dinobatkan sebagai Perdana Menteri Thailand.
http://asiancorrespondent.com/62478/polls-show-yingluck-is-the-most-popular-part-1/

Oleh itu apalah salahnya kita menerima hakikat bahawa populariti Najib kini menurun ke 59 peratus sebagai realiti. http://merdeka.org/v2/index.php?option=com_jotloader&section=files&task=download&cid=91_d9ea48ea39f9ad26ccbbcc6fac156e36&Itemid=68

Apa salahnya kita menerima hasil kajian ini sebagai satu peringatan? Najib perlu ingat, sebelum PRU-12 pada Mac 8, 2008, populariti Abdullah Ahmad Badawi ketika itu lebih tinggi dari beliau tetapi BN kalah di Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutan, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pada ketika itu, populariti Pak Lah berada pada tahap 61 peratus, 2 peratus lebih dari populariti Najib pada hari ini. http://www.merdeka.org/media/24-130208.html

Pada tahap populariti Pak Lah berada pada 61 peratus, BN kalah di 6 negeri. Ini realiti. Malahan kalau dibandingkan populariti Najib dan Pak Lah sebelum pilihanraya umum, kedudukan Pak Lah adalah lebih kukuh.

Sebelum PRU-12, populariti Pak Lah di kalangan orang Melayu ialah 76 peratus (Najib ketika ini 69 peratus), Cina 42 peratus (Najib ketika ini 38 peratus) dan India 38 peratus (Najib lebih tinggi dengan 69 peratus).

Oleh itu anggaplah kajian Merdeka Center ini satu peringatan awal buat BN dan Najib bahawa PRU-13 ini bukan mudah buat Kerajaan malahan PRU-13 adalah saat paling genting buat Umno dan BN.

Cerminlah diri dan perbaiki lah segala kelemahan sebelum terlambat. Pasanglah teliga dan bukalah mata seluas-luas dan dengarlah dengup jantung rakyat.

Apakah rungutan rakyat di bawah dan nilailah apakah yang dilakukan selama ini sudah memadai.

Najib kenalah bertanyakan pada diri beliau samada apa yang beliau lakukan selama ini sudah cukup menggembirakan rakyat dan Rosmah Mansor juga perlu bertanyakan pada diri beliau, samada apa yang dilakukan oleh beliau sebagai isteri Perdana Menteri membantu Najib, BN dan Umno.

Terimalah hakikat bahawa kajian Merdeka Center itu sebahagian peringatan awal kepada Perdana Menteri, BN dan Umno.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

  1. UMNO wajib ambil berat dan JUGA tidak blh ambil ringan.
    Perpatah politik kata:sahabat kita rapatkan,musuh kita, kita dakap.
    Kalu benar kepopularaan Najib jatuh,ia bukanlah kerna DSAI,Ambiga,bersih,paul malot,atau Dap atau doa Wali atau KPI KRA Pemandu,khazanah,1billion menara PNB atau anak felda atau liberalisasi bank firma professional atau transformaci atau bagi lebih scholarship kat cina, atau legacy atau konspirasi dalaman parti,akan tetapi kerana
    f l o m.
    Kalu betul: maka tiada apa blh damage control,blogger pro bn malas nak defend,dan PRU 13 ,PR tak payah kerja kuat sbb MUFC tendang bola masuk goal sendiri.
    Mungkin 2008 berulang dengan kekeurangan majoriti sebab pas nak taruk muka baru 60 orang AP,tungul kelapa pun akan menang.
    Siputih pompuan cina tu, dah kata kalu BN belang di Selangor kerna pakai tak bersih?.
    3 juta ahli UMNO pekak buta tuli.
    Blogger pro BN letih penat.
    Kenapa dan mengapa semua 3 juta tak pasang cermin mata, tak nampak the emperors new clothes.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Malangnya najib & umno berterusan membuat kesilapan demi kesilapan yang memberi bola tanggung kepada pembangkang.
    Malah, kalau umno buat dan cakap perkara yg benar pun orang dah tidak percaya.
    Pembangkang cakap tipu pun orang percaya. Jadi macamana nak dapat sokongan rakyat.
    Kita sayang umno lebih daripada pemimpin. Kita kena tolak pemimpin yang rasuah dan pembohong rakyat.
    Maka buatlah kerja ikhlas tanpa kesilapan dan pilihlah pemimpin yang jujur berjuang untuk orang melayu khasnya dan rakyat amnya.

    SAYANG UMNO

    ReplyDelete